5

1.2K 39 1
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍


1 month later..

Sebulan itu jadual Freen sangatlah padat. Dari pagi sampai malam ada je meeting dengan klien. Ada yang datang dari luar negara atau dia yang akan ke luar negara untuk menyelesaikan tugas dan kerjanya. Entah sejak kebelakangan ini banyak projek-projek yang ditawarkan kepada dirinya terutamanya dari negara-negara luar. Masa rehatnya pun kadang-kadang hanya 1 atau 2 hari menyebabkan dirinya rasa sangat letih. Tetapi semua itu Freen anggap sebagai rezekinya.

"Eurghh letihnya..."

Freen menghempaskan tubuhnya ke katil empuk miliknya. Akhirnya esok adalah hari paling bahagia baginya kerana dia akan tidur sepanjang hari.

Tring

Sebuah pesan masuk. Namun rasa malas yang menguasainya menyebabkan dia tidak ingin bangun dari baringnya lalu terlelap.

1/2 jam kemudian..

Drtt
Drtt

Panggilan dari seseorang juga tidak dihiraukannya lagi kerana sudah terulit dalam mimpi.


Mansion Keluarga Armstrong


"Phi where are you?" Ujar Becky dengan kecewa.

Dia sebenarnya rindu. Tidak tahu kenapa.

Pesanan yang dihantarnya kepada Freen tadi masih tiada pembalasan meski menunggu lebih dari setengah jam.

"Becca sayang kamu kenapa nak? Bagitahu mama." Ujar mama Becky yang sedari tadi melihat anaknya ke hulu ke hilir.

"Ehmm Phi Freen ma."

"Apa yang terjadi nak?"

Becky mendekati mamanya yang asyik berduaan menemani papa yang sedang menonton tv.

"Ehmm takda apa-apa yang terjadi ma cuma dia tak balas chat dengan angkat call sekali.."

"Sayang Freen kan suka bekerja jadi wajarkan dia busy. Lagipun papa kamu ni yang bagitahu kawan-kawan dia supaya adakan meeting besar-besar. Itu yang buat Freen sampaikan takda masa nak call apa semua."

"Yeup thats right." Celah papa.

"What?! Pa? This is crazy."

"Papa nak tengok kalau Freen tu boleh ke tidak untuk mejalankan tanggungjawab yang lebih besar."

"Tapi pa satu bulan tu bukan satu hari pa. Papa nak bagi dia sakit ke apa?"

"Risau risau ni kenapa Becca?"

"Ah..err..tak..Becca cuma tak nak Phi Freen jatuh sakit je. Satu bulan bukannya sekejap." Gugup Becky.

"Ada something nak share dengan papa mama ke ni?" Tanya papa yang sudah merasakan sesuatu pada ayat anaknya.

"Err takda pa ma.. ehmm kalau macam tu Becca naik dulu bye!"

Cepat-cepat dia melangkah anak tangga menuju ke biliknya kerana tidak mahu disoal siasat yang bukan-bukan dari kedua orang tuanya.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now