13

804 23 0
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

"Sayang ada apa?" Becky tertanya-tanya. Kepalanya pening melihat Freen berjalan mundar-mandir di depannya.

Freen berhenti lalu menoleh Becky sebentar. Sesekali dia menggeleng tapi aksinya menggigit jari jelas menunjukkan rasa risau melandanya. Freen menyambung kembali mundar-mandirnya sesekali mengelus tengkuknya berulang kali.

Becky yang tidak tahan pun berdiri di hadapan Freen.

"Babe, stop it. Saya pening tengok awak pusing sana pusing sini. Kenapa?"

"Huff.."

Freen tidak menceritakan hal yang telah berlaku kepada Becky. Dia hanya memberi alasan bahawa kerjanya di Thailand semakin banyak.

"Tidak apa-apa nanti juga akan selesai babe."

Freen mengangguk. Dalam hatinya dia bersyukur kerana Rose juga sudah menelefon polis untuk kes pecah masuk pejabatnya. Entah bagaimana itu terjadi namun Nop lah yang menjadi suspek utama.


Keesokannya, mereka terus pulang dan disambut oleh keluarga.

"Akhirnya pasangan pengantin sudah pulang." Ucap daddy Freen yang lalu disambut oleh senyuman malu dari anak dan menantunya.

"Ada-ada je daddy kamu ni." Pening mommy Freen saat mendengar ucapan suaminya itu.

Mereka pun kembali ke rumah.

Malamnya, Freen berdiri di balkoni dan sedang menelefon seseorang meninggalkan Becky yang sedang tidur nyenyak.

"Euhh..hmm?" Becky terbangun saat merasa di sebelahnya kosong.

'Dia di mana?'

Telinganya menangkap suara seseorang yang sayup-sayup kedengaran.

"Baiklah..selamat malam.."

Sebaik saja menamatkan panggilan, Freen melihat tangan yang melingkar di perutnya dan dia tahu itu Becky.

"Sayang buat di sini?" Tanya Becky yang sudah menyandarkan dirinya memeluk Freen dengan matanya yang masih mengantuk. Freen pun berpaling.

"Tidak ada apa-apa sayang dah jom tidur kesian baby ngantuk."

"Hemmm.."

Freen mengangkat tubuh Becky dan merebahkannya perlahan di katil king size milik mereka lalu ikut merebahkan dirinya. Rambut Becky diselitkan. Wajah milik sang isteri ditatapinya tanpa rasa jemu.

"I love you sayang goodnight.." ucapnya perlahan sambil mengecup dahi sang isteri dengan lembut dan menjadikan lengannya bantal untuk Becky. Akibat rasa ngantuk yang mula menyerang Freen pun tidur sambil memeluk isterinya.

_____________________

Chankimha Company

"Mulai hari ini saya pecat kamu Nop!" Suara tegas Freen.

Nop terperanjat. Adakah dia salah dengar bahawa bossnya memecat dirinya.

"Kenapa? Saya sudah melakukan yang terbaik untuk company ini Miss Freen. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan saya menuruti peraturan di sini."

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now