HAPPY READING SEMUA 🤍
Akhirnya, hari ini adalah pertemuan dua buah keluarga. Jadi Becky pulang awal ke rumahnya untuk membuat persiapan.
Mansion Keluarga Armstrong
Pukul 6 petang..
Pon
PonPorsche Cayenne milik orang tua Freen memasuki perkarangan mansion Armstrong setelah gate depan dibuka oleh security berbadan tegap.
Freen melangkah keluar bersama kedua orang tuanya lalu mereka disapa oleh papa dan mama Becky.
Saat ini, mereka akan ke ruangan meja makan sambil kedua keluarga itu berbual.
Tok
Tok
Tok"Becca sayang, kamu dah siap nak? Freen dah sampai tu." Ucap mama yang memanggil Becky di biliknya.
"Ya ma kejap!" Teriak Becky.
Ceklek
"Dah ma hehe.."
"Cantiknya anak mama. Freen mesti suka."
Becky tersengih, sudah tidak sabar rasanya untuk berjumpa padahal baru pagi tadi dia balik dari apartment Freen dan kembali ke rumahnya.
"Marilah nak kita ke bawah." Ajak mama dan diangguki oleh Becky.
Di ruangan meja makan..
"Sampai pun orang yang ditunggu-tunggu." Ujar papa.
Becky hanya tersenyum mendengar papanya.
Freen menoleh saat Becky duduk di tepinya. Dia terkaku sebentar melihat kecantikan Becky pada malam itu.
Rambutnya disanggul dan tepinya dibiarkan terurai. Dia hanya mengenakan natural makeup yang masih menampakkan kulit bayi. Dreesnya juga agak sopan, sejuk mata memandang.
"You look so pretty nong.." bisik Freen di telinga gadis itu.
"You too phi.." balas Becky.
Selesai makan, mereka pun melanjutkan perbualan dan kali ini mengait hubungan antara anak kesayangan. Siapa sangka kalau kedua-dua belah pihak saling bersetuju dan ternyata dugaan Becky benar.
Freen dan Becky saling bertatapan dan memamerkan senyuman paling manis menandakan kebahagian di wajah mereka.
"Terima kasih pa ma kerana sudah merestui hubungan kami." Ujar Becky.
"Anything for you sayang apa yang terbaik untuk Becca papa bagi dan Freen sebenarnya dari awal lagi kami meletakkan kepercayaan untuk menjaga kamu. Walaupun pada masa itu kita tidak kenal siapa Freen. Terima kasih Freen dan jagalah Becca seperti berlian jangan biarkan dia dalam kesedihan atau keseorangan."
Kata-kata itu akan sentiasa dipatuhi oleh Freen. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa akan menjaga Becky sepenuhnya.
Daddy dan mommy Freen tersenyum melihat anaknya yang sudah mendapat kebahagiaannya sendiri. Mereka sentiasa menyokong yang terbaik untuk satu-satunya anak kesayangan mereka kerana Freen tidak ada adik-beradik yang lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
Just tell me you love me
Storie d'amoreApa benar kalau cinta itu datang sebelum waktunya... Begitulah apa yang terjadi pada diri seorang gadis yang bernama Becky Armstrong. Pertemuan pertama kali dirinya dengan Freen Chankimha sering membuat tubuhnya merasa aneh dan hatinya seakan tertar...