HAPPY READING SEMUA 🤍
Hospital Bangkok
"Kami mencadangkan agar anda menjalani kemoterapi untuk menanganinya dan juga mulai sekarang anda harus menjalani beberapa perubatan. Anda terlihat cukup parah dengan luka pada setiap bahagian tubuh badan." Ujar sang doktor sambil menyimpan alat yang diguna untuk memeriksa Dave.
Freen berada di luar. Perasaannya tidak begitu tenang sejak mereka sampai di hospital, apatah tadi Becky seperti tidak menghiraukannya kerana sibuk menuntun Dave sehingga menjumpai doktor. Malah, isterinya itu turut berada di dalam ruang tersebut.
Patutkah dia diam saja? Tapi dia juga tidak mahu isterinya berpaling kembali pada mantannya. Shit. Otaknya sudah mulai berfikiran negatif. Mungkinkah setelah ini, Becky akan menjaga lelaki itu seperti yang dia ucapkan dan melupakannya?
Arhh! Fikirannya semakin kusut memikirkan semua itu.
Ceklek
Becky dan juga Dave sama-sama keluar dari bilik doktor. Freen dapat melihat wajah isterinya yang dilanda kebimbangan.
"Ada apa? How's everything?"
Tiada jawapan. Becky masih saja menuntun Dave berjalan membelakanginya, sekali lagi. Freen mengepalkan tangannya. Dia tertawa kecil melihat dirinya diabaikan oleh isterinya sendiri.
'Again?' Ujarnya dalam hati.
__________
"Makan yang banyak.. tidak boleh skip jadual makan atau saya akan lapor pada doktor."
Dave tertawa mendengarnya. Ada secubit rasa menyesal kerana telah menipu dan mempermainkan perasaan wanita ini.
"Awak harus sihat, jangan sakit lagi kerana ada yang menunggu."
Lihatlah Becky sudah menukar kata nama panggilan seolah-olah mereka dekat kembali. 'Saya' dan 'awak', bukan 'aku' dan 'kau'.
"Tiada siapa yang akan tunggu, Becky. I have no one."
"Saya ada."
Dave sedikit terkelu. Lidahnya seperti tidak ingin bergerak.
"Tapi awak kan sudah ada Freen, Becky." Ujarnya.
Becky menarik nafas.
"I know and she is my wife. Tapi awak adalah orang pertama yang membuat saya kenal apa itu cinta, Dave."
Becky bergerak dari duduknya mendekati Dave yang sedang bersandar pada katil. Sudah banyak alat yang disambung pada tubuhnya. Becky mengambil tangan kanan Dave dan menggenggamnya.
Sepertinya dia memang benar sudah melupakan janjinya dulu.
"Awak pasti akan sembuh. Saya akan berada di sisi awak sepanjang perubatan."
Tanpa mereka sedar, sepasang mata sedang memerhati gelagatnya sedari tadi dari luar kaca. Hatinya berdenyut hebat membuat dia reflek meremas dadanya sendiri kerana merasa sakit yang nyeri. Namun Freen tetap setia menunggu isterinya untuk keluar dari bilik itu. Bahkan dia sanggup untuk tidur di luar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Just tell me you love me
RomanceApa benar kalau cinta itu datang sebelum waktunya... Begitulah apa yang terjadi pada diri seorang gadis yang bernama Becky Armstrong. Pertemuan pertama kali dirinya dengan Freen Chankimha sering membuat tubuhnya merasa aneh dan hatinya seakan tertar...
