9

986 24 0
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

Sepanjang tempoh Freen berada di hospital, bermalam di sana adalah rutin baru Becky. Kadang-kadang dia akan pulang untuk menjenguk rumah.

Hari ini, kedua orang tua Freen berada di hospital. Hati siapa tak risau jika anak kesayangan mereka tidak sihat.

"Freen, kamu tak apa-apa kan nak hmm.." Freen menggeleng. Dia menampilkan senyuman untuk menghilangkan kerisauan ibunya.

"Mom.. i miss you..."

Ibu dan anak itu berpelukan.

"Ehem! Untuk daddy takde ke?.." ujar daddy lalu menyiku manja si ibu yang sedang asyik dengan anak mereka.

"Ouhhhh come dad.." ajak Freen dengan suara manja dan comel di pendengaran orang-orang yang berada di ruang itu.

Becky tersenyum melihat adegan itu. Freen adalah seseorang yang akan kelihatan sifat kebudak-budakannnya saat bersama orang tuanya. Lihatlah betapa damainya dia di dalam dekapan orang tersayang.

Orang tua Freen telah bergegas menyiapkan kerja mereka di luar negara hanya untuk menjenguk anak kesayangan mereka. Kerja selebihnya diuruskan oleh pembantu peribadi.

Tok
Tok
Tok

"Maaf, saya ingin meminta tuan puan dan miss Becky untuk memberi ruang kepada saya bagi melakukan sedikit pemeriksaan. Silakan keluar sebentar."

Mereka hanya diam menuruti arahan dari seorang jururawat.

"Ehmm let me just stay here." Pinta Becky.

"Miss, ini adalah prosedur kami jadi miss perlu tunggu di luar."

"Ouh okay but dok-.."

"Silakan miss keluar. Sekiranya anda menunda ia akan mengganggu selama terapi ini dilakukan."

"Baiklah." Kata-kata dari jururawat itu membuatkan dia berhenti untuk membantah. Sejujurnya dia juga mahu Freen sembuh secepat yang mungkin. Kakinya pun melangkah keluar dari ruangan itu walaupun dengan rasa sedikit berat.

Becky sempat memberi senyuman kepada Freen untuk memberinya semangat dan Freen membalasnya.

"Becca.. terima kasih kerana menjaga Freen di saat kami tiada di Thailand nak."

"I will take care of her uncle and always be."

Mereka pun duduk sambil menunggu. Entah kenapa Becky berasa tidak sedap hati pada saat itu namun dia cuba untuk berfikir lebih positif kerana itu yang diajarkan oleh kedua orang tuanya.

15 minit berlalu..

'Why take so long?' Batin Becky. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan tidak tenang. Hatinya memberontak menyuruhnya untuk masuk ke dalam. Tanpa berlengah...

Brakkk

Orang di dalam ruang itu menoleh kerana terkejut.

"Bec?"

"Ahh ehmm is everything alright?" Tanya Becky, menahan malu kerana dia baru saja menolak pintu dengan sekuat tenaganya dan tiada apa-apa pelik pun yang terjadi. Melihat Freen mengangguk membuatnya lega.

"Err maafkan saya nurse.. maaf mengganggu.." ucap Becky cuba menutup rasa malunya. Di saat dia ingin melangkah kembali keluar, Freen menghentikannya dan mengajaknya untuk berada di sisinya kerana dia juga sudah selesai.

"Khop khun ka." Ucap Freen. Setelah jururawat itu beredar, dia menarik lengan Becky lalu memeluknya.

"Are you okay nong?" Tanyanya.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now