27

634 35 7
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

"Maaf, sepertinya kami hanya boleh bergantung dengan kemoterapi untuk pesakit kerana dia sudah berada di tahap 4. Seharusnya dari dulu pesakit melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jika dilihat dari sejarahnya, pesakit berkemungkinan menghidap hepatitis c yang mana pesakit pernah melakukan hubungan kelamin. Jadi risiko dijangkiti adalah sangat besar."

"Sebenarnya ubatan juga boleh menyembuhkan 95 peratus pesakit hepatitis c dengan mengurangkan risiko kematian bagi penghidap kanser hati, cuma untuk akses kepada diagnosis dan rawatan adalah rendah."

Becky berjalan mundar-mandir dengan hati yang gelisah, memikirkan ulasan yang doktor utarakan tadi dan dalam masa yang sama, dia berasa gundah-gulana. Peranti berada dalam genggamannya. Masih menanti seseorang.

Sudah dua minggu.

Kejadian di tempoh hari telah membuat ia sedar bahawa seseorang yang berharga dalam hidupnya ialah Freen.

Flashback

"It's not even a hard question tapi awak boleh jawab kan? Becky?"

Becky sedikit tercengang mendengarnya. Tidak mungkin dia menjawab 'ya' pada orang yang pernah membuat perasaannya terluka bahkan dia menangis hebat oleh kerananya.

Dengan hati yang mantap, Becky pun berkata..

"Tidak Dave, kita sudah ada takdir masing-masing. Jalaninya dengan sepenuh hati. Benar kata awak, saya sudah punya Freen lagipula perbuatan awak sangatlah tidak dapat saya maafkan bahkan sesiapa saja termasuk Kelly. Tapi untuk kali ini saya maafkan dan saya harap awak dapat hidup dengan baik selepas ni. Anggap saja ini sebagai balasan untuk permintaan maaf awak, Dave."

Lelaki itu tersenyum kecut. Benar, dia hanyalah seorang loser, not a winner. Sudah seharusnya mereka menjalani hidup masing-masing bukannya menyalahkan takdir.

-

Sekembalinya dari tandas, dia melihat Dave berbaring. Becky menyelimuti tubuh itu yang sudah terlelap tidur. Dalam hatinya pula merasa kasihan terhadap Dave walaupun dia memang patut dihukum. Tapi setiap manusia boleh berubahkan? Jika dilihat, wajah itu sudah semakin membaik dan tubuhnya juga tidak banyak kesan lebam yang membiru dulu.

Pukul 8.45 malam, Becky memutuskan untuk pulang ke mansion. Masih berharap meskipun rasanya pahit.

Brakk

Dia mengeluh. Seluruh tenaganya rasa terkuras kerana dari semalam dia berulang-alik ke hospital dan juga syarikat Freen. Minyak keretanya tak habis kan? Hampir.

Becky merebahkan badannya ke sofa. Tangannya yang sedari tadi mengurut kepala sendiri seketika mengubah kedudukan. Rasanya sangat lega. Dia perlukan rehat dan tidur yang cukup. Tidak peduli perutnya lapar meminta untuk diisi. Matanya mulai terkatup rapat. Namun satu suara membuat ia tertegun dan membeku.

"Sayang.."

Suara itu. Becky tidak mimpi, bukan? Tidak, ini pasti mimpi. Apakah kerana terlalu rindu membuat ia berkhayal, sudah tentu ini khayal. Dia memutuskan untuk melanjutkan saja tidurnya.

"Nong Bec sayang.."

Becky tidak mahu membuka matanya, ini pasti khayalan atau adakah itu hantu? Dia tidak mahu memikirkannya. Selimut yang berada di bawah kakinya ditarik sampai menutup kepalanya lalu tidur meringkuk. Mencuba untuk tetap tidur walaupun dalam hatinya tidak tenang.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now