29

771 36 7
                                    

HAPPY READING SEMUA🤍


'Apa aku sedang mengacaukan keadaan?'

'Jika saja kita tidak ego, mungkin kita masih dapat memperbaiki semuanya.'

'Sehidup semati adalah janji yang pernah kita ucapkan. Masih mahu dengan ku?'

'Kita sama-sama menangis dan sedih kerana terlalu mengikut perasaan. Tapi aku berdoa kita akan selalu bahagia.'

'Masing-masing sudah dewasa bukan kanak-kanak lagi.'

_________

"Tunggu!"

Langkahnya terhenti.

"Boleh saya ikut menumpang boss? Saya ke sini tadi guna teksi jadi oleh kerana sekarang hujan, susah untuk cari teksi...maaf sekiranya boss keberatan untuk menghantar saya balik." Nam bertanya dengan rasa serba salah sebelum diangguki oleh Freen.

"Thank you boss. Bye puan! Jumpa lagi sir, madam!" Nam berpusing menghadap tiga insan yang berdiri tidak jauh lalu menunduk dengan hormat pada mereka.

"Esok datang lagi!"

"Ayuh."

Nam menurut, mengikut langkah laju Freen. Mereka hampir mandi kebasahan meredah hujan kerana kereta Freen terletak di perkarangan terbuka dan terkena rintikan hujan lebat itu.

Sepanjang perjalanan, Freen hanya diam dan fokus. Hujan lebat membuat ia memandu dengan penuh berhati-hati. Nam yang dari tadi berceloteh bercerita juga senyap kerana tertidur.

Ah.

Jujur. Tadi dia sangat berharap Becky yang memanggilnya menyuruh tunggu tapi ternyata Nam. Tidak apa. Hari esok masih ada dan kedepannya. Freen tidak akan memaksa isterinya itu. Sepertinya Becky merajuk dan Freen harus memujuk.

Setelah menghantar Nam, Freen cepat-cepat mandi. Dia tidak mahu jatuh sakit meskipun dia tahu sistem imun badannya lemah tapi esok dia akan ke sana lagi. Semoga saja tubuhnya kuat. Freen mengambil seuncang teh untuk membuat teh panas bagi mengurangkan kesejukan.

Di balkoni ini, dia berdiri. Hujan semakin reda terkadang bunyi guruh dan kilat memancar di langit gelap itu. Isterinya baik-baik sajakan di sana?

Slurpp

Freen menghirup tehnya sambil kakinya membawa diri kembali masuk ke dalam bilik. Dia mengambil cermin mata dan memakainya. Dia menaip sesuatu di telefonnya. Laptop di meja dibukanya, ada beberapa laporan yang harus disemak sebelum tidur. Aircond dalam bilik ditutup dan selimut tebal pun menyelimuti tubuhnya.

Sejuk.

Sedangkan di kediaman keluarga Armstrong, Becky mendiamkan diri di bilik. Dia menolak ajakan papa dan mamanya yang berniat untuk menghiburnya dengan menonton movie.

Tadi, 45 minit yang lepas ;

Flashback,

Becky berdiri dan tidak berbuat apa-apa. Dia hanya melihat Freen sedang berbicara dengan mama dan papa sebelum mata mereka saling menatap tapi tidak lama. Mulutnya seperti berat untuk mengeluarkan suara. Dia ingin menahan isterinya daripada keluar rumah kerana hujan.. dan juga..ingin memeluknya ketika tidur malam ini.

Tangannya mengepal erat, dia sangat ingin memanggilnya.

Hujan terus menyapa di luar.

"Tunggu!"

"Babe.." suaranya menjadi kecil. Tiada siapa yang mendengar.

Damn. Pada waktu yang sama, Nam yang menyuruh Freen berhenti. Becky sempat berfikir bahawa Nam akan menolongnya tapi tidak. Malah Nam meminta untuk menumpang pulang ke rumah.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now