21

723 22 0
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍


"Tak boleh bawa laju lagi ke ni?! Cepat!"

"Tidak boleh boss tapi saya akan cuba. Sila tenang boss."

'Oh god semoga takda jammed dan semoga polis tak buat roadblock ..' batin si pemandu. Peluh mula turun, stereng kereta digenggam, tangan yang satu menukar gear dan kenderaan yang mereka naiki terus meluncur laju membelah jalan raya. Untung tiada apa-apa yang mengganggu perjalanan mereka.

Freen tetap memandang wajah Becky yang kepalanya berada di pangkuannya. Perut isterinya ditangkup rapat menggunakan blazer yang ia pakai pagi tadi.

Bibir Becky bergerak. Freen yang melihat itu pun segera mendekatkan telinganya.

"I..i...love you.. babe..." bisiknya.

"Syuhh jangan bercakap lagi sayang.." Freen mengelus lembut pipi Becky.

"Sayang please.. tolong bertahan untuk saya.. i need you baby.. i love you too hiskk.." isak tangis Freen mula terdengar.

Nam yang turut berada di situ juga berasa simpati dan sesekali cuba untuk menenangkan Freen.

__________

Hospital Bangkok

"Nam, panggil doktor make it faster."

Tanpa berlengah lagi, Nam terus keluar mencari bantuan. Freen dibantu oleh driver untuk mengangkat Becky.

Nam pun muncul dengan beberapa orang jururawat dan seorang doktor.

"Ayuh cepat bawa ke operation room." Ujar sang doktor lalu diangguki oleh jururawat itu.

"Cik Freen sila tunggu di sini kami akan buat yang terbaik, okay."

"Tolong dok selamatkan isteri saya.."

"Baik."

Freen berjalan mundar-mandir menunggu di luar bilik bedah dengan keadaan yang gelisah. Dia tidak mahu menangis walaupun sukar untuk ia tahan. Tangannya menyatu berdoa agar semuanya baik-baik saja.

'Please sayang bertahan untuk aku.' Batin Freen.

Nam yang berada di tempat duduk juga berdoa. Dirinya serba salah kerana tidak berada bersama Becky walaupun untuk seketika apatah lagi orang asing masuk ke kawasan mansion hanya untuk menghantar parcel. Tapi dia silap.

Otak Nam ligat berfikir, bagaimana orang seperti itu boleh masuk ke mansion. Bukankah security ada di depan untuk buat spotcheck? Aneh fikirnya.

2 jam kemudian..

"Cik Freen." Panggil doktor.

Freen menghampiri doktor itu, berharap berita baik yang ia akan dengar.

"Syukur puji Tuhan pesakit berjaya diselamatkan. Jika terlambat mungkin saja pesakit akan mengalami pendarahan yang banyak dan sekarang kami akan memindahkan pesakit ke ruang ICU." Jelas doktor sebelum pergi.

"Terima kasih doktor..terima kasih banyak." Sekali lagi Freen menitiskan air mata dan itu bukanlah air mata kesedihan melainkan air mata kegembiraan.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now