26

546 30 0
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

Sudah lebih seminggu, Becky tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pendiam. Ada sesuatu yang mengganggunya. Setiap hari dia menunggu kedatangan seseorang di rumah mereka. Kadangkala dia merenung ke luar jendela, cuaca yang cerah dan sempurna tapi tidak dengan hatinya yang mendung. Dia rindu akan kehadiran seseorang. Pelukannya, kata-kata manisnya yang menutur kata sayang, kecupan-kecupan lembut, dah tentu semua tentang isterinya.

Becky menarik nafas panjang lalu dihembus berat. Tangannya mengusap pipi yang dibasahi air matanya. Dia mencuba lagi, mengirim mesej yang berisi 'babe dah makan?, how was your day?, babe pulanglah.', lalu menghubungi nombor itu.

Tetap tidak berjawab.

Putus asa? Tentunya tidak bahkan untuk mengenalnya saja. Sudah beberapa kali dia berulang-alik ke Chankimha Company, berharap akan menjumpai Freen di sana.

Sekarang dia harus ke hospital kerana hari ini, Dave akan menjalani kemoterapi dan dia akan menemaninya. Becky cepat-cepat bersiap, dia cuba untuk bersemangat meskipun dalam hatinya rapuh.

Make-up tipis di wajah semata-mata untuk menutupi kesedihan, tidak mahu orang lain menyedarinya. Dia pun bertolak ke hospital menggunakan porsche pinknya.

"Hei, sudah makan?" Becky mengambil tempat duduk di sebelah katil Dave.

"Dah Becky. Tengok tu." Lelaki itu mengarahkan jari telunjuknya ke arah jam di dinding. Pukul 11. Dave pasti sudah makan tengah hari terlebih awal tadi kerana ini akan menjadi kemoterapinya yang kedua kali. Bahkan rambutnya sudah dicukur botak. Becky jadi ketawa melihatnya. Seumur hidup dia tidak pernah melihat mantannya itu tiada rambut di kepala ataupun di kening.

"Saya tahu saya sudah tiada rambut. Janganlah ketawa, itu sudah seperti mengejek, Becky." Dave bermasam muka.

"It's kinda cute and funny you know." Ujar Becky dengan sisa tawanya lalu dia beranjak menyentuh kulit kepala lelaki ini.

"Licin dan berkilau HAHAHA"

"Becky..." geram Dave.

Tanpa niat, tangannya laju menggelitik pinggang wanita itu.

"Rasakan! Padahnya mengetawakan orang..!"

"Stoppp..!"

Terlarut suasana, Becky sedikit melupakan rasa sedihnya. Berterima kasihlah pada lelaki ini kerana berjaya mengalihkan kesedihan dan rasa keseorangannya selama seminggu ini.

Brakk

Becky jatuh.

Jatuh di pelukan Dave kerana terlalu asyik dalam pergelutan yang mana berubah menjadi saling menggelitik. Pandangan mereka bertemu, sekali lagi. Dave memberanikan diri untuk menyentuh pipi mulus itu.

"Jika waktu dapat saya ulangkan, adakah awak masih mahu dengan saya?"

Hening.

"Orang cakap kalau diam itu tandanya ya."

"Ehm..." Becky bangun lalu mengundur, duduk di tepi katil.

"It's not even a hard question tapi awak boleh jawab kan? Becky?"

"...."

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now