24

879 30 2
                                        

HAPPY READING SEMUA 🤍

Di sebuah ruangan nan suram dan gelap di mana cahaya dari luar tidak menembusi dinding, seorang lelaki terlihat duduk terkulai bak bunga yang layu di sebuah kerusi. Namun suara jeritan yang tiba-tiba itu mengejutkannya dari tidur.

"Lepaskan aku! Keluarkan aku dari sini! Tolonglah!"

Adelia menjerit sehingga kerongkongnya kedengaran parau, hampir kehabisan suara.

"Diamlah!" Sergah seorang pengawal yang tegap berdiri menjaga ruangan yang seperti penjara itu.

Penjara. Benar, tempat itu seperti penjara kerana ruangnya sempit dan pintunya diperbuat dari besi yang hanya mempunyai tingkap kecil buka tutup di atasnya.

Lagi dan lagi jeritan perempuan itu terdengar, tidak putus asa. 

"Do your job, just shut her mouth." Ujar seseorang yang akhirnya berjaya membungkam Adelia. Dia ketakutan, agaknya dia tidak mahu nasibnya seperti lelaki di sebelahnya, Dave.

"Tidak.. please don't.." suaranya jelas terdengar menggigil, takut.

Tangannya disatukan memohon agar tidak ditampar namun tak juga membantunya kerana satu tamparan jelas kedengaran di setiap orang yang berada di situ.

"Arhh..sakit.." rintihnya sambil memegang bekas tamparan yang jelas warnanya kemerahan.

"Baru satu. Nak lagi?" Kelly.

Adelia pantas menggeleng tanda tidak mahu.

"Betul ni tak nak? Sayangnya itu adalah hadiah sekiranya kau tak nak duduk diam. Telinga aku bingit dengar kau jerit dari tadi."

"Give her three more. Jangan menolak, aku dah berbaik hati bagi diskaun dari 10 tamparan jadi, terimalah." Ujarnya lagi setelah memberi perintah kepada pengawal tegap itu.

Dave hanya duduk terdiam mendengar jeritan kesakitan dari wanita tersebut. Biarkan Adelia menikmati hukumannya kerana wanita itu pasti akan menjerit lagi meminta untuk dilepaskan. Yang dia peduli adalah nasib dirinya sekarang. Bajunya terlihat sedikit lusuh koyak-rabak dan badannya banyak luka dan terdapat lebam membiru sana sini termasuk di wajahnya. Bibir pecah dan mata bengkak sebelah, berdarah. Dia seakan tahu jika inilah pengakhiran hidupnya, diseksa oleh orang yang pernah ia lecehkan, dia menerima seksaan itu dengan rela hati.

"Kelly!" Panggilnya dengan sedikit sisa tenaga yang ada dan wanita tersebut menoleh ke arahnya.

"What? Kau nak juga?"

Dave memperbetulkan duduknya walaupun dengan tangan dan kaki masih terikat teguh di setiap sisi.

"Tidak.. aku minta maaf..maaf sebab-.." dia berhenti seketika, menelan liur untuk membasahi kerongkong.

"..maafkan aku yang dah lecehkan kau waktu dulu.. aku menyesal tapi sekiranya kau belum puas, kau boleh bunuh aku.. buatlah apa yang kau nak sampai kau puas.." Ada getaran terdengar di kata-katanya. Dave terbatuk di hujung katanya. Batuk darah, pastinya.

Adakah organ dalamannya sudah ada yang rosak?

Kelly terdiam. Adelia juga sedang meratapi rasa sakit di kedua pipinya.

Just tell me you love meCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang