HAPPY READING SEMUA 🤍
Wajah cantik yang sesekali terlihat macho di depannya itu sedang ditatapinya dalam samar. Matanya memerhati setiap inci wajah itu dengan penuh cinta dan tanpa pernah munculnya atau wujudnya perkataan bosan jika berkaitan dengan isterinya.Tangannya terangkat memegang pipi yang terlihat berisi dan yang ia geram ketika pipi itu tertekan sebelah menghadapnya.
Freen sedikit terganggu tidurnya angkara Becky. Hidungnya dicuit dan pipinya dicucuk-cucuk. Tangan Becky tidak mahu tinggal diam saja, sampailah isterinya bangun baru dia akan berhenti.
"Emmhh baby.."
"Morning babe." Becky tersengih di depannya.
"Pukul berapa sekarang..?" Tanyanya dengan nada yang masih serak.
"Almost 5 o'clock kha."
"What?! Sayang mimpi apa bangun awal sangat ni.." Freen bergerak mengganti posisi menjadi terlentang.
"Entah." Sahutnya singkat.
Freen menoleh ke isterinya lalu tiba-tiba..
"Ahh babe!"
Becky sedikit terkejut kerana Freen menarik tengkuknya membuatkan dia terjatuh di atas badan Freen.
"Tidur balik siapa suruh sayang bangun awal hah." Ujar Freen yang sengaja menekan kepala Becky pada dadanya.
Tak lama..
"Auww haha ok² stop please..!" Freen terjerit kegelian kerana Becky sedang menggeleteknya di bahagian perutnya, lebih-lebih lagi pada pinggang.
"Ni la makan dia.."
"Okay stop Becky i surrender." Akhirnya Freen dapat bernafas dengan stabil.
"Penatla sayang jom tidur balik." Ajaknya dan Becky mengangguk.
Becky pun merapatkan dirinya untuk berpelukan dengan isterinya itu. Dia tersenyum ketika merasakan keningnya dikecup lembut oleh Freen dan mereka pun tidur kembali sambil memeluk satu sama lain.
Pagi itu, Freen berangkat setelah bersarapan. Ada hal yang harus dia selesaikan.
"Hati-hati bawa kereta babe!" Becky sedikit berteriak ketika Freen masuk ke dalam mazdanya.
Freen menurunkan tingkap lalu membuat flying kiss dan tersenyum kepada isterinya sebelum keretanya mula bergerak.
Nam yang kebetulan juga berada di situ tersipu. Sepanjang hidupnya bekerja dengan Freen, dia sangat jarang melihatnya tersenyum manis seperti tadi.
"Tahniah Becky sebab berjaya menawan hati dia." Ucap Nam yang tiba-tiba salting.
Becky hanya mengangguk tersenyum mengiyakannya seperti seorang champion.
Mereka pun masuk ke dalam dan mungkin ada beberapa aktiviti yang mereka akan lakukan untuk mengisi masa lapang.
_____________
Bugh!
Seorang lelaki duduk terkulai di sebuah kerusi dengan kedua tangan dan kaki yang terikat pada kerusi itu. Darah dari hidungnya menetes banyak. Tiada siapa pun yang peduli akan keadaannya kerana di depannya ini bukanlah manusia namun binatang.
Srekkk
"Arghh!!"
Mulutnya seperti terhiris sebaik saja pita pelekat yang kuat cengkamannya ditarik kasar. Darah dari dalam mulutnya juga keluar. Rasa bengkak di seluruh wajah mulai terasa.
![](https://img.wattpad.com/cover/335269133-288-k137337.jpg)
YOU ARE READING
Just tell me you love me
RomanceApa benar kalau cinta itu datang sebelum waktunya... Begitulah apa yang terjadi pada diri seorang gadis yang bernama Becky Armstrong. Pertemuan pertama kali dirinya dengan Freen Chankimha sering membuat tubuhnya merasa aneh dan hatinya seakan tertar...