HAPPY READING SEMUA 🤍
Siam Paragon
Freen berlari ke arah pintu masuk mall itu. Dia melihat muka orang-orang panik lari bertempiaran keluar. Saat ini hanya Becky yang difikirkannya. Dia tidak peduli jika badannya sesekali dirempuh oleh orang.
'Sayang..' batinnya yang mulai risau.
Tanpa peduli keadaan sekitar, dia berlari kecil saat meninjau setiap kedai di sana. Ada yang sudah ditutup dan terdapat barang-barang yang berselerak tidak kira di lantai atau di meja-meja makan.
"Becky!" Panggilnya.
Tiba-tiba...
DORRR
Bunyi tembakan dari aras atasnya. Freen cuba menelefon Becky lagi namun tidak berjawab. Mahu tak mahu dia harus naik ke aras tersebut untuk mencari isterinya kerana takut jika Becky mengalami kecederaan.
"Tolong!!"
Telinganya menangkap teriakan seseorang. Sambil meninjau keadaan di sekitarnya, dia berlari ke arah suara itu.
Di sana dia melihat Irin yang sedang memeluk seseorang dan itu adalah..
"Becky.."
Tanpa berlengah lagi, Freen berjalan pantas ke arah mereka lalu membawa tubuh isterinya ke pelukan.
"Sayang Becky..bangun.."
"Maafkan saya boss..saya tidak menjaga Puan Becky dengan baik." Lelaki itu menunduk. Freen tidak peduli lalu menoleh ke Irin.
"Apa sebenarnya yang berlaku? Irin?"
"Tidak tahu Freen. Tadi aku terserempak dengan Becky dan bodyguardnya sedang jalan-jalan di sini. Awalnya baik-baik saja tapi setelah itu ada orang yang tiba-tiba menembak secara rambang." Ujar Irin panjang lebar.
"Becky pengsan sebab panik sangat dan dia sempat terseliuh di bahagian kakinya masa lari tadi Freen." Sambungnya.
"Okay ayuh kita keluar..pihak polis juga sudah datang. Mari.."
Freen pun mengangkat tubuh Becky dengan menggendongnya di belakang. Mereka berjalan dengan pantas kerana tadi sempat mendengar lagi bunyi tembakan. Untung polis ada membantu mereka di situ.
_____________
Hospital Bangkok
"Freen, aku balik dulu.. tolong jagakan Becky dengan baik untuk aku." Freen mengangguk.
"Hati-hati.." balasnya.
Dia menyuruh bodyguardnya untuk menghantar Irin pulang.
Pada masa yang sama, seseorang yang mendiami ruangan vvip itu sedang berpeluh resah. Dahinya tidak tinggal untuk berkerut kerana sesiapa saja pasti tahu jika dia mengalami situasi buruk.
Ceklek
"Sayang.." Freen berjalan ke arah Becky dengan tergesa-gesa.
"Oh gosh." Dengan rasa bimbang, Freen menekan emergency button yang ada di samping katil Becky untuk memanggil doktor. Sambil itu dia cuba membangunkannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/335269133-288-k137337.jpg)
YOU ARE READING
Just tell me you love me
RomansaApa benar kalau cinta itu datang sebelum waktunya... Begitulah apa yang terjadi pada diri seorang gadis yang bernama Becky Armstrong. Pertemuan pertama kali dirinya dengan Freen Chankimha sering membuat tubuhnya merasa aneh dan hatinya seakan tertar...