Now Playing
🎧 Gonna Be Fine - Treasure 🎧°°°
2 bulan kemudian...
" Flower? "
Pelik.
Selalunya bila Chan balik dari kerja , mesti Jieun akan menunggunya di dapur atau ruang tamu namun bayang mahupun suara langsung tiada.
Segera Chan membuang kasut , menyusun langkah ke arah bilik tidur mereka.
Apabila dia menolak pintu bilik tersebut , dia ternampak sesuatu yang mengundang senyumannya.
Penampakan isterinya sedang tidur nyenyak di atas sejadah dengan masih memakai kain telekung.
Namun ada sesuatu yang menarik perhatiannya , sebingkai gambar di hadapan Jieun.
Segera dia mendekati isterinya yang masih dibuai mimpi tanpa membuat sebarang bunyi lalu melihat bingkai gambar tersebut.
Gambar Jieun semasa masih kecil dengan Jaehyuk mendukungnya manakala Jeonghan dan ibu bapanya berada di sampingnya.
Dan kelihatan mereka tersenyum gembira di dalam gambar tersebut.
Namun kerana satu masalah penyebab keluarga mereka menjadi kucar-kacir.
°°°
Flashback...
3 minggu selepas kejadian yang berlaku di hari perkahwinan mereka...
" Flower nak tidur sini? "
Anggukan dari Jieun mengundang keluhan kecil dari Chan.
" Ji tak boleh je duduk dekat sini.Tak kesian ke dekat Chan? "
Tiada lagi panggilan manja.
Hanya nama sebenar digunanya.
Terlihat sekali kesalan di dalam nada pemuda itu.
" Kalau Chan nak balik , baliklah Ji nak teman Jeonghan Oppa dek- BANG! "
" Lee Jieun!Susah sangat ke nak dengar cakap suami sendiri?! "
Penat dan kecewa.
Itulah apa yang dirasai oleh Chan sekarang.
Namun dia tidak boleh membiarkan isterinya dalam keadaan sebegitu.Kemungkinan besar isterinya akan mengalami kemurungan jika keadaan begitu masih berlarutan.
Segera dia keluar dari wad itu untuk meredakan kemarahannya.
Namun , perasan rasa bersalah pula menguasai dirinya.
Adakah dia baru sahaja meninggikan suaranya kepada isterinya? Allahuakbar.Ya Allah maafkan hamba-Mu kerana berbuat sedemikian.
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
FanfictionCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...