Now Playing
🎧 00.00 ( Zero o'clock ) - BTS 🎧°°°
" Chan , kau pasti ke ni? "
" Yes , I'm sure.Don't worry aku dah bagitahu yang kita nak datang. "
Jieun menelan air liur selepas melihat apa yang ada di hadapannya sekarang.
Sebuah rumah 3 tingkat yang agak besar yang kelihatan seperti sebuah hotel mewah.Dia selalu ternampak rumah ini ketika berada di Iksan untuk pergi ke rumah Jihyo namun dia tidak sangka rumah ini milik keluarga Chan.
" Jom? " Chan merangkul tangan Jieun lalu menariknya untuk mengikutinya ke arah pintu utama rumah itu.
Perlahan-lahan mereka menaiki tangga itu.Semakin mendekati pintu rumah itu semakin laju jantung Jieun berdegup kencang.
Dia memang sedang dalam fasa ketakutan.
Bagaimana jika keluarga Chan tidak menerimanya sebagai orang baru di dalam keluarga tersebut?
Setelah mereka berdua tiba di pintu utama rumah itu , kelihatan seseorang sudah berada di hadapan pintu itu untuk menyambut mereka.
" Tuan Chan , Puan Lee sedang menunggu di ruang makan. " Kata perempuan yang dalam lingkungan 40-an sambil menundukkan sedikit badannya sebagai tanda hormat.
" First of all , don't call me like that.Yena Noona pun tahu kan Chan benci dengar gelaran tu. " Kata Chan sambil menghentak-hentakkan kakinya sebagai protes.
Jieun terkejut selepas melihat apa yang berlaku sebentar tadi.
Adakah tadi itu suaminya?
Wow ,sisi lain Chan yang belum pernah dilihat oleh Jieun sebelum ini.
" Ye la Chan.Noona gurau je la.Ni nak tegur sikit tak malu ke buat macam tu depan isteri sendiri?Dah besar dah kahwin dah pun perangai masih lagi macam budak-budak. "
Erk- isteri?
Jangan kata Chan sudah memberitahu semuanya.
Alamak rasa macam nak lari ja dari sini.
Malunya Ya Allah.
" Biarlah ni isteri Chan.Susah senang kami harungi bersama betul tak Flower? "
" Uh- erk- haah hehe... "
Perempuan tua yang dipanggil dengan gelaran Yena Noona itu hanya ketawa kecil melihat telatah Jieun yang masih lagi tersipu-sipu malu dengan perangai Chan.
" Dah , bawa bini kamu tu masuk.Panas ni nanti kulit dia berbakar macam tu je. " Segera Yena membuka pintu itu sedikit luas untuk memberi ruang kepada pasangan itu.
Setelah mereka berdua menapak masuk ke dalam rumah itu , penampakan bayang-bayang sedang menuju ke arah mereka berdua.
" Chan. "
Jieun menelan air liurnya dengan perit sekali selepas melihat gerangan yang berada di hadapannya sekarang.
" Mommy , daddy. "
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
FanfictionCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...