Now Playing
🎧Seasons - Wave To Earth🎧°°°
Dua tahun kemudian...
Biarpun pada harini cuaca agak panas sekali namun tidak mematahkan semangat pemuda ini untuk pergi ke tempat itu.
Dibawa sebidang tikar yang digulung serta surah Yaasin , pemuda itu berjalan menuju ke arah tempat itu.
Setelah tiba di tempat itu , pemuda itu menghamparkan tikar tersebut lalu duduk bersila dan tidak lupa juga untuk membersihkan kubur itu yang dipenuhi dengan rumput-rumput yang telah tumbuh.
" Assalamualaikum Mia noona... "
Pemuda itu terus memulakan bacaan Yaasin kepada arwah biarpun pada ketika itu banyak perkara yang berada di dalam akal fikirannya.
Setelah selesai bacaan Yaasin , lelaki itu memandang lama kubur itu lalu menghembus nafas perlahan.
Raut mukanya yang kelihatan letih dan lesu hanya kerana fikirannya yang kusut akibat pelbagai perkara yang berlaku
Kerana dunia sedang menguji akan kesabaran dan keimanan Lee Chan.
" Noona...Chan penat... "
Tanpa disedari , air matanya sudah menuruni pipinya.Dia sudah penat
Penat akan ujian ini...
" Patut ke abang pergi sekarang? "
Chan yang sedang memperkemaskan kemeja yang dipakainya memandang isterinya dengan riak muka yang risau
" Abang minta maaf sayang.It's my job and I had to go now... "
Kerjanya sebagai komander bagi pasukan tentera darat sememangnya sukar apatah lagi sekarang dia tidak mempunyai masa untuk bersama dengan keluarganya
" Tapi abang dah janji nak bawa Jieun dengan Chaejung pergi pantai harini... "
Jieun memandang anak mereka yang sedang tidur nyenyak di atas katil.
Adakah dia kecewa?Semestinya ya.
Melihat akan riak muka isterinya , Chan tahu bahawa Jieun sedang kecewa dengannya.
Chan melangkah ke arah Jieun lalu menarik wanita itu ke dalam dakapannya.
" Abang janji lepas ni no more mission okay?Then abang akan bawa family kita pergi bercu- "
" Saya nak tidur rumah Jeonghan oppa. "
Chan memegang bahu Jieun , melihatnya dengan riak muka tidak percaya.
Manakala Jieun hanya mampu melihat ke lantai kerana dia tahu jika dia melihat muka suaminya , dia mungkin tidak dapat menahan air mata yang ditahannya.
" Sayang , abang- "
" It's better for three of us to go there when you're not here right? "
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
FanficCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...