🥀 14 🥀

152 15 3
                                    


Now Playing
🎧 Alien - Han ( Straykids ) 🎧

°°°

" Patient my flower , everything's going to be fine. Kita doakan yang baik-baik okay? "

Tidak disangka hari yang sepatutnya mereka paut gembira kini bertukar menjadi hari yang malang.

Sekarang Jieun dan Chan berada di ruang menunggu di hadapan bilik pembedahan , masih lagi memakai pakaian perkahwinan mereka.

Pakaian mereka yang tadi hanya berwarna putih suci kini bertukar menjadi warna merah kerana kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Kejadian yang mereka tidak akan lupakan.

" JEONGHAN OPPA! "

Jieun pantas memapah kepala Jeonghan , diletakkan di atas pehanya manakala tangannya berada di abdomen Jeonghan.

Darah mengalir membasahi baju tuxedo putih pemuda itu.

Manakala Miya yang ingin melarikan diri telah ditahan oleh polis yang Mia sempat membuat panggilan tanpa disedari.

" Woo...call ambulans cepat! "  Kata Chan lalu berlutut di sebelah isterinya.

Tanpa berfikir panjang , Chan segera mengoyakkan sedikit baju Jieun lalu meletakkan kain tersebut di atas abdomen pemuda yang masih tidak sedarkan diri.

Dia tidak kisah walaupun harga baju itu mahal ,

Darah yang mengalir ini harus dihentikan.

" Chan , ambulans on the way! "

"  Chan...Jeonghan o-oppa... "

Chan memandang Jieun yang kini sedang menangis teresak-esak.

Ini bukan tangisan yang dia inginkan dari isterinya.

" I know flower , kita tunggu ambulans sampai.Insyaallah everything's going to be fine. "

Ya Allah selamatkanlah abang iparku.

Chan masih tidak menyangka bahawa selepas sahaja dia berpisah dengan Miya , pemudi itu mengalami kemurungan yang teruk sehingga mengakibatkan keluarga dia terpaksa meletakkannya di hospital sakit jiwa.

Namun Miya dapat meloloskan diri dari hospital tersebut dan datang mencarinya.

Sehingga menganggu hari yang dinantinya.


Manakala Mia berada di hadapan mereka , tidak henti membaca surah Yaasin sambil menunggu keputusan yang bakal keluar nanti.

Itu hanya merupakan salah satu sebab kenapa dia dari tadi tidak berhenti membaca surah tersebut.

Sebaik sahaja dia sampai di hospital itu , dia terlihat susuk tubuh yang amat dia kenali.

Dan dia tidak sangka selepas melihat apa yang berlaku

Suaminya sedang memperduakannya.

Tiba-tiba dia tidak larat untuk berdiri nasib baik dia sempat berpaut di tiang berdekatan situ.

Ya Allah berat sungguh ujian-Mu kepada hamba-Mu.

" Uhm Noona? Chan mengganggu ke? "

Mia memandang ke arah di mana pemuda itu sedang berdiri.

" Eh tak la , kenapa Chan? "

" Boleh tolong tengokkan Jieun?Chan nak pergi tukar baju kejap lepastu nak belikan makanan. " Kata Chan sambil menjunjung beg pakaian yang dibawa oleh Jeongwoo tadi.

" Ha ye la "

Dan kini hanya tinggal Jieun bersama Mia.

" Jieun... " Mia mengambil tempat di sebelah Jieun yang kini kelihatan tidak bermaya.

"Unnie...Jieun dah tak larat nak hadap semua ni...kenapa Jieun , Unnie? "

" Ji..pandang Unnie. "

Mia mengusap perlahan pipi Jieun sambil mengelap air mata yang masih mengalir.

" Allah mahu menguji hamba-hamba-Nya dan Allah uji setakat mana kita mampu untuk menempuhinya.Untuk pengetahuan Ji sendiri , kalau Allah uji kita dengan macam-macam perkara maksudnya Allah sayang kita. "

Jieun hanya mendiamkan diri

Astagfirullah kenapa dia tidak terfikir tentang hal itu.

Manakala Chan hanya memandang babak itu di sebalik dinding.Dia hanya tersenyum kecil.

Nampaknya masih banyak lagi perkara yang harus dia belajar untuk pimpin isterinya ke jalan yang benar.

°°°

" Hwan , aku datang ni "

Jeongwoo memandang sayu pusara Junghwan. Dia mengeluh kecil.

Sudah menjadi kebiasaanya untuk datang melawat Junghwan.Biarpun sudah beberapa bulan selepas kehilangan pemuda itu namun Jeongwoo masih tidak dapat menerima hakikat itu.

Lelaki yang selalu berada di sampingnya ketika susah dan senang , senyuman dan ketawa lelaki itu juga masih lagi terniang-niang di fikirannya.

Kalaulah dia diberikan peluang yang kedua semestinya dia akan merawati Junghwan , menanyakan khabarnya.

" Hwan , kau tahu tak semalam Jieun hampir kena tembak dengan Miya , perempuan lahanat tu tapi Jeonghan hyung yang selamatkan dia.Kalau kau ada mesti kau buat macam tu kan? "

Tanpa disedari , air mata yang ditahan dari tadi mengalir membasahi pipi.

Biarlah dia dicop gila kerana bercakap seorang diri tetapi hakikatnya dari dulu hanya Junghwan dan Jaehyuk sahaja yang selalu mendengar ceritanya.

Ah secara tiba-tiba kisah silamnya berputar di fikiran.

Tidak.

Dia tidak perlu ingat tentang kisah itu semula.

Kisah yang mengakibatkan dia menajdi seperti ini.

KRING!!!

Jeongwoo segera melihat di skrin telefonnya , kelihatan nama Chan terpapar di situ.

" Hello? " Jeongwoo sedaya upaya tidak menunjukkan suaranya serak akibat tangisan tadi.

" Cepat datang hospital! "

" Eh kenapa pula ni Chan? "

" Jeonghan hyung dah sedar! "

°°

TBC

Happy birthday to Super King Cow Baby Junghwan dan 218 bros aka Dokyeom dan Vernon 🎉❤️

By the way mesti korang teringin nak tahu tentang kisah silam Jeongwoo kan?

Insyaallah there will be S2 of this book dan buku itu akan tertumpu dekat Jeongwoo

So stay tuned!













Flower | Lee Chan Where stories live. Discover now