Now Playing
🎧 Penjaga hati - Nadhif Basalamah🎧" What If....
We Really Meant To Each Other? "
°°°
Tiga tahun kemudian...
Angin meniup masuk setelah dia membuka pintu bilik menempatkan mereka berdua.Dia menapak keluar ke balkoni yang tersedia , melihat pandangan pantai di hadapannya.Kelihatan ombak serta pokok yang bertiupan kencang.
Bulan juga gah berdiri di langit , menyinarkan cahaya malam pada waktu malam untuk mengantikan tugas matahari.
Angin yang bertiup kencang juga telah membuatkannya merasa sejuk.Salah dia juga kerana hanya mengenakan baju malam serta membiarkan rambutnya menjalar ke tanah.Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk melihat ciptaan-Nya.
' Masyaallah , indahnya ciptaanmu Ya Allah. ' katanya.
Dia berasa bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk menghayati akan ciptaan-Nya.Biarpun sudah tiga tahun setelah kejadian itu , dia masih tidak dapat lupakannya.Kejadian hitam putih itu telah menghantui dirinya membuatkan dia merana untuk seketika namun dia bernasib baik kerana dikurniakan orang-orang di sekelilingnya yang selalu memberikan semangat.
Semangat dari orang sekeliling telah membuatkan dia bangkit dan melawan perasaan itu sepuas-puasnya sehingga dia kembali pulih seperti sedia-kala.
Tatkala dia masih menghayati pandangan itu , dia merasakan bahunya tiba-tiba merasa berat.Dia pun menoleh ke belakang dan di sambut dengan satu senyuman.
" Flower buat apa dekat sini malam-malam?Sejuk ni dengan pakai baju macam ni nanti sakit pula. "
Jieun hanya ketawa kecil lalu mencubit hidung Chan membuatkan pemuda itu mengaduh sakit.
" Saja tengok pemandangan malam ni.Nampak tenang je kan? "
Jieun menyambung aktivitinya yang tergendala sambil membetulkan jaket yang diberikan oleh suaminya sebentar tadi.
Chan hanya mengiakan sahaja dan turut ikut serta melihat pemandangan malam ini sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang.
Sememangnya kata-kata isterinya memang benar.Pemandangan pada malam ini sangat-sangat memberikan ketenangan kepada dirinya.
" Chaejung dah tidur? " Tanya Jieun.
Chan hanya mengangguk lalu meletakkan dagunya di bahu Jieun.
Tiga tahun lalu mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan biarpun pada ketika itu kehidupan mereka huru-hara sehingga Jieun terpaksa melahirkan perempuan sulung mereka biarpun masih belum cukup bulan.
Namun dengan izin Allah , Jieun selamat melahirkan cahaya mata yang cukup sifat.
" Nervous pula untuk esok. "
Jieun ketawa lalu memandang wajah Chan yang tiba-tiba kelihatan gelisah.
" Alah yang kahwin tu kawan abang bukannya abang. "
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
FanficCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...