Now Playing
🎧 Tertawan Hati - Awdella 🎧°°°
" Berapa lama dah kau tahu pasal ini? "
Jeonghan menelan air liur yang pedih.Adiknya yang sorang ini kalau gunakan kau aku memang menempah maut la jawabnya.
Sudah 3 jam selepas Jeonghan tiba di rumah gadis tersebut namun benda pertama yang pemuda itu hadapi ialah tatapan tajam dari adiknya.
Sekarang hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik Jieun- bilik pasangan suami isteri itu.Jihyo sudah lama dibuai mimpi di bilik tetamu kelelahan akibat sering menangis.
Jeonghan sudah memberitahu segala-galanya kepada Jieun.Tentang masalah Jeongwoo , tujuan sebenar Chan dan Heeseung ke Jepun dan
Penyebab kematian Jaehyuk.
" When Jae joining the club for the first time so almost 5 years? I'm sorry Ji , aku buat macam ni dekat kau sebab aku takut- aku takut aku kehilangan kau... "
" Dan sanggup gadai nyawa sendiri?Macam tu? "
" Ji... " Jeonghan memaut tangan Jieun , mengenggamnya kemas.
" Apa yang Jae lakukan tu semuanya sebab satu.Dia tak nak mamat tu ganggu kau , ganggu aku and also ganggu family kita.Dia sanggup buat apa sahaja asalkan family dia selamat. "
" So you're telling me that Jae mati bukan sebab kanser? "
Jeonghan mengeluh kasar sebelum mengangguk perlahan.Pemuda itu dapat merasakan tangan yang digenggamnya bergetar perlahan dan nampaknya dia sudah membuatkan gadis itu menangis.
" S-sanggup korang tipu aku bulat-bulat macam ni... "
" Ji... " Segera Jeonghan memeluk Jieun , menenangkannya.
Dia pun merasa bersalah kerana tidak memberitahu Jieun tentang hal ini secepat mungkin dan kini semuanya dah terlambat.
Agak lama mereka berpelukan sebelum Jieun memecahkan suasana dengan soalan yang membuatkan Jeonghan runsing.
" Tak boleh ke kita pergi Jepun? "
" Listen here.Tempat yang diorang pergi tu bahaya ok?B.A.H.A.YA. Jadi aku tak nak kau pergi sana lebih-lebih lagi sekarang kau tengah mengandung anak kau.Anak pertama kau Ji.So please stop talking nonsense.We won't go there. Muktamat. "
" Oppa... " Jieun merengek.
Ah nampaknya Jeonghan tersalah cakap atau Jieun yang semakin mengada semenjak mengandung ni?
" Please Ji... A-aku dah janji dengan Chan untuk jaga kau elok-elok dekat sini.Ak-aku tak nak pecahkan amanah dia dekat kau...Tolonglah... "
Dan nampaknya rengekan dari Jieun semakin menjadi-jadi.Ya Tuhan kenapalah dengan emosi perempuan mengandung ni?Semakin pening Jeonghan melayan kerenah gadis ini.
" Aish ye la ye la kita pergi. "
" Betul ni? "
Mata Jieun nampak seperti bersinar selepas mendengar ayat tersebut.
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
Hayran KurguCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...