🥀 18 🥀

166 16 1
                                    


Now playing
🎧 Nafas Cinta - Khai Bahar & Aina Abdul 🎧

°°°

Hanya kedengaran sudu dan garfu bertembung di atas permukaan pinggan.Mereka berempat hanya menikmati makanan tanpa mengeluarkan sebarang suara sebelum Puan Lee memecahkan suasana sunyi tersebut dengan pernyataan.

" So , macam mana kamu berdua berjumpa? "

" Dekat uni , mommy. " Jawab Chan , kepalanya masih utuh memandang ke pinggan tersebut.

Jieun memandang suaminya.Gadis itu dapat merasakan bahawa hubungan suaminya dan juga ibu mertuanya tidak begitu rapat selepas mendengar jawapan dari pemuda itu.

" Kalau nak jawab tu pandang mommy bukannya pandang pinggan tu sampai pinggan tu pecah baru nak pandang mommy. "

Prang!

Mereka bertiga terkejut tatkala Chan tiba-tiba meletakkan sudu dan garfunya dengan kasar.

Jieun segera mengusap perlahan paha pemuda tersebut untuk meredakan kemarahan yang menbara di dalam dirinya.

" Mommy patut bersyukur Chan masih balik sini tak macam Jiho- " " LEE CHAN! "

Chan tersentak selepas sahaja dijerkah oleh ibunya sebentar tadi.Nampaknya dia tersasul kata akibat kemarahan yang menakluki dirinya tadi.

" Jangan nak sebut nama lelaki jahanam tu dalam rumah ni!Di-dia tu... "

" Yeonja! "

Tuan Lee segera menangkap Puan Lee yang tiba-tiba sahaja rebah.

Manakala Chan hanya berdiam diri.Sekarang rasa bersalah dan menyesal menyelubungi dirinya.

Jieun?Hanya mampu melihat apa yang berlaku.

Nampaknya Chan masih lagi menyimpan banyak rahsia yang masih dia tidak tahu.

" Chan , lebih baik kamu balik sekarang. " Perintah Tuan Lee.

Dan dalam sekelip mata , pasangan itu sudah berada di dalam kereta meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

°°°

Sepi.

Itu sahaja yang dapat menggambarkan suasana di dalam kereta itu sekarang.

Untuk perjalanan pulang , Jieun menawarkan diri untuk memandu kerana dia tahu kepala Chan masih lagi serabut dengan apa yang berlaku.

Lebih baik dia yang pandu kerana tidak mahu Chan terbawa emosi ketika memandu.Tengok-tengok nanti mereka terpaksa bermalam di hospital jikalau Chan yang memandu.

Jieun tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke satu tasik.Tasik di mana dia banyak meluangkan masa jika dia mempunyai masalah.

Gadis itu memparkingkan kereta di sebuah tempat yang sunyi namun dekat dengan tasik tersebut.

Ketika sampai di sana , Jieun memandang Chan di sebelah yang masih dibuai mimpi.Gadis itu juga perasan bahawa pipi lelaki itu basah.Dia tahu lelaki itu baru sahaja menangis dalam diam kerana dia tidak mendengar apa-apa tangisan tadi.

Flower | Lee Chan Where stories live. Discover now