Now Playing🎧 Let Me Down Slowly - Alec Benjamin 🎧
°°°
" Kenapa kau cakap macam ni Hwan?Seems like you have some problem cause sebelum ni kau tak kisah pun bila breakup dengan mana-mana perempuan. "
Jeongwoo terkejut dengan perangai Junghwan yang berubah semenjak dia pergi menyambungkan pelajaran di luar negara.
" Aku... " Junghwan menundukkan kepalanya , enggan menatap yang tua.
Dia harus beritahu tentang hal ini kerana lambat laun mereka akan tahu juga.
Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum menatap kembali Jeongwoo yang nampak agak risau dengan keadaanya sekarang.
" Aku ada kanser leukemia Woo... "
Dan secara tidak sedar air matanya mengalir membasahi pipi.
°°°
6 Tahun yang lalu...
" Jaga diri dekat sini.Kalau ada apa-apa call aku okay?
Junghwan hanya menjulingkan matanya.
" Hyung aku bukannya sambung belajar ke luar negara jadi simpanlah anda punya kesedihan tu ye.Sekian terima Donut. "
Jeongwoo ketawa kecil.
" Ye la aku ni jaga kau dari kita berdua sekolah rendah tau.Mak kau yang amanahkan aku untuk jaga kau lagipun nak harapkan ayah kau tu hmm lambat lagi. "
Junghwan hanya tersenyum kelat.
Di luar rumah , memang keluarganya nampak bahagia sekali tetapi malangnya tidak.
Ayahnya sering mengabaikan dia dan maknya kerana banyak kerja di pejabat sehinggakan tidak memberikan sedikit wang kepada maknya untuk perbelanjaan harian menyebabkan maknya harus bekerja sebagai waiter di sebuah restoran.
Keluarganya kucar-kacir sehinggakan maknya meminta kepada ayahnya untuk ceraikannya kerana dia tidak sanggup hidup seperti itu.
Disebabkan itu , sekarang hanya tinggal dia dan maknya di rumah itu.Ayahnya?Sudah lama dia tidak mengdengar khabar tentangnya.Kali terakhir dia melihat ayahnya ketika dia berumur 10 tahun dan sekarang dia sudah berumur 19 tahun.
" Apa-apa je la hyung.Oklah aku nak kena gerak dah kalau tak nanti terlepas teksi. "
" Ok , take care buddy. "
°°°
" Hwan kau ni dah beberapa kali demam sampai banyak kali ponteng kelas. Sure kau ok ni? "
Junghwan yang lemah terbaring di atas katil hanya mengangguk.
Sejak kebelakangan ni dia sering saja demam sehinggakan dia harus belajar dari dorm kerana sering ponteng kelas.
" Aku ok je Hee.Kau pergilah ke kelas kau kang nanti lambat pula kau sampai. "
Heeseung risau melihat akan keadaan roommatenya itu.Semenjak Junghwan kembali ke kolej itu sudah beberapa kali dia jatuh sakit.Apabila disuruh untuk pergi ke hospital atau klinik dia enggan dan berkata bahawa dia baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
FanficCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...