Now playing
🎧 Same Dream , Same Mind , Same Night - Seventeen 🎧°°°
5 bulan kemudian
" Weyh Hyo macam mana ni , aku takutlah. "
" Ish kau ni duduk senyap-senyap boleh tak?Aku nak perbetulkan tudung kau ni. " Marah Jihyo sambil mencekak pinggang.
Akhirnya hari yang ditakuti oleh Jieun telah pun tiba
Ya , hari di mana dia dan Chan bakal disatukan.
" Tapi Hyo... "
" Jieun buat rilek je ok? " Kata Mia sambil meletakkan aksesori di atas kepala rakan baiknya itu.
Oh benar Jeonghan juga menjemput Mia ke majlis perkahwinan Jieun.
Ternyata Mia juga telah mengandung 4 bulan selepas berlangsungnya perkahwinan pemudi itu.
" OK SIAP! "
Sepasang dress labuh putih dan emas menutupi seluruh badan ramping Jieun bersama dengan tiara emas di bahagian atas kepalanya.Tidak lupa juga mekap bertemakan elegan yang menghiasi muka Jieun.
Ya allah begitu cantik sekali Jieun pada hari ini.
" Wah tak sia-sia ambil Mia Unnie.Cantik juga Unnie make-up. " Kata Jieun sambil membelek-belek penampilannya di cermin panjang yang tersedia di bilik persalinan itu.
" Of course , Mia Unnie ni semua benda boleh bu- "
Kegiatan mereka terhenti tatkala pintu bilik tersebut terbuka menampakan Heeseung yang memakai baju tuxedo berwarna putih muncul di sebalik pintu itu.
" Korang siap ke tak lagi? Semua dah tunggu dekat luar. " Tanya Heeseung
" Su-sudah nanti kami pergi ye Hee. " Jawab Jihyo tergagap-gagap.
Dan jantungnya semakin berdegup kencang selepas melihat Heeseung memakai baju tersebut.
Ya ampun kenapa dia begitu segak sekali?
Jantung please stop.
" Ah oklah kalau macam tu aku dengan Jeongwoo tunggu dekat luar. "
Selepas sahaja Heeseung menutup pintu , Jihyo menoleh ke arah Jieun yang kini menatapnya dengan senyuman penuh makna.
" Kau suka Hee eh? "
Tiba-tiba Jihyo tersedak angin selepas mendengar pertanyaan Jieun.
" M-mana ada! " Bantah Jihyo sambil menahan dirinya dari terus tersenyum.
YOU ARE READING
Flower | Lee Chan
FanficCinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York menjadi saksi kepada mereka yang jatuh cinta pandangan pertama. " Never knew I'll meet someone beauti...