04

3.7K 294 27
                                    

E.L's Hotel

Kasyaf melangkah masuk ke dalam lobi hotel milik keluarganya itu. Hotel ini adalah salah satu hotel yang bakal diuruskan olehnya.

"Tuan Kasyaf." sapa seorang wanita.

Kasyaf menoleh. Tertera tag nama wanita itu sebagai Fazilah. Wanita itu memegang jawatan sebagai pengurus di E.L's Hotel tersebut.

"Miss Fazilah." sapa Kasyaf semula.

"Saya tak tahu pun Tuan nak datang hari ni. Saya minta maaf, kami agak busy hari ni. Ada majlis sanding." Kasyaf hanya mengangguk.

"It's okay. I'm not here for work purposes. I'm here for my cousin's wedding." jawab Kasyaf lagi.

"Oh, pengantin hari ni sepupu Tuan?" soal Fazilah berbasa-basi. Jarang untuk melihat Tuan Kasyaf mereka ini banyak cakap. Selalu hanya menayangkan wajah bekunya sahaja.

"Yes, the groom"

"Plese excuse me. I need to go now." sambung Kasyaf lagi meminta diri apabila melihat majlis sanding Hafiy Lutfan sudah diteruskan kepada sesi yang seterusnya.

Fazilah hanya tersenyum dan menganggukkan kepala apabila Kasyaf meminta diri. Dalam hatinya sudah berbunga-bunga apabila Kasyaf bercakap panjang lebar dengannya.

_________________

Sebaik kasyaf melangkah memasuki Ballroom itu, pengantin sudah beramah mesra dengan keluarga dan tetamu-tetamu yang hadir.

Kelihatan sepupunya, Hafiy Lutfan dan isteri sedang berada di meja bulat bersama dengan beberapa orang rakan mereka.

"Lut!" panggil Kasyaf. Semua perhatian pada meja itu dikalihkan kepadanya.

"Kasy! Bila kau sampai?!" meninggi suara Hafiy Lutfan. Teruja apabila melihat Kasyaf yang menegurnya.

"Tengah hari tadi. Come stai fratello?" (what's up bro)

soal Kasyaf dengan bahasa Itali. Dia tahu hanya Hafiy Lutfan yang memahaminya. Dari riak wajah mereka pun dia sudah tahu.

"sto bene. Sono passati secoli, fratello!" (I am fine. It's been ages, bro!) balas Hafiy Lutfan.

"Kasy, kenalkan ni Aish dan Luth Asyraf miei amici (my friends), Their wife. And this is Auliya, mia moglie (my wife)" perkenal Hafiy pada Kasyaf.

"Sayang, kenalkan Kasyaf. Sepupu abang." sambung Hafiy Lutfan pada isterinya.

"Auliya. Nice to meet you." ujar Auliya isteri kepada Hafiy Lutfan itu.

"Nice to meet you sister in-law." balas Kasyaf mesra.

Dua orang wanita yang diperkenalkan kepadanya tadi iaitu isteri rakan-rakan Hafiy Lutfan, memandangnya tidak berkedip.

"Uncle Kasy!!" laung Hana yang muncul entah dari mana langsung mendapatkan Kasyaf.

Kasyaf menunduk sedikit sebelum mendepakan tangan merangkul anak buahnya itu.

"Mummy dan daddy kirim salam. Dorang tak dapat datang hari ni. Dorang kat overseas. Baru nak fly balik sini. Nanti kat rumah Tokma baru dorang ada." ujar Kasyaf pada Hafiy Lutfan

"Waalaikumsalam. Tak apalah. Honeymoon mana pula dorang kali ni?"

Wajah Kasyaf berubah cemberut apabila mendengar perkataan 'Honeymoon' itu. Hafiy Lutfan sudah ketawa kecil.

"Dapat adik lagi lah kau Kasy." ujar Hafiy Lutfan perlahan sambil menggelengkan kepalanya. Sengaja mengejek.

"Kau jangan. Tiga ekor barua tu pun susah nak handle. Nak tambah lagi?" memikirkan tentang adik kembar tiganya bagaikan mimpi ngeri.

 His Amore | SUWhere stories live. Discover now