43

3.4K 167 14
                                        

SEMINGGU bertukar menjadi dua minggu mereka berada di bumi Sabah. Dari Kota Kinabalu - Semporna. Kemudian ke Sandakan serta Kundasang - Ranau. Sempat juga mereka lakukan aktiviti air di Pulau Sapi dan bermalam di Pulau Mabul ketika percutian mereka.

Hari terakhir di bumi Sabah, mereka kembali ke hotel penginapan di Kota Kinabalu. Beg galas Kasyaf letakkan di atas sofa. Dahlia menuju ke ruangan bilik tidur membaringkan Delisha yang masih lena.

Sepanjang percutian, Delisha paling seronok dan aktif. Tenaga akhirnya sampai ke tahap maksimum dan ketika dalam perjalanan balik Delisha hanya tidur. Penat.

"Love, rehat dulu. Saya settlekan yang lain. Hari ni kita makan kat lounge ya?"

"Okay," jawab Dahlia sambil melabuhkan duduk di sofa. Badan direnggangkan. Tersisa masih rasa penat tapi puas dapat bercuti di Sabah.

Dahlia berehat di sofa sambil matanya mengikut gerakan Kasyaf yang ke hulur ke hilir melakukan kerja menyusun beg bagasi mereka.

Tanpa sengaja pandangan mereka berpapasan. Kasyaf menguntumkan senyum. Dahlia pula cover line kantoi curi-curi pandang si suami.

"Why, love?" soal Kasyaf sambil tangan masih sibuk melakukan kerja.

Dahlia senyum kecil. Kaki kemudian ditala ke arah si suami. Duduk di labuhkan di birai katil sambil duduk bersila.

"Tak ada. Saja tengok suami sendiri," jawab Dahlia sambil tersengih.

Kasyaf menggeleng sambil ketawa kecil. Ada-ada sahaja isterinya ini. Selesai menyusun bagasi mereka, Kasyaf labuhkan duduknya di sisi Dahlia.

Matanya meratah wajah Dahlia. Melihat wajah isterinya itu, ada perasaan tenang yang terlahir di hati. Sungguh tiada apa lagi yang dia inginkan cukuplah Dahlia dan bakal anak-anak yang akan menyerikan rumah tangga mereka.

PETANG hari sempat lagi Dahlia ke Anjung Kinabalu membeli sedikit buah tangan buat keluarga dan kenalan rapatnya.

Kasyaf tidak menemaninya kerana terpaksa menjaga Delisha di hotel kerana meragam hendak tidur. Mungkin sudah terlalu penat. Beberapa hari bercuti ke pulau, Delisha yang paling teruja.

Usai solat Asar, Kasyaf duduk di meja kopi. Ada kerja yang perlu disiapkan. Maklumlah bos besar kan. Mata Kasyaf tidak lepas dari skrin komputer riba. Tangannya lincah menari di atas papan kekunci. Sesekali telefonnya berbunyi menandakam ada notifikasi yang masuk.

Ting!

Kasyaf kalih pandangan ke arah skrin telefon yang menyala. Sekilas pandang, Kasyaf kembali menumpukan perhatian ke arah skrin komputer ribanya.

Ting!

Selang beberapa minit telefonnya berbunyi lagi. Tiada reaksi yang ditunjukkan.

Ting! Ting!

Successful payment of  RM1000 to Sephora.
Successful payment of RM2500 to Michael Kors.
Successful payment of RM300 to Watson.
Successful payment of RM4000 to YSL Beauty Malaysia.

Kasyaf membaca notifikasi-notifikasi tersebut. Senyuman kecil terlakar di bibirnya.

"Good wife," gumam Kasyaf perlahan. Kemudian, skrin telefon dimalapkan semula.

"Daddy," tegur Delisha. Kasyaf panggung wajah dan langsung melihat Delisha yang berdiri di hadapan meja kopi.

Tangan Delisha dilelar kemudian diangkat untuk duduk di ribanya.

"Dah puas tidur?" soal Kasyaf. Tangannya menyisir rambut Delisha di celah-celah jarinya.

Delisha hanya angguk. Kepala dilentokkan ke bahu Kasyaf. Masih ada kantuk yang tersisa.

 His Amore [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang