34

5.4K 364 23
                                        

VILLA D&E itu sunyi sepi. Ketiadaan anak-anak lelaki Datuk Darwisy dan Datin Eliza menambah kesunyian rumah itu. Semua mereka ada hal memandangkan sudah beberapa hari bercuti setelah majlis pernikahan Dahlia.

Di dapur, dua beranak sedang sedap melantak roti canai. Tidak kisah dengan suasana sekeliling. Di ruang tamu, kelihatan si suami yang sabar menanti si isteri dan si anak. Sekejap-sekejap matanya melirik jam dinding. Pelipisnya nampak berkerut apabila masa semakin mencemburui mereka.

"Eh, Kasyaf tak gerak lagi ke?" tegur mak mertua apabila melihat si menantu masih duduk di ruang tamu.

"Belum ma. Tunggu Dahlia dengan Delisha," jawab Kasyaf sambil tersenyum hambar. Sejak semalam dia sudah berpesan pada dua beranak itu yang mereka bertiga akan bertolak ke Kedah hari ini.

Bila tiba waktu nak bertolak tidak kelihatan Dahlia dan Delisha. Ketika dia bersiap, isteri dan anaknya itu turun ke dapur. Dan semasa dia ke dapur tidak kelihatan mereka berdua. Sangkaannya mereka sedang bersiap di atas. Tetapi, ini sudah hampir sejam setengah. Batang hidung pun tak nampak lagi.

"Bertuah betul dua orang tu ya. Kasyaf tunggu sini. Biar mama tengok dorang. Siap ke tidak," ujar Datin Eliza.

"Eh, tak payahlah ma. Kejap lagi turun lah tu. Biasalah perempuan kalau bersiapkan," ujar Kasyaf. Serba salah dibuatnya. Kalau ikutkan jam, memang dah lambat. Tapi nanti merajuk pula Dahlia kata dia mengadu dengan Datin Eliza.

Tidak endahkan ujaran menantunya, Datin Eliza mengorak langkah untuk mencari satu-satunya anak perempuan dan cucu sulungnya itu. Saat melintasi ruang makan, hampir terbuntang biji matanya.

"Astagfirullahalazim, Dahlia! Delisha! Kenapa tak siap lagi ni? Tahu tak Kasyaf tu tunggu kamu berdua?" nyaring suara Datin Eliza apabila melihat kedua beranak itu masih dengan pakaian tidur.

Elok melantak roti canai dengan tak mandinya. Apa nak jadi ni? Dah jadi bini orang dah pun.

Kasyaf terpinga-pinga datang ke ruang makan. Alangkah terkejutnya melihat si isteri dan si anak masih dengan baju kelawar dan pijama.

Dada diurut perlahan. Sabar Kasyaf, sabar. Dipupuk kesabarannya yang terlalu nipis. Mahu mengamuk tetapi tak boleh sebab Dahlia memang keras kepala.

"Delisha, naik pergi bersiap. Daddy tunggu kamu tadi lagi. Go now!" tanpa banyak menyoal, Delisha mencicit lari naik untuk bersiap. Takut apabila Datin Eliza sudah bertegas.

"Dahlia, you too! Siap sekarang. Kamu ikut Kasyaf ke Kedah. Nak tak nak kamu kena ikut. Kamu isteri dia. Jangan nak buat hal ya. Nanti keluarga dorang kata mama dengan papa tak ajar anak hormat keluarga besan," bebel Datin Eliza. Bukan dia tidak tahu semalam anak menantunya itu jadi anjing dengan kucing sebab Dahlia taknak ikut serta ke Kedah.

"Lepas El siap makan, El naik bersiap," jawab Dahlia tenang bersama jelingan dihadiahkan buat Kasyaf.

Ini mesti kerja Kasyaf mengadu dengan mama kalau tidak mana mama nak mengamuk macam ni.

Selesai sarapan, Dahlia tala langkah naik ke atas. Tidak mahu lagi mendengar mama membebel. Jadi, lebih baik dia bersiap.

Bukan dia mahu bersikap kurang ajar atau tidak menghormati keluarga Kasyaf. Tetapi, ada sebab kenapa kalau boleh dia tidak mahu ikut pulang ke Kedah.

Setelah bersiap, Dahlia turun ke ruang tamu. Delisha dan Kasyaf sedang menantinya. Tidak lama kemudian, Datuk Darwisy dan Datin Eliza juga muncul untuk menghantar kepergian anak menantu mereka itu.

"Hati-hati pandu kereta tu. Sampai Kedah bagitahu," pesan Datuk Darwisy apabila anak menantunya menyalami mereka berdua.

"El, jaga tutur kata dan adab kat tempat orang ya?" sambung Datuk Darwisy lagi.

 His Amore [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang