DAHLIA menapak menuju ke kawasan tuntutan bagasi sebaik sahaja melepasi kaunter imigresen. Delisha didukung kerana masih lena sepanjang penerbangan hingga kini.
Payah-payah Dahlia mengangkat beg bagasi ke atas troli kerana sebelah tangan kekal mendukung Delisha yang masih tidur. Mujur ada pekerja di lapangan terbang yang membantunya.
"Thank you," ucap Dahlia sebelum mulai menolak troli menuju ke balai ketibaan.
Dari sebalik pintu balai ketibaan, sudah kelihatan Kasyaf yang menanti ketibaan isteri dan anaknya itu. Lelaki itu segak mengenakan seluar slack hitam dan baju polo.
Kasyaf menguntum senyuman sebaik melihat kelibat Dahlia dan Delisha di pintu balai ketibaan. Kaki ditala mendapatkan si anak dan isteri.
Tangan Kasyaf terlebih dahulu disalam sebelum kucupan mendarat di dahi dan kedua belah pipi Dahlia. Kucupan itu turut mendarat di ubun-ubun Delisha yang masih lena.
Delisha didukung oleh Kasyaf. Pintu kereta Alphard dibuka dan nembenarkan isterinya masuk terlebih dahulu sebelum membaringkan Delisha di tempat duduk belakang. Beg bagasi di masukkan ke dalam but kereta.
Usai itu, kereta dipandu meninggalkan kawasan Lapangan Kapal Terbang Kota Kinabalu. Sesekali Kasyaf melirik ke arah Dahlia. Isterinya itu memejamkan mata cuba melelapkan mata tetapi nampak sukar.
"Flight tadi okay? You look tired," soal Kasyaf. Matanya masih di tumpukan ke jalan raya.
"okay je, cuma tak tak dapat lelap dalam kapal. Tak tahu kenapa," jawab Dahlia pendek.
"Takpa, cubalah lelapkan mata tu nanti sampai hotel saya kejut," ujar Kasyaf lagi. Dahlia senyum nipis kemudian membetulkan posisi duduknya. Mata cuba dilelapkan.
Sudah beberapa hari badannya terasa kurang enak. Makan pun dah tak berapa nak selera. Masalah hormon kut.
Hampir 40 minit memandu, tiga beranak itu tiba di hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Kereta diparkir di kawasan tempat letak kereta yang bertanda reserved. Hotel bertaraf lima bintang menjadi pilihan untuk penginapan mereka sekeluarga memandangkan Kasyaf sudah menginap di sana untuk urusan kerjanya.
Kasyaf mengejutkan Dahlia yang masih lena di bahagian penumpang. Delisha yang tadi lena akhirnya turut bangun. Kasyaf menilik isteri dan anaknya. Dua-dua mengeliat. Kepala digelengkan bersama dengan senyuman. 'Like mother, like daughter'
Seorang bellboy datang menghampiri Kasyaf sebaik sahaja Kasyaf mengeluarkan bagasi-bagasi dari dalam but kereta. Selesai sahaja, mereka bertiga melangkah masuk ke lobi hotel dan disambut mesra oleh staf-staf di sana.
Langkah ditala ke dalam lif. Butang 14 ditekan. Dahlia kemudian buka bicara.
"Tingginya level sampai 14," Kasyaf hanya tersenyum mendengar ujaran isterinya.
"Dah biasa datang sini?" soal Dahlia pula.
"Kalau ada urusan kat kawasan Kota Kinabalu memang saya stay sini." Dahlia mengangguk faham. Delisha hanya pasang telinga mendengar perbualan kedua orang tuanya itu.
"Patutlah..," gumam Dahlia perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Kasyaf.
"Apa yang patutlah?"
"Tak hairanlah staf-staf tu semua mesra sangat tadi. Regular customer rupanya."
TING!
Pintu lif terbuka sebaik tiba di tingkat 14. Tangan Dahlia dicapai dan mereka bertiga tala langkah menuju ke bilik yang sudah ditempah. Sebaik sahaja pintu terbuka, Delisha terlebih dahulu meluru masuk ke dalam bilik.
"Assalammualaikum," ucap Dahlia perlahan sambil melangkah masuk. Kasut ditanggalkan dan diletakkan ke rak yang tersedia.
Ternganga Dahlia melihat keluasan bilik tersebut atau lebih tepat presidential suite yang dilengkapi dengan ruang tamu, meja makan dan juga dapur. Delisha sudah berlari-lari mengelilingi bilik tersebut.
"Come have a sit," Kasyaf menepuk-nepuk sofa yang didudukinya agar Dahlia duduk di sebelahnya. Dahlia tidak banyak bicara hanya menuruti.
"Are you sure you're okay? You look pale," ucap Kasyaf risau melihat wajah pucat isterinya itu apatah lagi hari ini isterinya langsung tidak mengenakan sebarang solekan memyebabkan lagi kelihatan bibirnya yang pucat.
"Okay, maybe kurang rehat dua hari ni, siapkan kerja." Dahlia cuba menepis rasa risau suaminya itu. Dia syak mungkin terlalu penat berkerja beberapa hari ini yang menyebabkan dia rasa penat.
"So, what's the plan? Nak pergi mana lepas ni?" soal Dahlia mengubah topik. Tidak mahu membahaskan tentang dirinya. Dia pun datang ke Sabah ingin menenangkan fikiran dan hirup udara segar. Tak nak nanti bila dia cakap dia kurang sihat, kena paksa duduk dalam bilik hotel jadinya.
"Hari ni kita jalan-jalan kawasan sini je. Depan tu ada anjung Kinabalu. Kalau nak beli buah tangan kat sana banyak. Esok, kita ke pulau. Seterusnya, nanti saya bagitahu sebab kena tengok cuaca. Kalau semua okay, kita ke Semporna. Okay?"
"Apa yang tak okaynya? Mestilah okay," jawab Dahlia sambil tersenyum lebar.
"Delisha, esok kita jalan-jalan. Kita pusing Sabah!!" kuat suara riang Dahlia menyapa gegendang telinga. Dahlia bangun mendapatkan anaknya itu dan sudah melompat gembira di tengah-tengah bilik. Kasyaf ketawa kecil melihat gelagat ibu dan anak itu.
Wajah Dahlia yang tersenyum bahagia itu diamati oleh Kasyaf. Itulah senyuman yang dia ingin selalu lihat terbit di wajah Dahlia. Dia tidak mahu senyuman itu sirna. Dia berjanji pada dirinya akan dia bahagiakan wanita itu selayaknya. Tiada yang mampu untuk menebus luka yang pernah dia tinggalkan sebelum ini. Tapi, dia berjanji akan sembuhkan dan bina kebahagiaan yang baru buat dia dan Dahlia bersama dengan Delisha.
BADAN dihempas ke sofa. Penat yang dirasa cuba dihilangkan. Beberapa jam mereka berjalan di bandar Kota Kinabalu jam 12 malam baru mereka kembali ke bilik hotel.
"Isha, go mandi ya nanti. Dah peluh-peluh jangan tidur pula," peringat Dahlia apabila melihat anaknya itu sudah berbaring di katil.
Si anak, tidak berlama. Sebaik berehat, langsung dituruti arahan si ibu dan melangkah masuk ke dalam tandas. Dahlia tala langkah ke arah Kasyaf.
Kasyaf sedang mengemas pakaian-pakaian mereka dan disusun masuk ke dalam almari. Dahlia tanpa bicara membantu Kasyaf menyusun dan memilih pakaian untuk dipakai esok hari. Setelah itu, masing-masing pergi membersihkan diri.
Dahlia berdiri di hadapan tingkap besar presidential suite itu. Pemandangan suite itu sangat cantik kerana benar-benar menghadap laut. Tenang, ya tenang yang Dahlia rasakan.
Kasyaf melangkah ke arah isterinya sebaik selesai menidurkan Delisha di ruangan sebelah. Pinggang isterinya dirangkul. Kepala Dahlia kemudian dilentok ke bahu suaminya dan sebelah tangannya turut merangkul Kasyaf.
"Loves the sea?" Dahlia tidak menjawab hanya mengangguk perlahan.
"Why the sea?" soal Kasyaf lagi.
"The sea got waves, and just like life, it got ups and downs."
"Just like our story," sambung Dahlia lagi.
Dahlia menoleh ke arah suaminya. Segaris senyuman terukir di wajahnya. Kasyaf turut tersenyum.
"Thank you," ucap Dahlia.
Ucapan itu kemudian berbalas dengan sebuah kucupan yang mendarat di dahinya. Dahlia kini tahu rasa bahagia itu. Dia bersyukur dengan apa yang dikurniakan saat ini.
Pertemuan mereka tidak seindah orang lain. Bermula dengan noda dan luka tetapi di akhirnya mereka tetap ditakdirkan untuk bersama untuk mencipta kenangan baru.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Amore [COMPLETED]
Cinta#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...
![His Amore [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/328588060-64-k42053.jpg)