44

3.3K 178 22
                                        

SEJAK PULANG dari bercuti di Sabah, Kasyaf lebih banyak diam. Apabila disoal sepatah, sepatah dijawab. Dahlia sedar akan perubahan suaminya itu. Dia mahu bertanya, tetapi suaminya itu lebih banyak menghabiskan masa di bilik kerjanya. Keluar apabila masuk waktu solat dan apabila dia panggil untuk makan sahaja bila sedang bercuti hujung minggu. Entah salah apa yang dia lakukan, dia juga tidak tahu.

Tiga hari mungkin Dahlia boleh tahan. Tetapi apabila kelakuan Kasyaf ini hampir seminggu, Dahlia dah tak boleh tahan.

"Isha, pergi mandi. Mummy nak turun masak," ujar Dahlia pada anaknya yang sedang berbaring bermain dengan gajet.

Delisha tidak banyak membantah. Gajet di tangan dimatikan, langsung tuala dicapai dan langkah diatur menuju ke bilik mandi.

Hari ini, sebaik mengambil Delisha di sekolah, Dahlia langsung sahaja pulang ke rumah. Dia keluar awal dari pejabat kerana dia ingin lakukan perhitungan dengan Kasyaf.

Kaki ditala ke dapur. Bahan-bahan yang sudah tersedia dikeluarkan. Dahlia mula berperang di dapur untuk memasak juadah makan malam mereka bertiga.

Simple sahaja masakan Dahlia. Sup tomyam ayam, telur dadar dan nasi putih. Boleh lah daripada tak ada.

"Assalammualaikum.." suara itu perlahan tetapi mampu untuk menyapa telinga Dahlia.

Dahlia kemudian atur langkah dari dapur menuju ke pintu utama. Nampak kelibat suaminya baru pulang dari pejabat.

"Waalaikumsalam," jawab Dahlia sebaik berdiri beberapa tapak dari Kasyaf. Suaminya itu sedang ralit dengan telefon bimbitnya.

Kasyaf yang mendengar balasan ucapan salam yang diberikan, langsung merinding seketika. Panggung wajah, kelibat Dahlia menyapa kornea matanya. Jam di dinding dikerling kemudian kepala dijenguk ke luar rumah untuk memastikan kereta milik Dahlia berada di porch.

"Awal balik? Saya ingat hantu mana menyamar jadi awak tadi." Pintu utama ditutup sebelum Kasyaf melangkah mendekati Dahlia.

Bulat mata Dahlia. Dia yang cantik boleh-boleh disamakan dengan hantu. Penumbuk ditunjuk, tanda amaran pada Kasyaf. Suaminya itu kemudian senyum segaris.

Lama Dahlia tidak lihat senyuman di wajah suaminya itu. Wajah itu hampir setiap masa serius. Hanya apabila Kasyaf bersama dengan Delisha sahaja, wajah itu kadang kala dihiasi dengan senyuman. Dengan dia pun Kasyaf kedekut. Dahlia menyebik kesal.

"Saya dah siapkan makan malam, nanti lepas maghrib kita turun makan," ujar Dahlia.

Kasyaf angguk akur. Tali leher cuba dilonggarkan. Sesak seharian bertali leher.

Dahlia mendekati Kasyaf. Tangannya naik membantu melonggarkan tali leher si suami. Blazer di tangan Kasyaf turut diambil. Kasyaf hanya membiarkan kerana begitulah rutin Dahlia apabila isterinya itu ada di rumah menyambut kepulangannya.

"Thank you, saya naik mandi dulu." Dahlia angguk mengeyakan ujaran Kasyaf.

Tidak lama kemudian Dahlia turut tala langkah naik ke atas setelah semua kerjanya di dapur selesai.

USAI mengaminkan doa, tangan suaminya dikucup. Suami isteri itu masih duduk di atas sejadah. Tangan Kasyaf tidak dilepas dari genggamannya. Tangan kekar itu dielus perlahan. Sambil mulutnya terkumat-kamit.

"Saya minta maaf kalau saya ada buat silap." Dahlia membuka bicara.

Muncul garis-garis halus di dahi Kasyaf. Dahinya berkerunyut apabila Dahlia berkata sedemikian.

"Hey love, kenapa ni? Awak tak ada buat salah pun." Nada Kasyaf lembut. Memujuk.

"Awak banyak diam kebelakangan ni sejak kita balik dari cuti. Kalau saya ada buat salah, tell me. Jangan diam, saya tak tahu." sambung Dahlia lagi.

 His Amore [COMPLETED]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang