AKU selalu percaya bahawa masa silam tidak pernah benar-benar mati. Ia cuma menunggu. Menunggu seseorang cukup lemah untuk mengingatinya kembali.
Nama aku Orked Fillea. Nama yang pernah berdiri terlalu hampir dengan bahagia, tetapi tidak pernah benar-benar menyentuhnya.
Aku tidak cemburu.
Aku cuma… tertinggal.
Aku masih ingat Dahlia Elvina sebelum semua ini.
Sebelum perkahwinan.
Sebelum trauma.
Sebelum dia belajar bagaimana untuk bertahan tanpa bersandar pada sesiapa.
Dia bukan perempuan yang kuat waktu itu.
Dia perempuan yang percaya.
Dan perempuan yang percaya terlalu mudah patah.
Aku tahu tentang anak perempuan yang tidak mencapai ekspetasi seorang ayah untuk menjadi penyambung legasi keluarga.
Aku tahu bagaimana Kasyaf masuk ke dalam hidupnya bukan sebagai penyelamat, tetapi sebagai seseorang yang membuat dia hancur.
Aku tidak merancang semuanya dengan tergesa-gesa. Permainan yang baik memerlukan masa.
Aku biarkan mereka berkahwin.
Aku biarkan Dahlia rasa bahagia.
Aku biarkan dia percaya bahawa akhirnya hidup memilihnya.
Kerana perempuan yang baru belajar tersenyum akan lebih hancur bila senyum itu dirampas.
Aku tidak perlu sentuh Kasyaf.
Aku tidak perlu beritahu sesiapa pun kebenaran.
Aku cuma buka sedikit tirai.
Gambar itu bukan dusta.
Pernikahan itu bukan rekaan.
Aku cuma memastikan Dahlia melihatnya tanpa penjelasan.
Kerana aku tahu satu perkara tentang Dahlia Elvina. Dia tidak pernah pandai berkongsi luka.
Dia memilih untuk pergi.
Dan ketika dia pergi, aku menang.
Atau itulah yang aku sangka.
TETAPI Dahlia tidak hilang.
Dia patah.
Dia hancur.
Dia hampir mati.
Namun dia kembali berdiri.
Lebih sunyi.
Lebih keras.
Lebih berbahaya daripada sebelumnya.
Aku melihat perubahan itu dari jauh.
Cara dia tidak lagi menangis di khalayak.
Cara dia tidak lagi menjelaskan dirinya.
Cara dia memilih untuk tetap tinggal.
Dan kemudian…
Delisha mati.
Aku tidak merancang itu.
Aku tidak sekejam itu.
Tetapi aku tidak menafikan
aku tidak menghalang takdir daripada berlaku.
Kematian seorang anak bukan hukuman.
Ia ujian.
Dan aku ingin tahu…
adakah Dahlia masih sanggup bertahan bila Tuhan sendiri meragut segalanya?
Aku menjangka dia akan runtuh.
Aku menjangka Kasyaf akan kehilangan segalanya.
Namun mereka berdua masih berdiri.
Lebih senyap.
Lebih berhati-hati.
Dan kini…
ada seorang bayi lain di dalam hidup mereka.
Bayi itu bukan pengganti.
Aku tahu.
Tetapi bayi itu adalah harapan.
Dan aku tidak pernah benci Dahlia kerana dia bahagia.
Aku benci kerana dia mampu hidup tanpa dipilih.
Aku memandang skrin telefon di tangan.
Satu mesej daripadanya belum dibalas.
Dia membaca.
Aku tahu.
Dahlia bukan jenis perempuan yang memadam mesej tanpa menghadam maksud di sebaliknya.
Dia akan ingat.
Dan aku mahu dia ingat semuanya.
Aku mahu dia ingat bahawa sebelum dia menjadi isteri, sebelum dia menjadi ibu, sebelum dia menjadi perempuan yang kuat.
Dia pernah hampir jatuh kerana lelaki yang sama.
Dan aku mahu lihat sama ada kali ini…
dia akan jatuh atau akhirnya memilih untuk melawan.
Aku tidak mahukan Kasyaf.
Aku tidak bodoh.
Aku mahukan keadilan versi aku sendiri.
Keadilan untuk seorang perempuan yang sentiasa berada terlalu dekat dengan kebahagiaan orang lain, tetapi tidak pernah dijemput masuk.
Jika Dahlia benar-benar kuat dia akan bertahan.
Jika tidak maka mungkin dunia ini memang tidak pernah adil kepada perempuan yang terlalu percaya.
Aku tersenyum kecil.
Permainan ini belum tamat.
Dan kali ini…
aku tidak datang untuk merosakkan.
Aku datang untuk melihat siapa yang sebenarnya layak tinggal.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Amore [COMPLETED]
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...
![His Amore [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/328588060-64-k42053.jpg)