KASYAF yang baru selesai menidurkan Delisha melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Kelihatan Dahlia sedang berdiri di balkoni bilik.
Langkah kaki di tala mendekati isterinya itu. Semakin dekat, semakin kuat haruman rambut isterinya akibat ditiup angin dingin malam itu.
"Buat apa, love? Sejuk kat luar ni," ucap Kasyaf sambil membalut selimut nipis yang dicapainya sebentar tadi ke tubuh Dahlia.
Suasana agak sejuk kerana hujan yang turun hingga ke lewat petang. Kasyaf pun tak tahan dengan sejuk yang menusuk hin ke tulang. Hairan dengan isterinya yang kelihatan biasa. Tak terlihat kesejukan langsung.
Kasyaf sedar yang isterinya itu banyak berdiam diri sejak mereka makan tengah hari di luar tadi. Seolah-olah ada yang merunsingkan fikiran isterinya itu.
"You want to talk? I can be your ears," ujar Kasyaf. Tidak mahu Dahlia memendam seorang diri. Dia ada untuk Dahlia jika wanita itu perlukan tempat untuk meluah.
Lama Dahlia mendiamkan diri. Mungkin menyusun ayat sebelum terluah dari mulutnya.
"Can you promise something to me?" soal Dahlia sambil anak mata tunak merenung wajah Kasyaf.
"What?"
"Janji dengan saya macam mana berat pun dugaan rumah tangga kita, tolong berjuang bersama-sama untuk pertahankan rumah tangga ni."
"Tolong buktikan yang awak tak sama dengan lelaki yang pernah saya anggap selama ini. Tolong buktikan yang saya salah menilai awak dari awal," lirih suara Dahlia. Sebuah pengharapan yang diharapkan tidak sia-sia.
"Saya tahu jadi yang terbaik belum tentu mampu untuk menjanjikan sebuah kesetiaan tapi tolong janji sekurang-kurangnya awak akan perjuangkan rumah tangga ini walau macam mana berat badai yang menimpa kita." Anak mata mereka saling bertatapan.
Kasyaf tidak tahu kenapa tetapi dia tahu ada sesuatu yang menggoyahkan hati Dahlia.
"Saya janji. I promised I'll fight for this marriage. I promise that I'll always love you until death do us part. Satu impian yang saya simpan setelah mengenali awak, saya nak jadi suami yang pertama dan terakhir untuk seorang wanita bernama Dahlia Elvina." Mata biru itu tunak membalas tatapan Dahlia. Dia benar-benar maksudkan apa yang dia katakan.
Tubuh tegap suaminya dipeluk. Kali pertama Dahlia lakukan itu. Tidak lama, pelukan itu turut berbalas. Saat itu Dahlia rasa tenang dan selamat.
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّ
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
(Surah Ar-rum, Ayat: 21)
"DADDY! Isha dah lambat ni. Cepatlah!" si anak sudah tidak berpuas hati apabila si ayah masih terkedek-kedek di dapur menjamah sarapan.
"Sabarlah Isha. Sekolah tu tak lari mana pun," jawab Kasyaf sambil menghirup kopi di dalam cawan buat kali terakhir.
Dahlia hanya mampu menggeleng kepala. Dua beranak itu dia kejutkan tadi boleh pula sambung tidur lepas subuh. Tahu-tahu terlajak tidur ketika dia sedang sibuk siapkan sarapan di dapur.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Amore [COMPLETED]
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...
![His Amore [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/328588060-64-k42053.jpg)