PINTU kayu oak ditolak dari luar. Izz muncul di muka pintu seperti selalu dengan gadjet iPad di tangannya.
“Tengku Qaisy is here,” beritahu Izz kepada Kasyaf yang sedang sibuk meneliti kertas projek.
“Bring him in,” jawab Kasyaf tanpa menoleh. Kertas kerja di hadapan perlu dia teliti sehabis baik sebelum dia luluskan.
Izz mengangguk faham dan melangkah keluar. Tidak lama kemudian, Tengku Qaisy muncul di muka pintu.
“Kasy,” panggil Tengku Qaisy.
Kasyaf panggung wajah kemudian kesemua kertas kerja yang berselerak dikemas dan dimasukkan ke dalam laci. Kawan tak kawan, semua itu sulit kerana berkaitan dengan hal syarikat. Lagi-lagi apabila Tengku Qaisy sendiri merupakan saingan E.L Corporation dalam industri perhotelan.
“How are you?” soal Kasyaf sebaik meleraikan bro hug mereka.
“Sihat je Kasy. Aku sibuk sikit dengan land acquisition,” jawab Qaisy sambil mengambil tempat duduk di hadapan meja Kasyaf.
“Oh, that acquisition. Well, congrats bro.”
“Thanks, tapi aku datang ni taknak borak hal kerja,” ujar Tengku Qaisy.
Kasyaf mengangguk mengiyakan. Sudah faham dengan Tengku Qaisy yang tidak suka bercakap soal kerja kalau mereka bertemu bukan kerana hal kerja.
Langkah ditala ke mini coffee machine di penjuru pejabat. Dua cawan kopi disediakan dan dihidangkan.
Tengku Qaisy mencicip kopi panas itu perlahan.
“Jadi, kau datang ni ada benda mustahak kau nak bagitahu aku ke? Tak pernah-pernah datang office aku sebelum waktu rehat,” soal Kasyaf apabila jarum jam baru menunjukkan pukul sepuluh pagi.
“Aku datang nak sampaikan ni,” ujar Tengku Qaisy sambil mengeluarkan sesuatu dari kocek blazer. Kemudian dihulur ke arah Kasyaf.
Kasyaf menyambut huluran Tengku Qaisy. Sekeping kad seolah-olah kad undangan perkahwinan.
“Kau… kahwin? Tengku Qaisy nak kahwin?” soal Kasyaf tidak percaya dengan undangan yang baru sahaja dia terima.
The greatest playboy is finally settling down when he realized love was no longer a game he wanted to win.
Tengku Qaisy mengangguk mengiyakan. Tahu pasti Kasyaf terkejut dengan undangan tersebut. Dia tidak salahkan Kasyaf. Kawan mana yang tak terkejut apabila terima kad undangan perkahwinan lagi-lagi daripada dia yang cukup dikenali dengan sifat yang suka bertukar-tukar teman wanita. Tak cukup satu.
Dia ibarat pengembara cinta, setiap hati disinggahi, tiada satu pun dijadikan rumah. Namun akhirnya, pengembara itu penat mengembara dan belajar bahawa rumah tidak pernah ditemui di banyak hati, tetapi pada satu yang sudi.
“Arranged?” tebak Kasyaf. Tengku Qaisy hanya senyum segaris.
Kasyaf tidak bertanya lanjut. Pasti Tengku Qaisy ada alasan sendiri tidak mahu bercerita lanjut.
“Jangan lupa datang dengan wife kau. Kau pun tak kenalkan lagi wife kau,” ujar Tengku Qaisy.
Tengku Qaisy tidak pernah mengenali Dahlia Elvina memandangkan ketika majlis perkahwinan sahabatnya itu dia berada di luar negara dan tidak dapat menghadirkan diri.
“Kau pula bila nak buat majlis sanding? Kahwin dah nak dekat tujuh bulan,” soal Tengku Qaisy lagi.
“Aku tak pernah bincang dengan Dahlia lagi. Lagi pun banyak benda nak kena pertimbangkan lagi-lagi tentang Delisha. Orang kenal aku dan akan bongkar macam-macam cerita untuk jadikan berita sensasi lagi-lagi masa silam aku yang mana akan melukakan banyak pihak,” jawab Kasyaf.
ANDA SEDANG MEMBACA
His Amore [COMPLETED]
Romance#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Pertemuan pertama menjadi saksi kejadian yang menimpa mereka. Andai boleh, pertemuan itu ingin dihapuskan...
![His Amore [COMPLETED]](https://img.wattpad.com/cover/328588060-64-k42053.jpg)