Janji || Ejoi || Angst (1)

1.9K 44 44
                                    


Mata aku mengekori tubuh rakan lama ku, Ejoi, yang sedang berjalan dari hulu ke hilir. "Tahun ni, aku Ejoi yang baru! Fokus STPM!" Ejoi cakap sambil tersenyum dan kemudiannya berpusing-pusing di ruang tamu aku.

"Tak yah pusing-pusing la gila. Jatuh karang." Aku cakap dengan nada yang pura-pura marah. Ejoi terus berhenti dan menghempaskan badannya ke atas sofa, terduduk disebelah aku dan ketawa seorang diri.

Aku dan Akim, kami berkawan sejak form 1 lagi. Kami berdua sekepala. Masuk form 3 baru lah kami bermula kawan dengan pelajar pindah baharu, Ejoi. Kena lah sebagai trio, Ejoi yang perangai friendly macam tu, Akim yang selalu berlagak cool dan aku yang selalunya pendiam.

Kami memang rapat dari dulu. Walaupun aku tak ambil stpm macam rakan-rakan aku, aku kerja dekat koop sekolah tu part time, jadi boleh lah nampak diorang berdua.

"Kau ni happy sangat ni kenapa? Ambik barang?" Akim tanya dengan senyuman menyakat kepada Ejoi. "Ish! Tengok tu Manis, aku happy pon tak boleh." Ejoi cakap sambil menepuk bahu aku dan menunjuk ke arah Akim. "Biarlah dia Kim, harapan tahun baru tu. kau tengok je jadi ke tak jadi." Aku cakap dan senyum. Tiba-tiba telefon aku berdering.

Aku berjalan keluar rumah dan menjawab telefon. "Hutang arwah bapak kau bila nak bayar?" Suara yang serak dan marah bertanya kepada aku. Aku menghela nafas. "Aku takda duit Jebat.
Kalau ada aku bayar masalahnya tak ada."

"Kau kerja dengan aku lah. Senang. Settle." Jebat bercakap.

Kerja dengan Jebat? Aku tau Akim pon kerja dengan dia tapi...

"Aku taknak la jadi perempuan angkut-angkut macam tu." aku jawab dengan marah.

"Eh tak payah pon tak pa. kau bawak ja barang aku."

Ha sudah. "Kalau kau tak kerja dengan aku. Macamlah hutang kau nak selesai."

"Nantilah aku fikirkan." Aku cakap dan terus meletakkan telefon. Bila aku naik ke atas semula Akim dan Ejoi memandang aku.

"Apa? Aku okay lah." Aku cakap dengan nada selamba. Akim terus bangun dan bergerak keluar. "Aku jalan dulu lah." Kata Akim. Akim memang tahu kalau aku tengah marah, sedih, aku tak suka bercakap pasal perasaan aku. Dia pon tak suka bercakap pasal perasaan dia. Jadi dia serahkan benda ni dekat Ejoi.

motor milik Akim dihidupkan dan terus dia memecut pergi.

"Y/n." Ejoi memanggil dengan nada lembut. Mata aku konon disibukkan dengan menonton tv. "Y/n, kau tau kan. Kalau kau ada masalah, aku ada?" Ejoi tanya sambil menunding-nunding bahu aku. "Ya." Aku jawab dengan mudah. "Manis, tengok lah aku." Ejoi memanggil aku dengan nama panggilan aku. Ejoi sahaja yang memanggil aku macam tu. Dia dulu suka menyakat aku sebab selalu membeli manisan, gula-gula setiap kali rehat. Aku cuma menjeling dia. Akim dan Ejoi satu kelas, aku kelas lain. Tak ada kawan pulak tu. kena la beli nanti tertidur aku juga yang kena marah.

"Manisssss." Panggil si Ejoi lagi. "Tak apalah, kalau kau taknak cakap. Kau tau kan? Aku janji mesti ada untuk kau?" Ejoi menambah. Aku pusing melihat dia. Ejoi cuma tersenyum. Sedih mana pon aku, senyuman Ejoi mesti membuat aku tersenyum sekali.

'On again, off again love you oxygen'

Waktu-waktu macam ni lah, rasa sayang aku dekat dia bertambah. Setiap kali aku pandang dia, aku rasa tenang. "Ya tahu."

Ejoi senyum apabila mendengar jawapan aku. "Macam ni la baru Manis." Dia cakap sambil mencubit pipi aku.

Esok hari sampai. Waktu pagi tu Ejoi menelefon aku untuk make sure yang aku bangun dari tidur. Lepas aku habis bersiap aku dengar bunyi hon motor milik Akim dari depan rumah. "Cepat lah Manis! Hari pertama sekolah ni!" Ejoi menjerit dari stas motor Akim.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now