Letih || Kahar || Hurt/comfort

759 32 3
                                    

Aku selalu ada Au: 2015(Kahar 26):

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku selalu ada Au:
2015(Kahar 26):

Wanita itu mengehela nafas yang panjang sebaik sahaja dia membuka mata, badan yang masih terbaring di atas katil terasa letih yang melampau. Selimut yang di pinggang ditarik oleh dia, badannya yang tadi terbaring di gerakkan untuk mengiring.

"Awak...cahaya lapar ni, dia nak susu." Kata Kahar yang sedang sedaya-upaya menenangkan anaknya yang baru beberapa minggu usianya. Tangisan gadis kecil itu diibaratkan nada nyaring sebuah garfu yang digeserkan di atas pinggan, bingit, bising.

"Y/n, sayang.." Kahar masih mencuba untuk memjuk isterinya. Wanita itu masih tidak berkata apa-apa. Kahar sudah mengagak, dekat-dekat 5 hari, tak ada satu suara, satu perkataan pon yang keluar dari mulut si isteri, kenapa dia mengharapkan hari ini berbeza? Kahar menghela nafas, Cahaya yang masih di dukung mula di henjut perlahan, cubaan menenangkan bayi yang merengek itu.

Kahar cuma mengangguk dalam kekalahan dan menurun tangga untuk ke dapur. "Maaf ya sayang? Mama tak sihat tu, bukannya mama tak sayang cahaya.. mama cuma letih." Kahar memberitahu anaknya sambil membancuh susu dengan tangan yang lagi satu. "Mama sayang Cahaya, tau sayang?" Dia menyambung sambil menyuapkan botol susu ke dalam mulut anaknya. Walaupun dia tahu, Cahaya masih bayi, dia bukannya faham apa yang diujar namun itu sahaja yang dia dapat lakukan untuk mengurangkan rasa sunyi dihati.

Postpartum depression

Itu yang diberitahu doktor apabila isterinya dibawa ke hospital. Murung. Jadi Kahar faham kalau isterinya berkelakuan seperti tadi.

Cahaya selepas habis minum susu, terus tertidur. Kahar cuma tersenyum dan meletakkan Cahaya ke dalam crib.

Y/n's pov
"Sayang." Suara Kahar memanggil aku dengan lembut. Aku mengeluh perlahan namun tidak berkata apa-apa. Aku penat.

"Awak belum makan, kan? Makan ya? Saya suapkan?" Kahar duduk di sebelah aku, di penjuru katil dan bertanya. Tangannya hinggap di kepala aku untuk mengusap lembut rambutku. Aku menggeleng. "Tak boleh macam tu, makan lah, awak tengah pantang lagi, awak kena makan, nanti perut kembung awak jugak yang sakit." Kahar memujuk aku. Aku cuma memejam mata.

Sakit perut. Pedih. Rasa macam orang menikam-nikam perut aku.

"Sayang kenapa? Sakit?" Kahar bertanya dengan nada yang risau. Aku cuma diam dan menggerakkan tangan untuk memegang perutku. Kahar bangun dari katil, aku boleh dengar bunyi pintu almari dibuka. "Sini saya sapu minyak. Kejap lagi saya panaskan tungku, ya?" Kahar bercakap sambil menuang minyak ke atas tangannya. Aku cuma memerhatikan dia yang cuba mengurangkan sakit aku.

'Tak ada guna kau hidup, benda simple macam ni pon dia kena handle, anak kau pon kau tak jaga, baik waktu kau bersalin tu kau mampos!'

Suara yang sudah lama aku tak dengar berkata. Dah datang balik ya?

'Kau memang bawak sial ja dalam hidup dia'

"Kita cerai?"

Kahar yang sedang mengurut perutku terus terhenti. Kepalanya terpusing ke arah aku. Dahinya berkerut. "Huh?" Dia bertanya. Aku sendiri sebenarnya terkejut dengan apa yang aku dah cakap.

"Sayang? Apa ni?" Kahar bertanya kepada aku. Aku cuma terdiam.

Bila difikirkan balik, memang patut pon, aku bukannya senangkan dia, menyusahkan lagi ada lah.

"Y/n, saya tanya awak ni." Kahar bertanya risau. "Sayang..." Kahar memanggil lagi dengan nada yang sangat sayu. Tangannya dilapkan dan kemudian memegang muka aku, aku terus menengok dia. Mata dia yang berkaca mula menitis air mata.

"Sayan-" Kahar cuba berkata namun terputus dek esakkan. Dia mengelap air mata dan menutup mukanya dengan tangan sendiri. Dia menarik nafas yang panjang dan kemudia mula menyusun ayat. "Maaf, maaf, saya cuma... saya- saya terkejut ja." Kahar berkata. "Awak tak cakap dengan saya dekat 5 hari.. tiba-tiba...." Muka dia risau, risau sangat aku tinggal dia.

Aku melihat ke arah lain. Tak sanggup menatap kesedihan dia. "Awak... betul ka?" Dia bertanya, tangannya tadi menutup muka kini menggenggam tangan aku. Aku cuma terdiam.

Aku menggeleng.

Aku dengan Kahar menghelakan nafas lega. "Okay tak pa, saya turun ambil makanan awak, ya? Awak makan." Kahar berkata, ingin menukar topik secepat mungkin.

Bila dia naik ke atas, Kahar masuk bilik dengan senyuman sambil membawa pinggan di dalam satu tangan dan segelas air masak di dalam tangan yang lain.

Dia meletakkan pinggan dan gelas di meja sebelah katil dan mula menolong aku untuk duduk tegak di atas katil. Kahar cuma senyum ke arah aku sebelah mengangkat pinggan. Ikan tenggiri lagi, aku mengeluh.

Kahar senyum sedih. "Saya tahu awak penat makan ikan tenggiri, maaf ya, sikit lagi, habis pantang saya masakkan awak yang awak ajar haritu." Kahar cakap sambil mengambil sudu untuk menyuap aku. Aku tak membuka mulut, hanya memandang ke arah lain.

"Saya ingat lagi macam mana buat tu, ayam varuval dengan rasam kan? Lepas ni saya masak, sekarang awak makan lah ni dulu, ya sayang?" Kahar memujuk sambil tersenyum. Aku cuma membuka mulut dan kemudian kunyah dengan perlahan.

"Ha macam ni lah isteri saya." Kahar tersenyum lebar dan berkata. Kahar mula mencedok lagi makanan yang ada di pinggan. "Makan, nanti dah sihat kita keluar dating hm?" Kahar melawak. Aku cuma membuka mulut. Kahar senyum dan menyuap makanan.

".... Maaf." Aku berkata. Air mata aku mula mengalir. "Kenapa menangis depan makanan, sayang?" Kahar bertanya ke arah aku. Sudu yang tadi di tangan diletakkan di atas pinggan, tangan dia mengusap air mata aku.

"..saya... bukan ibu yang baik. Saya menyusahkan awak." Aku bercakap, menguyah makanan tapi masih menangis.

"Sayang, awak tak menyusahkan, awak tak sihat, tu ja. Nanti sihat lah tu. ya? Saya ada dekat sini. Saya ada." Kahar memujuk aku. Pinggan dia letakkan di atas meja. Terus dia menarik aku dalam dakapan. Rambut aku di usap-usap, sekali-sekala aku boleh rasa bibir dia yang mengucup dahi aku dengan lembut.

"Awak kuat sangat, sayang. Kuat." Kahar membisik. Aku cuma menangis di atas bahunya. "Saya ada." Mengulang ayatnya.

——
Req by alaiiye

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now