Juita || Kahar || Fluff (2)

547 39 23
                                    

"Y/n, juita." Satu suara yang garau memanggil aku dari luar, betul-betul di luar tingkap bilik aku. Bunyi ketukan pada tingkap kayu aku, bunyinya perlahan, mesti tingkap itu di lempar batu. Aku mengeluh. Sekarang baru 4 pagi, belum lagi masuk subuh. Aku membuka tingkap dengan mamai.

Satu batu kerikil kecil di lontarkan ke dalam. "Eh! Maaf y/n." Siapa lagi kalau tak lain tak bukan, Laksamana Kahar.

"Ya Laksamana, ada apa datang ke rumah hamba sewaktu pagi begini?Kalah mentari, yang datang tuan hamba dulu terpacak."

Kahar hanya tersenyum, namun dari senyumannya aku tahu ada yang sesuatu mengganggu fikirannya. "Kenapa Kahar?" Aku bertanya dengan nada yang risau.

"Datanglah ke bawah dulu." Katanya, menangkat sebelah tangannya yang memegang erat mangkuk tingkat. "Hamba bawakkan makanan."

Aku hanya mengangguk. Aku menutup semula tingkap dan menukar baju dengan yang lebih sopan, rambut aku diletakkan dalam sanggul yang tidak sekemas selalu. Cucuk sanggul yang dihadiahkan Kahar terselit di rambut.

Aku turun ke bawah. Kahar sudah duduk di bawah rumah, di atas tempat untuk dudu. Dia sedang membuka mangkuk tingkat. "Hamba yang masak." Dia memberitahu aku. Aku cuma mengangguk dan duduk bertentangan dengan dia.

"Kenapa Kahar?" Aku bertanya lagi. Risau dengan riak wajah dia. Mungkin untuk orang lain, dia nampak seperti biasa, tenang namun aku kenal sangat dengan jejaka dihadapan aku.

Kahar tersenyum sahaja, mengangguk ke arah kanan aku seolah-olah menunjukkan sesuatu. Aku toleh, adiknya yang tak sedarah, Naim, sedang berdiri di tepi pokok tidak jauh dari kami, obor dipegang dengan tangannya.

"Supaya tiada yang pandang serong." Jelas Kahar sambil meletakkan makanan dihadapan aku.

"Kahar.." Aku memanggil lembut. "Ya dinda?" Dia jawab dengan nada yang lebih lembut. Labu sayung diberi kepada aku. "Basuh tangan dahulu." Kata dia. Aku mengambil labu sayung tersebut. Namun tidak digunakan untuk membasuh tangan.

"Kahar, cuba beritahu hamba, apa yang tak kena?"

"Dinda..."

Selalunya kalau dia mula memanggil aku dengan dinda, aku akan menjeling tapi pagi ni dia kelihatan sedih, risau.

Bertambah risau aku apabila dia mengelat soalan aku.

"Kahar... beritahu lah dinda." Aku cuma memujuk. Aku sudah tahu isi hati dia, dia juga tahu isi hati aku. Kami tidak pernah bercakap panjang tentang hal ini namun kedua-duanya faham.

Kahar menarik nafas panjang. "Jangan begitu juita, jikalau juita mula memanggil kanda dengan panggilan manis, memang tidak dapat kanda mengelak." Kahar jawab dengan pasrah.

"Kahar, ceritalah."

"Kanda... perlu berangkat ke sumatera pagi nanti, ada peperangan yang sedang berlaku, ramai tentera yang telah tumbang." Kahar menerangkan dengan panjang.

Aku tahu yang dia risau tapi ini bukan kali pertama dia tempuh di medan peperangan namun kali ini lain, mesti dia rasa seperti...

"Kahar, sayang-"

"Sayang? Pertama kali di panggil begitu." Kahar cuba melawak dengan aku.
Aku menggeleng. "Apakah kanda risau yang... kanda tidak jejak semula ke tanah Melaka?" Aku bertanya.

"Bukan, juita ku, kanda tahu kanda pasti pulang, kanda perlu pulang, namun kali ini mungkin kanda pergi lebih lama, mungkin tidak, tiada yang tahu bila perang bakal tamat." Terang Kahar.

"Namun perang itu juga boleh tamat dengan awal, kanda." Aku cuba menenangkan dia, menenangkan hati aku.

Kahar hanya tersenyum. "Mungkin juita." Katanya dengan perlahan.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now