Botol || Kahar || Angst

547 36 27
                                    

"Adik, sayang, duduk belakang tu elok-elok" kata seorang wanita yang memarahi anaknya. Budak lelaki itu masih lagi bermain dengan tingkap di tempat duduk belakang. Tangannnya di letakkan berdekatan dengan tingkap yang terbuka luas.

"Adik bahaya lah!" Marah wanita itu lagi. "Ala mama, adik nak main angin." Rungutnya. Lelaki yang sedang membawa kereta itu cuma terdiam. Matanya seperti tidak fokus, tidak dapat fokus.

"Adik! Jangan sua kepala!" Marah wanita itu lagi.

Mata gang tadi memang tdak fokus ke arah jalan, terakih ke arah cermin liar kereta, melihat kepala anaknya yang telah tersua ke arah luar kereta.

"Abang!" Jeritan terdengar.

BOOM




















Mata Kahar terbuka besar, nafasnya laju, dia terus terduduk di atas katil.

Tangannya terus diletakkan di dada, terasa degupan jantung yang terlalu laju. "Mama.." dia berkata sendiri, air mata mula tampil. Dia mula cuba untuk memperlahankan nafasnya. Kahar berjaya namun sebaik sahaja nafasnya kembali normal, dia terasa loya. Cepat-cepat dia berlari ke arah tandas, endahkan botol-botol yang dia tersepak tanpa senhaja.

Sampai sahaja di tandas dengan kepala yang pening, pedih dan sakit dia mula muntah, muntahkan segala apa yang dia makan semalam. Kahar terduduk di atas lantai tandas, tangannya memegang mangkuk tandas dengan lemah. Apabila dia bangun semula dia terus memberus gigi dan membasuh muka.

Kahar pulang ke bilik, tingkap tertutup rapat, langsir menghalang cahaya dari masuk. Dia mengangkat semua botol yang berselerak di atas lantai. Matanya terpaku ke arah gelas dan aspirin bersama nota yang tadi tidak ada di atas meja kecil di tepi katil.

'Jangan makan ni perut kosong. Saya dah masak, makanan ada dekat dapur.'

Tertulis atas nota tu. Kahar mengambil air dan aspirin berjalan ke ruang dapur. Rumah terlalu sunyi, Kahar hampir menyangka yang tak ada orang dekat rumah. Hampir, dalam sakit kepala dia terfikir, kalau tak ada orang dekat rumah, siapa yang letakkan air dengan pil?

Botol-botol kaca itu di buang ke dalam tong sampah, terus dia makan nasi yang masih panas, tanda kedua yang ada orang dalam rumah, dan telan pil aspirin.

Kahar terus berjalan ke atas. Jam menandakan pukul 10 pagi. Selalunya rumah dah mula hidup.

Kahar terhenti di hadapan pintu bilik anaknya yang tertutup rapat, dia cuba memulas pintu untuk membuka tetapi pintu berkunci. "... sayang." Kahar memanggil lembut. "saya... kita bincang ya sayang?" Pujuknya lagi. Entah berapa lama, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam.

Kahar memandang isterinya, Y/n, yang sedang berdiri di pintu. Kahar cuba berjalan masuk ke dalam tetapi di halang Y/n. "..Angkasa tidur, bincang dekat ruang tamu." Katanya perlahan, mata langsung tidak di angkat untuk melihat Kahar, cuma melihat lantai.

Kahar mmengangguk faham. Mereka berdua berjalan ke bawah. Y/n terus duduk di atas sofa dan Kahar hanya berdiri berdekatan. "Sayang." Kahar memanggil lembut, tangannya cuba mencapai tangan Y/n, namun wanita itu mengelak. Kahar terkejut akan reaksinya. "Sayang saya tahu saya salah." Kata Kahar, dia melutut di hadapan isterinya yang masih tidak memandang mukanya langsung. "Saya- saya tahu, saya janji tak sentuh dah benda haram tu, sayang, saya tak pernah sentuh langsung dah lima tahun, sayang semalam-" Kahar berkata dengan laju, desperate, dia nak sangat y/n pandang muka dia.

"Semalam saya relapse. Saya mintak maaf sayang. Mintak maaf sangat-sangat." Kata Kahar dengan nada yang sayu. Air matanya mula mencurah jatuh ke pipi.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now