Rumah || Kahar || Angst (2)

360 31 12
                                    

"Asalamualaikum!" Satu suara memanggil dari luar. Tidak seperti di rumah lain, salam itu tidak di biarkan hanya tergantung, malah ditawakan. Gelak tawa kesemua pekerja aku. Budak-budak yang tengah lalok. Ye lah, sapa ja yang bagi salam masuk dalam 'rumah bujang' ni. Spot orang ambil/beli 'barang' kot.

"waalaikumsalam." Aku menjawab dengan perlahan, tak sampai hati membiarkan salam itu tergantung. Aku berjalan keluar. Kalau budak-budak ni boleh gelak, bukan polis la tu.

"Ya?" Aku bertanya. Di luar rumah, ada sebiji kereta yang agak mewah. Dua orang lelaki sedang berdiri di depan gate.

"Uh.. akak ni.. y/n kan?" Tanya seorang lelaki yang tinggi lampai. Mukanya keresahan. First time beli ka?

"kau sapa?" Aku bertanya ke arah dia.

"Saya. Saya ni Naim, adik kepada Abang Kahar." Dia berkata. Aku menjeling mata. "Pahal kau datang sini! Blah! Kau kata dekat laki tak guna tu jangan cari aku dah!" Aku mula menjerit ke arah lelaki tersebut.

Lelaki yang memakai hoodie, dari tadi terdiam, membuka mulut, mula berjalan ke arah aku dengan riak muka yang marah.

"Eh perempuan, kau ja-"

"Adik! Jangan." Naim berkata. Memegang erat lengan lelaki tadi. "Abang Kahar sayang dekat y/n... nanti kalau jadi apa-apa mesti abang sedih." Naim cuba menenangkan lelaki tadi.

Macam aku kesah pulak kalau dia nak datang pukul aku. Aku tak takut.

"Tak kau buat apa sini? Sini bukan tempat kau." Aku bertanya sekali lagi.

Naim mengangguk. Tanda yang dia setuju dengan aku. "Abang Kahar... akak, dia.." Naim berkata.

Aku mengangkat kepala aku. "Apa? Haritu dia datang, sekarang dia hantar kau pulak? Apa lagi mamat tu nak?!"

"Dia accident! Coma, hanat! Semua sebab kau la sial!" Fakhri menjerit ke arah aku.

"Adik!" Naim memarahi adiknya sekali lagi.

Aku terdiam

Accident

Kahar?

Kahar accident?

Salah aku...

"Huh? Ka- kahar?"

Naim hanya memegang erat lengan adiknya sekali lagi. Dia mengangguk. "Abang accident last week. Lepas dia.."

"Lepas dia jumpa aku." Aku berbisik sendiri. Air mata mula jatuh. Salah aku. Salah aku. Salah aku.

Naim mengangguk. "Akak, akak, Naim merayu, tolong lah pergi jumpa abang. Abang tak.. Abang tak stable kak.. abang tak sedarkan diri. Dia dekat ICU. Naim.. Naim tahu Abang Kahar sayangkan akak sangat-sangat. Kalau akak ada mungkin dia... kalau akak ada mungkin dia lebih semangat. Akak tolong.." Naim muka berkata. Nafasnya pendek, menahan sebak diri.

Aku kenal dengan perangai Kahar.

Kalau dia tengah emosi... motor tu..

Bodoh nya aku.

Aku hanya kaku. Berdiri macam orang bodoh. Tak ada reaksi.

Naim mengangguk. "Ta- tak apa lah akak. Maaf kacau akak." Naim berkata mula menarik lengan adiknya untuk ke arah kereta.

"Kau silap." Aku berkata. Naim berpusing untuk melihat aku.

"Silap?"

"Aku.. aku bawak sial ja dalam hidup abang kau. Dia lagi bagus hidup tak ada aku."

Naim menggeleng. "Abang selalu cerita dekat Naim pasal akak. Akak yang ada untuk dia bila semua orang berpaling dari dia. Akak yang jaga dia, akak yang suap dia makan bila dia merajuk dengan dunia. Bila dia nak tinggalkan alam ni, akak yang halang. Naim.. Naim percaya abang lagi semangat nak bangun kalau akak jumpa dia."

Aku mula menangis mendengar kata-kata Naim. "Akak nak jumpa abang.. Naim boleh bawak." Kata dia. Aku mengangguk
















Mata aku terpaku melihat Kahar. Wire merata-rata. Bandage kiri-kanan. Muka dia yang selalunya manis sekarang pucat, lesu. Bibir dia kering, tak bermaya.

"Kahar.." aku memanggil dari sudut bilik.

'Sayang' aku boleh dengar suara lembut dia menyahut dalam fikiran sku. Fikiran aku. Dalam alam nyata Kahar tidak bergerak. Kaku.

"Kahar.." Aku memanggil lagi, kaki mula berjalan ke arah katil. Bunyi mesin menandakan dia masih bernyawa, masih bernadi.

"Kahar.." aku duduk dk atas kerusi di sebelah dia. "Kahar aku datang." Aku memberitahu dia. Cuba untuk tidak menunjukkan rasa sedih.

"Kahar aku... aku dah cakap. Aku bawak sial kan dalam hidup kau. Pahal kau degil jugak cari aku?" Aku bertanya lagi, nada aku sesayu yang mungkin, kesedihan terap berjaya menampilkan diri. Aku mul bermain dengan rambutnya.

"Aku.... Aku datang ni sebab nak kau tahu.. kalau ni lah kali terakhir kita ju-jumpa." Aku mula menangis.

"Sorry aku tak kuat sorry." Aku mengesat air mata aku. Satu tangan memegang tangannya, yang Lagi satu bermain dengan rambutnya. Aku tersenyum sedikit. Walaupun dan seminggu tak sedarkan diri, rambut dia tetap lembut.

" a- aku.. sa... aku tipu Kahar. Aku sayang kau, laughs mesti la aku sayang kau, gila. Aku cuma sobs aku t-tak.. ak-aku tak layak un-untuk kau. Kau tu. kau tu perlukan orang lagi layak. Aku niat le- lepaskan ka-kau untuk ora-orang lebih layak. Bukannya ka-kau pergi ter-terus macam ni." Aku mula menangis sendiri.

"Aku tipu, aku tipu, sayang, mestila aku sayang kau." Aku menangis lagi.

"Aku sayang kau, Kahar. Aku sayang kau."

Mata aku yang bengkak kerana menangis mula terasa berat. "Kau jangan macam ni. Kau ada family sekarang, Kahar. Kau kena bangun. Kau kena kuat."

"Aku sayang kau. Aku sayang kau Kahar."

"Aku janji aku tak berniat buang kau. Aku sayang kau"

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now