Juita || Kahar || Fluff

847 47 28
                                    

Aku menari mengikut rentak gong dan gendang. Senyuman dibibir tidak lekang-lekang. Mungkin di luar aku tampak ayu, gembira, namun hanya Tuhan yang tahu bertapa aku benci dengan tarian ini. Lemah lembut, lentik yang menyakitkan jari jemari, orang Melaka memang begini agaknya.

Sebaik sahaja rentak habis dimainkan, aku dan dayang-dayang berhenti menari. Aku sebagai Inang, menunduk ke arah Sultan yang kemudian diikuti oleh dayang-dayang. Selepas selesai menunduk, aku berjalan dengan tertib untuk keluar dari ruang menghadap Sultan. Aku terus berjalan menuju ke arah kamar sang Puteri, senyuman aku tadi terus terpadam. Dayang-dayang yang dibelakang aku mulai bersuara. "Nampakkan? Laksamana baharu tu? Tampan!" Kata seorang dayang. Dayang-dayang yang lain cuma menyambung pujian dia. Aku membuka pintu dan terus menuju ke arah Puteri yang masih menyikat rambutnya. "Amboi cerita tentang apa tu? Beritahu lah beta." Katanya dengan senyuman yang lebar.

Salah seorang dayang mengambil sikat dari tangan Puteri dan terus menyikat lembut rambut si Puteri. "Laksamana baharu tu, kacak! Patik dengar kata yang namanya Abdul Kahar. Kena betul dengan orangnya Tuan Puteri! Laksamana Kahar dengan rambutnya yang kerinting, kulit yang sawo matang, senyumannya manis mengalahkan gula. Berdebar patik sewaktu menari tadi." Kata si dayang sambil tertawa malu. Dayang-dayang yang lain juga turut tertawa. "Mak Inang, Mak inang kenal dengan Laksamana tersebut?" Tanya seorang dayang.

Aku yang tadinya terduduk di atas kerusi sambil meneguk segelas air, tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh kamar. "Tidak." Aku berkata ringkas. "Oh? Hamba sangkakan kenal, kerana matanya dari tadi hanya terpaku ke arah Mak Inang sahaja." Jawab dayang tersebut dengan riak wajah yang sukar dibaca. Teruja? Cemburu?

Bukan itu yang jadi tumpuan aku, telingaku mengesan bunyi-bunyi tapak kaki dari luar kamar. Keris aku yang tadi aku simpan sementara di dalam laci milik Tuan Puteri, aku keluarkan dan letakkan semula di pinggang. Tapak kaki yang ini, tidak pernah lagi di dengari telingaku.

"Kenapa Mak Inang?" Tanya Tuan Puteri. Aku tidak menjawab, tangan aku terus diletakkan di kepala keris, aku berjalan ke arah pintu. Menunggu orang yang tidak dikenali itu untuk membuka pintu.

Tekaan aku tepat, pintu itu dibuka, terus aku mecabut keris dan menghalakan ke arah pendatang tersebut.

Jejaka yang dihalakan keris itu hanya tersenyum manis. "Maaf Mak Inang, sepatutnya hamba mengetuk dahulu pintu." Katanya dengan tenang walaupun mata kerisku sedikit lagi terkena halkumnya.

"Kamar milik anak dara, masuknya beradat." Aku memerli Laksamana tersebut. Dia tidak berkata apa cuma tersenyum manis melihat aku.

"Ada apa?" Aku bertanya. Laksamana itu cuma tersenyum manis lagi. "Sultan menyeru Tuan Puteri untuk menghadap baginda." Katanya sambil memandang Tuan Puteri seketika, tidak lama kemudian matanya terus memandang aku semula. "Hamba diperintah untuk mencari tuan hamba, katanya Mak Inang akan tunjukkan kawan Istana dan bandar." Laksamana yang berdiri tegak itu berkata sebaik sahaja Tuan Puteri berjalan keluar dari kamar.

Aku melawan rasa ingin mengeluh dan berpaling ke arah dayang-dayang. "Inang keluar dulu, jaga satu sama lain." Aku berpesan.

Kesemua dayang hanya tersenyum, aku kenal mereka dengan mendalam, ramai yang senyum mengusik. "Baik Mak." Kata mereka semua serentak. Aku cuma menjeling mata dan senyum lembut menandakan aku melawak.

"Marilah." Aku berkata sambil berjalan. "Apa yang Laksamana telah lihat sejak sampai ke sini?" Aku bertanya. Jejaka itu cuma menggeleng. "Panggil hamba Kahar sahaja, umur kita tidak lah jauh mana." Kahar berkata sambil tersenyum, tangannya memegang sampin sendiri.

"Hamba sempat meninjau Istana, yang tinggal cumalah bandar." Dia berkata. Senyumannya tidak lekang langsung.

Aku mengangguk dan terus berjalan ke arah jalan keluar. Kahar hanya mengikut aku. Aku mencapai payung aku yang tersandar di pagar luar Istana. Cuaca Melaka memang panas, lebih berkuap daripada Langkasuka.

Aku membuka payung tersebut. "Disebabkan hari sudah petang, hamba sebenarnya perlu membeli barang masakan. Jadi boleh ya kita menyimpang sedikit?" Aku bertanya Kahar. "Perut hamba sebenarnya dari pagi dibiarkan kosong, marilah makan di warung? Hamba masih belum terasa laksa nyonya." Kata si dia sambil melontarkan aku senyuman, matanya seperti merayu.

Aku hanya mengangguk. Kami mula berjalan ke arah bandar. Aku tersenyum sendiri, suara riuh rendah di bandar mengingatkan aku akan kerajaan aku sendiri. Bertapa lamanya aku tidak menjejak kaki disana.

Aku berpaling melihat si Kahar, dia sedang melihat-lihat bandar yang sangat meriah ini. Seni-seni di tembok batu, pelbagai bahasa di tutur, pelbagai warna pakaian daripada pelbagai budaya. Itulah Melaka. Namun benar apa yang mereka kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Biarlah bertapa hebatnya orang memuji Melaka, hati aku masih terikat di Langkasuka.

Aku terpandang ke arah kerisnya yang tersimpan elok di pinggang. Mata aku mengenali lambang dan bentuk seni di kerisnya. "Tuan hamba dari...Langkasuka?" Aku bertanya. Kahar yang tadi sedang melihat sekeliling terus memusing untuk memandang aku. "Ya, berdasarkan pertuturan tuan hamba, tuan hambajuga berasal dari Langkasuka?" Dia bertanya kepada aku. Aku cuma mengangguk.

"Baguslah." Katanya sendiri. Aku berpaling semula. "Apa yang bagus?"
"Mudah urusan hamba ingin masuk meminang." Kahar berkata. Aku tersedak sedikit. "Eh tuan hamba mengapa?" Bertanya si Kahar sambil mengangkat sedikit payungku untuk memeriksa aku. Aku tidak berkata apa. Sebaik sahaja sampai di gerai. Aku terus memberitahu tuan milik gerai pesanan kami.

Dua mangkuk laksa diletakkan di atas kayu. Aku mengambil sati mangkuk dengan tangan sebelah. "Biarlah hamba yang angkat." Kata si Kahar sambil cuba mengambil makanan aku. Aku hanya menggeleng. "Baik kalau begitu." Dia berkata dan mengambil payung aku. Aku cuma mengeluh dan mengambil mangkuk milik Kahar sekali. Aku berjalan, dua mangkuk di tangan, Kahar yang memayung aku cuma tersenyum dan mengikut aku supaya aku masih di bawah payung yang teduh. Aku berjalan ke tempat duduk yang kosong dan duduk.

Dia menutup payung. "Tuan hamba langsung tidak memberitahu nama tuan hamba." Kahar berkata sebaik sahaja dia duduk bertentangan dengan aku. Aku geleng. "Tidak perlu."

Kahar hanya mengangguk. "Baiklah, jika begitu panggilan hamba untuk tuan hamba ialah Juita." Katanya dengan senyuman menyakat. Aku terkedu akan nama yang diberi. Juita yang bermaksud, kekasih, nyawa dan hati?

"Tak perlu, y/n sahaja." Aku berkata terus. Pipiku mula berasa hangat. Tidak pernah ada lelaki yang berani bergurau dengan aku begini. Lelaki Melaka ramai yang takutkan aku. Mak inang beracun, itu yang mereka panggil aku.

"Baiklah y/n, juita ku." Kata si Kahar sambil tersenyum lagi. Aku tersedak sekali lagi. "Eh-" kata si Kahar sambil menghulurkan aku segelas air. Dia hanya tergelak kecil.

Sejak hari itu, Kahar langsung tidak pernah gagal datang bersemuka dengan aku setiap hari.
Walaupun dia Laksamana yang bertugas jauh di laut dan aku Inang yang memang tempatnya terikat dengan Istana, dia tetap datang mencari masa untuk bersemuka dengan aku. Tangannya tidak pernah kosong.

"Juita!" Panggil Kahar dari hujung taman sambil berlari ke arah aku. Aku hanya menutup mata, menebalkan muka kerana semua dayang sedang mencari siapakah 'Juita' yang dimaksudkan Laksamana Tampan itu.

"Juita, ini untuk Juita." Kata Kahar sambil tersenyum, tangannya menghulurkan aku sebuah cucuk sanggul. Daripada pandangan kasar memang tertera cucuk sanggul itu berasal dari Langkasuka. Aku mengambil cucuk sanggul tersebut namun tidak berkata apa-apa. Kahar yang sudah masak dengan perangai aku cuma tersenyum. "Sama-sama Juita, Hamba berangkat dulu ya?" Kata Kahar sambil tersenyum sebelum berjalan ke arah pintu masuk utama Istana.

"Cucuk sanggul? Apakah Laksamana tidak tahu yang cucuk sanggul Inang merupakan senjata buatan?" Kata seorang dayang. "Biarkan yang itu... Juita?" Seorang dayang bertaya ke arah aku. "Patutlah Inang mula memakai barang kemas- barang kemas baharu. Ada yang sudi memberi sebenarnya. Ya, Juita?" Seorang lagi dayang menyakat aku dengan senyuman ramah. Mereka semua tergelak bersama mengusik aku yang memang sudah malu-malu.

"Diam." Aku berkata sambil melawan perasaan ingin senyum. Pipi aku masih terasa panas.

——
A/n: nanti ada part two dan seterusnya. Kahar got that Langkasuka Rizz

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now