Jerit || Kahar || Angst

1K 36 34
                                    

Aku Selalu Ada AU
2019(Kahar 30)

Harini hari cuti aku jadi aku habiskam masa aku dengan anak-anak. Cahaya yang berumur 4 dan Purnama yang berumur 2. Kahar sedang berkerja jadi ada kami sahaja di rumah.

Bila dia balik dalam pukul 7:30 senja, anak-anak terus berlari ke arah Papa mereka. Kahar cuma mengangguk dan memeluk mereka semula sebelum berjalan ke atas. "Papa letih tu." aku kata kepada anak-anak

Selepas mandi dan solat kami berjalan ke arah dapur yang telah pun dihidang makanan, untuk makan. Sewaktu makan Kahar tidak bersuara langsung, cuma termenung sambil makan. 

Selepas habis makan terus aku kemaskan meja. "Saya naik atas dulu, kena study." Kahat berkata kepada akku. Kahar tengah ambil masters degree in medicinal chemistry sambil berkerja. Walaupun pharmacy tu dia punya, kerja dan study memang stressful. Lagi-lagi dah masuk final.
"Baiklah sayang." Aku cakap dengan lembut. Kahar terus melangkah naik ke atas.

Aku dan anak-anak duduk di bawah, menonton television supaya mereka berdua tak mengacau si Kahar study. Purnama yang asalnya sedang baring di atas carpet berjalan ke arah aku.
"Ma. Su." Purnama kata sambil menghulurkan botol susunya. Aku mengangguk dan melihat child's protective gate yang tertutup rapat di tangga.

Aku melangkah ke dapur untuk membancuh susu.

"YA ALLAH! CAHAYA!" Aku mendengar jeritan dari atas. Cepat-cepat aku bergegas ke ruang tamu, yang ada cumalah Purnama. Child's protective gate tu dah terbuka. "Sini sayang." Aku cakap dan mendukung Purnama. Aku menaiki tangga.

"Papa cakap jangan kacau kan?!" Suara Kahar lantang lagi menjerit. Apabila aku membuka pintu bilik study, aku nampak Kahar yang sedang berdiri, muka dia berkerut kemarahan, Cahaya yang berdiri di hadapannya terkejut. Tak pernah dia jerit dekat anak seteruk ni.

"Apa ni awak?! Saya rimas la di kacau-kacau macam ni! Saya nak study pon susah! Tolong lah! Cahaya papa dah cakap jangan kacau papa kan?! Haish menyusahkan lah!" Kahar sambung menjerit dengan suara yang lantang. Tangan dia di hentak-hentak di meja study.

"Menyusahkan?" Aku tanya dia balik. Perkataan yang ayah dia selalu panggil dia. Sekarang, dia nak panggil anak dia pulak macam tu?

Kahar melihat aku dengan pandangan terkejut. Terkejut dengan ayat dia sendiri.

Cahaya yang asalnya sengap tiba-tiba menangis teresak-esak. Menangis dengan kuat. "Sayang." Kahar memanggil Cahaya dan cuba mendekatkan diri dengan anaknya namun budak perempuan itu cuma tersentak ke belakang menjauhi ayahnya. Kahar mula sebak. "S-sayang Papa ni." Kahar bercakap. Cahaya seolah-olah menjerit sambil menangis dan terus berlari keluar bilik.

"Cahaya! Sayang jangan lari!" Aku memanggil. Purnama yang didukung aku mula menangis sekali kerana melihat kakaknya menangis. "Pu-purnama." Kahar memanggil lembut. Aku terus keluar dari bilik study tu dan nampak Cahaya yang berlari menuruni tangga. Memang dia dah pandai bukak gate tu.

"Cahaya jangan lari bahaya!" Aku bercakap. Cahaya endahkan aku. Sebaik sahaja tiba di anak tangga yang terakhir, Cahaya tersungkur dan terjatuh ke bawah. Lagi kuat tangisan Cahaya.

"Cahaya!" Kahar memanggil dari atas. Dia terus jalan pantas ke bawah. Cahaya menangis kesakitan. dia. "Tak sayang, papa tak marah." Kahar berkata dengan suara yang sayu, air mata dia yang bergelinang tadi dah mula jatuh pipi. Cahaya masih menangis sekuat hati. Nangis kesakitan.

"Mama! Mama!" Dia memanggil aku. Aku meletakkan Purnama dan memegang kaki Cahaya. Aku gerak-gerakkan kakinya. "Bila mama gerakkan, sakit?" Aku tanya. Cahaya geleng dan terus memeluk aku. Tak ada apa ni, paling-paling lebam lutut. Aku memandang Kahar yang sedang menangis seorang diri sambil memeluk Purnama yang turut menangis. Kahar sedang merenunng kaki Cahaya tu. "tidur ya sayang? Dah lewat?" Aku bertanyakan kepada Cahaya yang cuma mengangguk. Aku mendukung Cahaya dan mengambil Purnama dari Kahar untuk dibawa ke bilik mereka. Aku kemudian meletakkan mereka ke atas katil masing-masing. Tak lama kemudian mereka tertidur.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now