Janji || Ejoi || Hurt/comfort(3)

692 47 35
                                    

Keesokan hari aku ke koop sedikit lambat, tepat pada masa kesemua pelajar berdiri tapak perhimpunan. Walaupun hoodie aku telah aku tarik ke atas, muka aku yang berkicap ni masih menarik perhatian ramai pelajar. Ya la mau tak tarik perhatian, pahal akak koop ni muka macam baru wwe.

Namun aku endahkan, aku berjalan ke arah Koop, surat yang aku jumpa tu masih lagi aku genggam. Bila aku dah sampai ke counter koop. Aku bukak lampu dan baca sekali lagi surat tu.

'Manis,
Aku sebenarnya berat hati nak bagitahu kau isi hati aku tapi aku suka kau, manis dan aku harap kau suka aku jugak. Aku tak berani nak bagitahu kau depan-depan. Kalau kau suka aku jugak kau beritahu la aku kalau tak... aku faham kalau kau dah taknak jadi kawan aku. Aku tunggu kau jawab tau, manis.

-Ejoi'

Ni ka surat yang dia maksudkan? Tapi dia kata
'Surat-surat' maksudnya ada lagi?

Tiba-tiba pintu Koop terbuka dan dihempas tertutup rapat. Aku mendongak kepala melihat siapa yang masuk.

Ejoi

Dia tak berkata apa cuma berjalan ke arah aku dengan muka yang marah. Aku mula risau, Ejoi tak pernah marah. Jarang sangat dia marah.

"Kenapa Ejoi?" Aku bertanya dia. Ejoi masih tak jawab, sebaliknya dia cuma berjalan ke belakang counter, terus berdiri antara kaki aku, sebab aku tengah duduk.

Tangan Ejoi terus diangkat dan memegang pipi aku dengan lembut. Dia memandang muka aku dengan teliti. "Ejoi aku okay." Aku cakap sambil memegang tangan dia yang sejuk sangat. Muka Ejoi bertambah marah namun dia tak berkata apa cuma mengerakkan muka aku ke arah kiri sedikit. He's analysing every scars and bruises.

"Aku okay Ejoi." Aku berbisik sambil melihat muka aku di cermin dinding. Memang tipu lah, muka aku bengkak, bibir aku luka, mata aku lebam. Macam mana pon aku tak payah lah buat Ejoi susah hati.

"Ejoi. Aku serious ni, aku ok-"

"Kau jangan tipu aku lah Manis!" Ejoi menjerit. Matanya berkaca. "Kau tak payah tipu aku." Ejoi sambung dengna suara yang sayu. "Aku ni, manis, ni Ejoi, kenapa kau nak tipu aku? Aku kawan kau, manis. Kawan kau. Kau sepatutnya boleh cerita semua ja dekat aku. Kenapa nak kena tipu-tipu ni semua?" Ejoi bercakap dengan suara yang bergetar, air mata dia sudah mula mengalir.

"sebab ni." Aku cakap dan mengangkat lengan aku, menunjukkan bandana merah yang terikat rapi di tangan aku. Tangan Ejoi yang tadi di pipi aku telah jatuh kembali ke sisi dia.

"Kau buang aku... Ejoi."

Ejoi menggeleng. "A-aku mintak maaf. Aku ikut perasaan." Ejoi cakap sambil menundukkan kepalanya. "Pasal Phoebe ... aku dengan dia tak ada apa."

Aku angguk. "Kita baik semula, ya? Manis?" Ejoi bertanya kepada aku. Tangan dia di letakkan di pipi aku sekali lagi. Mata yang berair merenung mata aku.

"Ejoi, surat tu-"

"Kau tak payah respond pon aku faham kalau kau tak rasa benda yang sama." Ejoi cakap dengan nada yang reda.

Aku menggeleng. Pergelangan tangannya aku pegang. "Aku tak pernah tahu pon wujudnya surat tu. aku tak perasan."

Ejoi terkejut. "Kau sorok surat tu buat apa?macam mana aku nak nampak." Aku melawak dengan dia sambil tersenyum.

"Jadi kau sebenarnya...?" Ejoi bertanya, matanya masih mecari jawapan. Aku hanya tersenyum. Ejoi ni buat apa pon comel. Tangan dia yang tadi di pipi aku, aku pegang dan genggam. Muka Ejoi seperti tak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

"Hmmm? Saya sebenarnya apa, sayang?" Aku bertanya balik dekat dia.

"Sayan- Manis, jangan main-main sebenarnya aw-kau- uh." Ejoi tergagap-gagap, mukanya merah. Aku tergelak kecil melihat ragamnya.

"Sebenarnya, saya pon suka awak lah!" Aku tersenyum dan cakap kepada dia. "Eh!" Ejoi berkata dan tersenyum lebar. Mukanya ditutup dengan tangan sendiri. Macam tu pon aku masih boleh nampak senyuman dia. "Malu lah!" Ejoi cakap sambil tertawa.

Aku menarik tangan dia. "Lain kali jangan sorok-sorok surat. Mana saya nak nampak." Aku cakap. Ejoi masih lagi tersenyum lebar. Bandana di tangan aku, aku buka dan ikat di tangan dia semula.

"Jangan buka dah." Aku pesan kepada dia. Ejoi cuma mengangguk dan senyum. "Kau-awak, awak nak jadi.... jadi girlfriend saya?" Ejoi bertanya. Masih lagi malu-malu. Aku senyum sahaja mendengar gagap dia tu.
Terus aku mencubit pipinya. "Balik kelas lah, sayang. Nanti kena marah."

Mata Ejoi terbeliak. "Kira- kira awak terima lah ni? Kan? Kan? Manis kan?" Ejoi bertanya. Aku mengangguk . Ejoi terus melompat gembira.

"Okay! Ookay! Nanti rehat saya datang tau!"
Ejoi bercakap dan terus berjalan pergi. Dia tiba-tiba berpusing. "Manis!" Dia panggil aku. Aku toleh ke arah dia.

Ejoi membuat bentuk hati dengan jarinya. Aku cuma tersenyum dan membalas bentuk hati tu. "ah di balas!" Ejoi berkata dan berjalan. Tiba-tiba terlanggar grill pintu Koop.

"Elok-elok tu, sayang!" Aku cakap dekat dia yang sedikit lagi nak terjatuh di luar koop. "Nanti rehat saya datang!" Dia menjerit balik.

Macam-macam la perangai budak ni. Nasib baik comel.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now