Kopi dan Gitar || Kahar || Fluff (1)

519 33 12
                                    

Cafe Au:

Aku yang sedang berdiri di belakang kaunter tersenyum sendiri melihat pemaim gitar yang baharu itu. Baju kemeja putih bercorak minimalist di tuck in sedikit ke dalam seluar hitamnya, gelang-gelang dan rantai tergantung di tangan dan lehernya, satu chain di gantungkan di seluar. Style betul mamat ni.

Tak apa lah kalau aku senyum-senyum, mesin kopi yang ada depan aku tu dapat menyorokkan muka aku. Tak ada la kantoi.

Kahar namanya, sedang berdiri di atas stage kecil diperbuat dari kayu tu tengah mengtune gitarnya. Dia mula memetik gitar dengan nada lagu yang aku kenal sekali, ku kira kau rumah.

"Kau datang, tatkala sinar senja ku telah redup."

Suara dia yang serak-serak basah lembut mula menyanyikan lagu itu mula didengari dek microphone yang ada di depan dia.

Cair aku dibuatnya.

"Aik!" Satu suara menyapa aku dari belakang sambil menepuk bahu aku. "Ish kau ni." Aku merungut sambil meletakkan tangan aku di dada. "Terkejut aku, gila." Aku menyambung. "Elehh, kau terkejut sebab kau tengah usha abang aku, kan?" Kata si Naim dengan senyuman dia.

Aku cuma menjeling dia. "Ish mana ada, aku tengah tengok set up dia lah. Aku kan buat gig jugak." Aku menipi si Naim. "Eleh, cakap je la kau suka."

Aku berjalan ke arah gelas-gelas yang memang dah dinasuh dan terus membilas lagi gelas itu. "Merapu je kau ni."

"Kalau kau nak la, aku boleh je kenal-kenalkan kau dengan dia. Kau buat gig jugak kan? Ha aku boleh je tolong supaya kau boleh nyanyi dengan dia." Naim cakap sambil tersenyum, berdiri di sebelah aku, mengambil gelas aku yang memang dah kering.

"Serious?" Aku tanya Naim dengan nada yang excited. "Iya dong. Sebab aku kenal kau dah lama, aku kenal dia pon dah lama, aku rasa macammm korang sesuai untuk satu sama lain." Naim cakap sambil tergelak kecil. "Weh terbaik tho kau, ini lah sahabat sebenar!" Aku memuji Naim. "Eh mesti!" Kata Naim.

Sebaik sahaja ada customer yang datang aku terus ke set coffee maker, ia lah, aku barista yang berseni.

Lepas entah berapa gelas kopi dan lagu yang bersilih ganti, tiba-tiba lagu dinyanyikan terhenti.

"Hai." Satu suara berkata dari sebalik mesin kopi. Aku mengdongak sedikit. Kahar sedang berdiri sambil tersenyum. "Saya nak kopi, boleh?" Dia bertanya. Aku hanya mengangguk. "Hmmm bagi saya latte ja." Dia berkata.

"Bolehh." Aku jawab. Bila aku dah mula bancuh, step terakhir ialah latte art. "Saya nak tengok, boleh?" Kahar bertanya. Aku hanya senyum dan mengangguk.

Aku dengan sangkaan yang dia nak lean over counter tu ja, tapi tak, Kahar datang masuk ke counter dan terus berdiri di sebelah aku.

Dekat jugak, malu. Aku mulakan latte art tu, end product merupakan bentuk hati di atas air latte tu. "wahh hebat lah awak!" Kata Kahar sambil memgeluarkan telefonnya.

"Pose, saya nak ambil gambar." Kahar cakap. Aku cuma memegang air tersebut dan tersenyum.

"Cantik! Nama instagram awak apa? Saya nak tag."

Smooth jugak mamat ni. Aku memberitahu nama instagramnya.

Dia memfollow dan melihat instagram aku. "Awak pon buat gig ke? Kalau awak tak busy, boleh kita nyanyi sekali?" Tanya si Kahar bila dia nampak video-video gig aku dekat instagram page. "Boleh aja. Nanti bila tak peak hour." Aku jawab. I leaned at the counter and he took the latte and gave it a sip. "Sedap lah awak buat." He complimented with a sweet smile. Bila latte dia dah habis, dia letakkan semula cawan.

"Bila tak peak hour?" Kahar bertanya. "Dalam pukul 4." Aku jawab. Aku boleh ja nyanyi sebab cafe ni aku yang punya. Aku boss la kan.

Kahar terus berjalan ke arah setnya dan teruskan nyanyian. "Laju korang buat kerja, aku tak payah tolong pon." Tegur si Naim. Aku hanya tergelak kecil.

Tepat pada pukul 4 Kahar melambai ke arah aku sambil menunjukkan jam di pergelangan tangannya. Aku membuka apron dan berjalan ke arah dia.

"Awak nak nyanyi lagu apa?" Aku bertanya sambil menarik sayu kerusi untuk duduk disebelahnya.

"Sempurna." Dia berkata. Gitarnya mulai dipetik dan kami muka nyanyi bersama, ada kalanya dia senyum ke arah aku.

Bila dah masuk waktu closing, Kahar tunggu aku menguci pintu dan menarik grill. "Saya ok lah closing sendiri. Dah biasa." Aku beritahu dia. Kahar hanya menggeleng. "Tak pa saya teman."

Aku sangkakan teman sampai habis tutup ja, dia teman aku sampai ke kereta. Aku hanya tersenyum dekat dia. Gentleman.

"Awak balik naik apa?" Aku bertanya. Kahar cuma tersenyum. "Train rasanya. Motor saya masuk bengkel."

"Saya hantarkan, jom." Aku offer. "Eh tak payah lah, susahkan awak ja." Kahar jawab dengan lembut. "Tak susah pon. Saya memang suka late night drives, jom lah."

Kahar mengangguk dan meletakkan gitarnya ke atas seat belah belakang kereta aku. Aku menghidupkan kereta dan Kahar masuk dan duduk di side passenger.

Kami mula nersembang pasal lagu-lagu terkini, band yang diminati, cerita zaman sekolah dan sebagainya. Dah tiga hari dia kerja dekat cafe tu, cuma harini ja kami bertegur lebih. Selalunya dia cuma senyum-senyum ke arah aku.

"Kenapa awak tak balik dengan Naim?" Aku tanya. "Adik awak, kan?" Aku bertambah.

Kahar hanya tersenyum. "Dia.. bukan lah adik kandung saya, saya rapat dengan keluarga dia tapi saya dah nekad nak independent. Saya ada rumah sendiri." Kata Kahar.

Aku mengangguk. Bila kami sampai ke rumah dia, dia tersenyum. Kahar berterima kasih kepada aku, terus membuka pintu, tak sempat dia keluar, dia berpusimg balik ke arah aku. "Uh awak." Dia memanggil aku dengan lembut. "Ya?" Aku jawab.

"Mintak nombor?"

Aku tersenyum dan mengambil telefon dia yang dia hulur. "Nah." Aku hulurkan balik. "Terima kasih, drive elok-elok tau." Kahar bercakap dengan senyuman yang lebar. Dia mengambil gitarnya di belakang dan melambai aku bila aku mulakan perjalan pulang.

Bila aku dah sampai ke rumah, telefon aku berdering.

Unknown
Awak dah selamat sampai?
Kalau belum jangan baca ni,
bahaya driving and texting.
-Kahar

You
Dah selamat sampai. jgn risau
saya tak accident

Kahar
Baguslah mcm tu
jgn tidur lambat ya, hati?

Hati? Kenapa dia panggil aku hati? KENAPA DIA PANGGIL AKU HATI!!!! aku blushing sorang-sorang atas sofa rumah. Di hempuk-hempuknya bantal di sofa.

You
Hati?

Kahar
sbb latte tadi, art hati
:)

ISH COMELNYA MAMAT NI.

You
ohhh, klau mcm tu
sya kena panggil awk bunga lah
sbb saya perasan tadi, guitar pick awk
corak bunga kan?

Kahar
betull. pandai awk
boleh ja, hati. panggil lah
saya apa awk nk panggil.

You
esok awk pergi kerja naik apa?
klau train, tak  pyh la, saya ambilkan.

Kahar
tk susahkan awk ke?

You
tk adalah. jln rumah kita sehala
ok lh, saya nk siap ii untk tido
ngantuk dh ni

Kahar bunga
ok, hati
tido elok-elok tau
cuci kaki, takut mimpi buruk
:)
















"ISH!" Aku menjerit ke bantal sambil memukuk-mukul lagi bantal. "Kau kenapa jerit-jerit ni?" Tanya Mia, housemate aku. "Ada laaaa."

"Eleh sebab laki la tu." dia menyakat lalu menaiki tangga untuk ke tingkat atas.



——-
A/n: belanja sikit korang golek ii, nanti aku buat part 2

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now