Juita || Kahar || Fluff (4)

356 23 19
                                    

Takda apa, cuma Laksamana Kahar sebagai seorang suami mithali.

Senin

"Y/n? Bangun, juita." Satu suara yang lembut memanggil aku. Menarik aku dari buaian tidur. Aku membuka mata dengan perlahan. Terus tang bertentang mata, Laksamana Kahar. Dia dan senyuman manisnya. Aku dapat merasakan tapak tangganya mengusap lembut rambut aku. "Bangun, dinda. Makan." Sambung si dia, suara tidak lebih dari bisikkan.

Aku terus tersedar dan duduk di atas katil tersebut. Memandang ke arah luar. Hari sudah pagi, matahari entah sudah berdiri setegak mana. "Ya Allah, kanda! Mengapa tidak dikejutnya dinda tadi? Sudah terang di luar." Aku berkata dengan panik. Terus membuka selimut untuk turun dari katil. Namun tangan Kahar menghalang.

Kahar ketawa kecil lalu menggeleng kepalanya. "Kanda lihat dinda tiidur jenderaz. Tidak sampai hati kanda. Lagipun, kanda tahu dinda uzur. Dinda perlu banyak rehat, bukan? Ini, kanda sudah masakkan." Kahar berkata sambil mengambil pinggan makanan berisi nasi dan ayam yang terletak di atas meja kecil di sebelah katil.

"Kahar, sayang, dinda bo-"

"Sudah, makan. Sini, biar kanda suapkan." Kata Kahar sebelum sempat aku habiskan ayat aku sendiri. Dengan tangannya sendiri dia menjemput sedikit nasi dan menyua ke arah aku.

"Makan." Katanya lagi. Aku cuma mengangguk dan membenarkam dia untuk menyuap makanan dan kemudian menguyah.

"Y/n isteriku sayang." Katanya sendiri sambil tersenyum.

Selasa

"Dinda, boleh dinda dengarkan kanda bertutur dalam jawa? Sudah lama tertonggak pelajaran jawa kanda." Kahar berkata. Aku yang sedsng menyapu lantai terus memandang ke arah Kahar.

Sebelum dia pergi berperang, memang aku pernah mengajar dia bahasa jawa. Tidak rugi sehabuk pon, bila bertugas di selat Melaka, lebih banyak bahasa boleh dituturkan, lebih bagus.

"Sabar ya kanda, dinda sed-" terus penyapu di tangan aku ditarik. "Duduk dinda, nanti kanda sapukan. Ajar lah."

Aku hanya tersenyum dan duduk disebelah dia. "Apa yang kanda mahu belajar?"

Kahar yang duduk bertentangan dengna aku, sambil bermain dengan jari jemari aku lalu tersenyum.

"Hmmm kanda mahu mengingati semula. Hamba dalam bahasa jawa, aku, kalau tuan hamba, kowe. Betul?" Kahar bertanya. Aku hanya membuarkan dia bermain dengan tangan aku. Mengusap dan kemudian di cium. Aku hanya tertawa kecil.

"Betul."

"Hmm jadi kalau kanda sebut, aku tresno karo kowe, benar?"

Aku tersenyum lebih lebar kemudian menampar lembut bahunya. "Kanda ni, ada saja."

"Apa? Betul lah! Aku tresna sampeyan lan mung sampeyan."

Aku ketawa dengan lebih besar. Muka aku sedikit merah kerana malu. "Ish!" Aku menepuk lagi bahunya.

Rabu

Langit di luar masih lagi gelap. Selesai sibih, sebelum kami perlu ke istana untuk bertugas. Kahar menyuruh aku duduk di atas kerusi. Dia oula berdiri di belakang aku.

Mata aku mengekori dia melalu cermin. Wajahnya fokus. Tangannya berhati-hati.

"Tak sakit, dinda?" Kahar bertanya, kepalanya di angkat untuk melihat ke arah aku melalui cermin yang berada di hadapan meja solek. Aku hanya menggeleng sedikit.

"Kanda rasa, cucuk sanggul ini kena dengan pakaian dinda hari ini." Katanya sambil memasang cucuk sanggul dengan kemas.

Aku hanya tersenyum melihat dia. "Dannnn sudah! Siap, bagaimana dinda, dinda suka kah?" Kahar bertanya, mukanya bangga dengan hasil dandanan rambut aku. Aku hanya tersenyum lalu mengusap pipinya.

"Kanda yang dandankan, mestilah dinda suka."

Kahar tersenyum lalu mengucup tangan aku dengan lembut. "Jikalau dinda suka, maka, kanda perlu dandankan dinda setiap hari. Supaya hari-hari dinda berasa gembira."

Aku tersenyum. "Kalau hari-hari itu terhias dengan kanda, dinda lah wanita terbahagia di buana ini. Sayangku, suamiku, Laksamana Kahar." Aku tersenyum lebih lebar.

"Dinda, selagi Tuhan pinjamkam nyawa kepada kanda, kanda akan cuba membahagiakan hati dinda. Tanggungjawabku, yang bertakhta di hatiku, y/n."


——
Maaf gais ngantuk

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now