Jaga || Kahar || Hurt/comfort

412 23 13
                                    

Aku toleh ke arah Kahar, matanya masih terpaku ke luar tingkap, memegang sling bag miliknya dengan lemah. "Sayang" aku memanggil namanya. Kahar tidak berkata apa. Masih memandang luar. "Sayang? Dengar tak ni?" Aku bertanya sekali lagi. Menepuk lengannya.

Kahar seakan-akan terkejut. Terus mmandang ke arah aku. "Huh?" Dia bertanya. Aku hanya tersenyum lembut. "Dah sampai fakulti awak ni sayang. Nanti lambat gi kelas macam mana?" Aku bertanya dia. Kahar hanya mengangguk dan melihat luar, bagaikan terkejut yang kami sudah sampai ke fakulti dia. Dari awal aku pick up dia dekat rumah sampai lah ke fakulti sepatah pon dia tak berbunyi.

"Sayang.. dah makan ke?" Aku bertanya. Kahar memandang ke arah aku semula. Riak wajahnya seakan-akan keliru. "Uh.. belum." Dia akhirnya menjawab.

Aku tidak mengeluh, sudah masak dengan perangai Kahar yang selalu tinggal makan walaupun dia sendiri tahu dia sakit. Selalu abaikan diri bagaikan dah lali dengan sakit sendiri.

Aku menoleh ke arah seat belakang dan mencapai bag kecil yang aku namakan 'bag kecemasan Kahar'. Bag yang mempunyai snek dan roti, beberapa minyak angin, koyot, ubat sakit perut, plaster sakit otot, lotion badan, ubat nyamuk dan banyak lagi lah.

"Nah.. ni saya bagi pinjam awak bawak masuk dalam kelas tapi nanti bagi balik. Boleh?" Aku bertanya dengan lembut. Kahar mengambil bag kecil itu lalu mengangguk. "Boleh." Dia berkata sendiri.

Aku hanya tersenyum lalu mengangkat tangan untuk mengusap pipi Kahar. "Awak okay tak ni? Kalau tak okay saya bawak balik rumah... saya boleh turun sekarang jugak pergi explain dekat lect kalau awak nak."

Kahar terus menggeleng. "Taknak taknak. Saya okay!" Kahar berkata. Aku cuma tersenyum. "Okay sayang... tapi kalau tak okay nanti call boleh? Apa tu kawan awak nama apa? Alif? Ha suruh Alif call saya."

Kahar hanya mengangguk. Sejak masuk ke alam uni, Kahar jarang berkawan. Hanya memilih untuk menjadi dirinya yang sebenar. Seorang introvert. Perangainya lebih tenang, rasional. Tidak seperti zaman kudrat, zaman di mana dia memberontak kerana Ayah Harun dan mama, caranya untuk menunjuk perasaan sewaktu penceraian keluarga.

"Kalau macam tu, awak pergi elok-elok, okay?" Aku bertanya. Kahar hanya mengangguk. "Okay cinta.." Kahar menjawab dengan suara yang lembut lalu bergerak keluar dari kereta.

"Nanti balik call saya, class saya cancel harini. Saya duduk library ja." Aku berkata sebelum dia menutup pintu. Kahar mengangguk. "Okay, cinta." lalu berjalan pergi.

Aku hanya melihat dia berjalan masuk ke arah fakulti. Mengeluh sedikit, risau akan kondisi mental dan fizikal Kahar. Selalu sangat nak sorok sakit sendiri.

Aku mula bergerak ke arah library.

Berjam juga aku study sendiri. Bust tutorial, siapkan assignment, last-last tertidur.

Aku terasa getaran telefon yang berjaya mengejutkan aku dari tidur. "Hm?" Aku bertanya sebaik sahaja aku mengangkat telefon tersebut. "Huh? Ah.. okay. Okay aku otw." Aku berkata, mata terus segar. Meninggalkan buku yang aku pinjam kalu berlari ke arah kereta.

Aku pandu ke arah fakulti Kahar. Terus menuju ke kelas milik Kahar. Alif sedang berdiri di tepi vending machine manakala kahar sedang duduk. Mukanya di tutup tangan sendiri.

"Kahar? Sayang?" Aku memanggil dengan lembut. Memandang tajam ke arah beberapa pelajar lain yang sedang berdiri dekat dengan dia namun berbisik sama sendiri sambil menunjuk ke arah Kahar. Mereka akhirnya berjalan pergi.

"Sayang?" Aku cuba memanggil lagi. Kahar hanya mnekup mukanya dan terus menangis. "Jangan kacau Kahar!" Dia berbisik sendiri. "Jangan kacau la! Ayah yang salah!" Kahar berkata lagi.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now