Juita || Kahar

566 45 45
                                    

Bayu lembut meniup wajah aku dengan manja. Telinga masih terdengar suara tawar-menawar dari bandar yang kedengaran perlahan kerana jarak perlabuhan dan bandar.

Aku memandang ke arah bulan, bulan cerah yang menjadi tatapan aku dan dia. Aku tersenyum kecil, memikirkan janji manis dia. 'Kalau dinda rindu akan kanda, pandanglah bulan, kanda janji kanda juga melihat bulan yang sama.'

Bunyi ombak yang sayu membuatku pandang jauh ke arah laut, walaupun aku tahu hampir mustahil, aku mengharapkan malam ini ada bayangan kapal perang yang gah, membawa pulang pujaan hati.

Suratnya yang tertulis dengan tulisan yang kemas aku telah baca berulang kali, mengukir setiap perkataan dalam fikiran, dibiarkan membara, dibiarkan meninggalkan kesan, peneman untuk mengusir rasa sunyi.

Aku membaca surat tersebut sekali lagi.

کهدڤن y/n جوايت کو، ڤرماءسوري باݢي عالم کو،

اڤا خابر سيڠکو د سان؟ کمدا د سيني باءيک ٢ سهجا.

ديندا كو سايڠ، تيدق ڤرنه سيڠڬه بولن تنڤا داتڠڽ ديندا د فيكيرن كندا. ستياڤ جاتوه كندا، كندا مليهت كريس يڠ تروكير نام ديندا بوات كقواتن اونتوق باڠون سمولا. برتاڤ ڬيلنيا چينتا، ديندا يڠ برادا جاوه ماسيه منجادي كقواتن كندا باڬايكن تياڠ سري يڠ ستيا منديريكن رومه.

جاڠن بياركن ڤيلو مراته هاري-هاري ديندا، ارجون اتمقاو، ككال كوات مڠهادڤ كجمڽ دنيا. كندا برجنجي بيلا كندا ڤولڠ سمولا ك ڤڠكوان ديندا، اكن كندا ممرڠي كجم دنيا بوات ديندا.

كندا باكل ڤولڠ، والاوڤون ڤرلو كندا ملينتس لاوتن سومترا سنديرين، ڤستي كندا ڤولڠ.

سوامي ميليق مو يڠ سنتياس منچينتاي مو،
لقسامن عبدالكهار بن ابو يامن


Kehadapan y/n, juita ku, permaisuri bagi alam ku,

Apa khabar sayangku di sana? Kanda di sini baik-baik sahaja.

Dinda ku sayang, tidak pernah singgah bulan tanpa datangnya dinda di fikiran kanda. Setiap jatuh kanda, kanda melihat keris yang terukir nama dinda buat kekuatan untuk bangun semula. Bertapa gilanya cinta, dinda yang berada jauh masih menjadi kekuatan kanda bagaikan tiang seri yang setia mendirikan rumah.

Jangan biarkan pilu meratah hari-hari dinda, arjuna atmaku, kekal kuat menghadap kejamnya dunia. Kanda berjanji bila kanda pulang semula ke pangkuan dinda, akan kanda memerangi kejam dunia buat dinda.

Kanda bakal pulang, walaupun perlu kanda melintas lautan sumatera sendirian, pasti kanda pulang.

Suami milik mu yang sentiasa mencintai mu,
Laksaman Abdul Kahar bin Abu Yamin

Sudah 6 purnama, Kahar aku pergi bertempur di sumatera. Suratnya tidak pernah putus. Akan datang setiap minggu.

Aku terdengar bunyi tapak kaki dari belakang, berjalan atas kayu perlabuhan. "Inang." Panggil seseorang. Aku memusing kepala. "Tuan puteri! Ya Allah, apa Tuan Puteri buat sewaktu begini di luar?! Berseorang pula!" Aku bertanya dengan panik. Puteri tersebut cuma tertawa sedikit, melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dia sedang menutup mukanya dengan sehelai kain cindai.

Cerita terbuku || Phc and other AU oneshotWhere stories live. Discover now