BAB 1

419 33 1
                                    

NEVER-MINE
Jangan jatuh cinta pada aku...

Lima tahun kemudian...

Gambar di tangannya, dia tenung lama bersama senyuman nipis. Kalau ditanyakan pada hati, mahu saja dia berteriak kepada si gadis meski suaranya terpaksa dikerah merentas lautan yang memisahkan dua benua. Hendak saja dia beritahu kepada si gadis di sana bahawa sesungguhnya, rindunya sangat tebal untuk figura itu.

​"Look at that smile. Bruh, what are you doing?" Terasa bahunya ditepuk sederhana kuat. Naqib berpaling seraya gambar yang tadinya sebaris dengan sepasang matanya diturunkan ke sisi.

​Si penegur yang sempat turut sama mengintai ke arah gambar itu hanya menyimpan rasanya dalam-dalam. Dia kenal wajah itu meski hanya sekali mereka bertatapan mata beberapa tahun lepas.
​Entah kenapa, dia tidak mampu tidak melupakan seraut wajah yang langsung tidak tersenyum untuknya saat pertemuan mereka yang pertama. Pun begitu, segala kemelut dalam sangkar rasanya terpaksa ditahankan demi susuk di hadapan mata saat ini. Susuk yang dia yakin lebih berhak ke atas gadis berkenaan.

​"How I wish I could end this phase earlier, bro. I really want to appear in front of her face and surprise her. I wonder what kind of face she would show me when she found out that I decided to become a policeman because of her even before she did it. I want to appear in front of her as a policeman of our hometown instead of this country." Naqib tertawa di hujung bicaranya sementara si jejaka di hadapan Naqib sekadar menyimpan senyum. Sedar bahawa kata-kata Naqib tadi mungkin akan mendatangkan masalah sekiranya didengari oleh sesiapa selaku susuk ketiga.

​Hatinya rawan mendengar keterujaan yang terluah dari dua ulas bibir Naqib setiap kali berbicara tentang gadis itu. Hanya saja dia sedar dia bukan sesiapa. Sekadar berkongsi darah dengan Naqib Alauddin. Meskipun secara tidak langsung dia turut sama berkait dengan seraut wajah manis yang menjadi topik perbualan mereka saat ini, dia hanya mampu mendengar dan menyimpan setiap perihal yang diceritakan oleh Naqib dalam lubuk jiwanya.

​"I wish i could meet this little girl." Balasannya menjadi punca tawa Naqib. Bercahaya sepasang mata Naqib setiap kali bercerita tentang seorang gadis bernama Rifqi Hanania.

​"Soon, my brother. Insya-Allah soon, we shall be able to end our service here while she still in her last year of academy back in Madura. Till then, we shall do our best in serving this country." Bahu si jejaka ditepuk lembut oleh Naqib sebelum jejaka beruniform itu beredar. Meninggalkan saudaranya sendirian.

​Sekali lagi senyuman tipis terkulum sayu pada bibir jejaka yang berkongsi hampir segalanya dengan Naqib saat ini. "I wish she could know me by heart or-" Dia jeda seketika. Tekak terasa kelat hendak menyambung bicaranya sendiri walaupun ruang ini hanya berpenghunikan susuknya sahaja.

​"Is it too selfish for me to think of that way?"



"HEAD Division Naqib, come have a seat."
Naqib mengangkat tabik kepada Leftenan Mejar Jeneral Z yang berada di hadapannya waktu ini sebelum melabuhkan duduk di tempat yang sepatutnya.

​"May i know for what purpose am i called for this discreet meet-up, sir?" Naqib bertanya tanpa berlengah.

​"How is NSAID doing?" Naqib mengetap bibir sedikit sebaik soalan berkenaan meluncur laju di antara bibir Jeneral Z. Mendengar soalan sedemikian, tahulah dia bahawa saat ini, dia masuk ke dalam pejabat Leftenan Jeneral Z sebagai ketua NSAID. Bukannya anggota polis biasa.

"After the last operation, we are currently doing our best in our own division, sir. I would say that we are totally ready for the next mission." Naqib menjawab pantas. Jeneral Z mengangguk-anggukan kepala tanda dia mengerti akan maklumat yang dibawakan oleh Naqib selaku ketua NSAID, pasukan rahsia di bawah kelolaannya untuk tugas-tugas high profile di dalam negara tempat mereka berkhidmat saat ini.

​"Good. We do have a new mission. This time, we are going to take down a dark organization that sells illegal drugs over the oceans. Tell your team to gear up. We will have a meeting at our hideout tonight." Naqib menganggukkan kepala tanda mengerti akan pernaytaan jejaka berdarah Inggeris di hadapannya saat ini.

​"Roger that, sir." Dia bangkit apabila Jeneral Z bangkit dari duduknya. Tak semena-mena bahunya menerima tepukan dari Jeneral Z.

​"This is the last operation before I allow all of you to return back to your hometown. I hope this time, luck is on our side." Jeneral Z memberi pesan penuh pengharapan. Naqib menahan debar dalam dada sedang senyumnya dimaniskan semampu mungkin.

​"Sure, sir." Tabik diangkat dan kaki dibawa keluar bersama perasaan yang libang-libu. Dia tidak sabar hendak pulang namun dia juga diserang bimbang saat mendengar nada Jeneral Z tadi. Nampaknya kes yang akan dibentangkan untuk operasi mereka kali ini bukan kes biasa-biasa. Leftenan Jeneral Z seorang yang tidak percaya pada nasib. Jadi mendengarkan jeneral separuh abad itu berbicara mengharapkan nasib menyebelahi mereka, berjaya menyelitkan satu perasaan dalam dada.
​Semoga tiada apa-apa yang tidak elok berlaku.



"NIC!" Bergema seluruh ruang bawah tanah dengan seruan si jejaka kepada kapten operasinya. Seluruh pasukan terpaku bisu. Si anak kecil dalam ribaan Naqib hanya menjadi pemerhati. Sepasang irisnya jelas membiaskan perasaan keliru yang membalut rasa si kecil.

"What have you done?! You were supposed to only look for the blueprint!" Urat timbul di dahi co-captain merenung Naqib tajam. Naqib masih dengan senyum manisnya. Seolah-olah tidak terkesan langsung dengan sergahan rakan setugasnya.

​"If you were me, would you let this child stay? In that dungeon-like room? I know this is not in our operational plan but I did what I had to." Naqib menjawab lembut. Sesekali anak mata jatuh kepada Sprix, Feldene, Voltra, dan Mobic yang sedang memerhati.

​"What are we going to mention to General Z? Are you out of your mind?" Nada suara co-captain semakin mengendur. Naqib yang menjadi sebahagian darah dagingnya itu, menjadi pemilik kepada perhatiannya kini.

​"You know what kind of man I am. It is me who took action without regard, so it is me who should take the responsibility." Naqib membalas tenang. Tangannya mengusap kepala si anak kecil yang mulai dibuai kantuk.

​"No, I am the co-captain so we shall face the general together." Naqib menggeleng terhadap pernyataan berbaur ketegasan yang didengarnya.
​"I said what I said. It is an order, Caine. Dismissed!" Tanpa kata, keempat-empat susuk yang menjadi ahli pasukan NSAID itu keluar melalui pintu utama ruang rahsia bawah tanah ini. Si jejaka yang memegang nama panggilan Coccaine duduk di sofa berdekatan.

​Riaknya jelas penuh kerisauan mengenangkan perilaku captain NSAID itu. Manakan tidak, penghantaran Naqib oleh pihak atasan adalah sekadar untuk menjadi perisik seterusnya mendapatkan salinan bagi blueprint rancangan musuh sahaja. Namun begitu, boleh pula Naqib kembali ke markas dengan membawa satu nyawa dari tempat dia dihantar.

​"It is dangerous for us, Nic. I hope you know what are you doing. This stranger-"

​"He is not a stranger." Naqib memotong bicara si jejaka membuatkan kening si jejaka keduanya hampir bertemu di pangkal.

​"What do you mean?"

​"He is someone we shall protect with our life." Semerta sepasang iris si jejaka terkebil-kebil mendengar penegasan Naqib. "If it is to choose me or him. Choose him." Pandangan redup si jejaka jatuh pada anak kecil yang sudah terlena di dalam dakapan Naqib Alauddin. Dia menegakkan kaki bangkit dari duduknya dan mula mendekati mereka berdua.

​"What is his name?" Kini, tangannya naik mengusap lembut ubun-ubun si anak kecil. Entah mengapa, hatinya sedikit terusik mendengar sebaris penjelasan Naqib.

​"Let's call him Ayyan. What is the second name if you have any idea?" Saat ini dua pasang mata saling bertaut. Si jejaka mengulum senyum nipis. Satu nama yang sering didengar dari bibir Naqib saat lelaki itu bercerita tentang sirah kepadanya terpacul keluar dari bibirnya.

​"Nu'aim from Nuaiman. Dayyan Nu'aim seems fine." Naqib mengangguk seraya menyambung.

"Dayyan Nu'aim. What a nice name for a little prince like you."

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now