BAB 23

279 31 0
                                    


"Playing with one's life is never funny. Kesabaran aku dah habis." Sayup-sayup kedengaran suara seorang lelaki bagaikan tertahankan amarah. Dia kenal lontaran suara ini. Naqid?

Kelopak mata cuba dipaksakan terbuka namun hanya satu per tiga bukaan mata sahaja yang menepati kemampuannya. Kepala ditelengkan ke sisi. Telahannya benar. Naqid sedang berbual dengan seseorang melalui panggilan telefon. Hanya belakang badan lelaki itu sahaja menjadi garapan mata.

"Playing time is up. Get ready for the real deal. Our priority right now is her." Suara itu membentak sedikit.

Kerutan nipis terbentuk di dahi Rifqi. Kepalanya terasa berpusing. Sejenak, panggilan Naqid diputuskan.

Sebaik sedar gerangan itu hendak berpusing, Rifqi memejamkan mata sekali gus berusaha meredakan denyutan di kepala. Haruman maskulin yang tidak pernah asing dari rongga nasalnya, semakin kuat menerpa. Sesaat kemudian, terasa kepalanya yang berbalut tudung kapas. digosok lembut. Belum sempat Rifqi hendak mencerna keadaan, satu kucupan hangat berlabuh di dahi mulusnya.

Kucupan itu berlabuh lama di dahi sebelum turun ke dua-dua belah matanya. Rifqi menanti destinasi dua ulas bibir si suami dengan penuh debaran. Nafas Naqid terhembus lembut menampar kulit wajahnya. "The time has come. I'm sorry, Hana."

Bibir itu menjauh dan kini tiada lagi sentuhan yang tersisa, baik di wajah mahupun di kepala. Barangkali dek terlalu penat, Rifqi ditelan kantuknya kembali. Mungkin ini semua sekadar sebahagian daripada mimpinya.

BAGAIKAN dejavu.

Rifqi mengangkat kedua kelopak matanya lemah. Pergerakannya cuba diminimakan dek kesan pitam yang masih tersisa. Mungkin kesan dari racun yang menyapa sarafnya semalam masih belum hilang sepenuhnya menjadikan segala otot seakan dicengkam. Lelah. Rifqi mengeluh kepenatan.

​Kelibat Naqid dicari. Sayangnya, tidak kelihatan di mana-mana. Rifqi ditemani dengan ruang kosong tak berpenghuni. Baru dia hendak menutup mata kembali, pintu terkuak dari luar. Naqid masuk diiringi oleh seseorang dengan pimpinan tangan kanannya. Serta-merta senyuman manis terukir mekar di bibir Rifqi Hanania.

​"Mummy!" Dayyan berlari anak menuju ke katil hospital yang menjadi tempat Rifqi berbaring.

Naqid bergegas membantu dengan menaikkan bahagian kepala katil bagi memudahkan si isteri bangkit dari perbaringan.

​"Mummy nak sarapan?" Rifqi menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Dayyan. Dia memang belum makan sejak jam lapan malam semalam lagi tapi dia masih tidak lapar. Barangkali kepala yang penuh dengan persoalan langsung tak memberi izin untuk perut menerima signal dari cerebral cortex bahawa organ gastriknya perlu diisi.

​"J akan datang sebagai Tuan J. Are you fine with it or nak aku yang bercakap dengan J? Kau mangsa jadi kalau kau tak okey... boleh postphone. Dia tak nak bebankan kau." Naqid bertanya bersama nada biasa. Berkelakuan seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi antara mereka semalam.

​"Aku okey. Bila dia nak datang?" Wajah Dayyan masih menjadi pusat perhatian Rifqi. Dia cubamengelak dari bertentangan mata dengan Naqid bukan kerana marah tapi segan. Bukan main dia meroyan macam orang tak berpegangan semalam lepastu boleh pula menggelabah minta tolong suami masa diri sendiri dalam kesusahan.

​"Any minute now."

Rifqi mengangguk. Dia berbual mesra dengan Dayyan sementara Naqid sibuk dengan telefon bimbitnya. Selang beberapa minit, pintu wad diketuk dari luar. Muncul, J bersama persalinan formal seorang anggota polis.

​"Assalamualaikum."

​"Waalaikumussalam. Duduklah, tuan," pelawa Naqid berhemah. Dia duduk di sofa yang sama. Berhadapan dengan J sementara Dayyan dan Rifqi hanya mendengar dari katil hospital.

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now