BAB 29

242 25 0
                                    

Sepasang iris jatuh lama pada satu susuk yang terlantar di atas katil wad persendirian. Kaca pada pintu menjadi perantara sementara rasanya tertelus ke arah gerangan yang diperhatikannya. Bukan kaki tidak hendak menapak, bukan tangan enggan menolak pemegang pintu. Hanya saja ada sesuatu yang menggarinya. Kerisauan yang menggunung.

"Tak nak masuk?" Tak semena-mena, J menegur dari belakang. Tenang, Naqid berpusing badan lalu tangan kiri dimasukkan ke dalam koceknya sementara tangan sebelah lagi menyambut salam yang dihulurkan oleh co-captain pasukan NSAID.

Naqid tidak menjawab. J yang bagaikan memahami bahasa mata Naqid turut sama membisu. Naqid mengorak langkah lalu kerusi menunggu berdekatan pintu wad menjadi tempat dia melabuhkan punggung. J meniru perlakuan sahabatnya.

"Aku rasa aku masih belum bersedia nak hadap semua benda ni." Naqid membuka bicara. J membalas dengan anggukan semata-mata. Kalau dia di tempat Naqid Akmaluddin pun, sudah lama dia hilang kewarasan akalnya.

Beberapa bulan lepas, setelah pihak perisik dapat mengenal pasti tentang Riyaz, Naqid didesak dari semua arah supaya menahan isterinya sendiri yang disangka sebagai salah seorang individu penting yang menyumbang kepada jenayah RNOT. Apatah lagi apabila Naqid sendiri mengesahkan bahawa Ma'am R adalah Rifqi. Naqid menerima herdikan pihak atasan apabila dia bersungguh-sungguh meminta masa. Bagi pihak atasan, perbuatan Rifqi adalah pengkhianatan yang besar dan mereka tidak boleh membiarkan Rifqi terlepas begitu sahaja.

Pihak atasan turut bertegas bahawa mereka tidak akan membiarkan Naqid menjadi anak catur Riyaz melalui Rifqi. Mereka tidak mahu Rifqi menjadi penghalang Naqid dari bertindak waras bagi memberkas Riyaz dari terus meliar dalam cabang-cabang jenayahnya.

Manakan tidak, bermula dengan pengedaran hasil formulasi gabungan dua jenis dadah berbahaya iaitu fentanyl dan heroine membentuk ExFero, RNOT tampil semakin angkuh dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

Desakan pihak atasan semakin keras apabila Naqid membawa pulang sampel darah yang ditemuinya di dalam kereta Rifqi pada malam Naqid berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan orang yang diketuai sendiri oleh isterinya. Kepanikan tercetus apabila RNOT berani muncul dengan rancangan mereka yang terbejat sejak enam tahun lepas.

Organisasi haram itu mula berura-ura melancarkan racun yang dicampurkan gene Creutzfeldt-jakob disease setelah bertahun-tahun rancangan itu mati dek penculikan Dayyan oleh Naqib suatu masa dahulu. Dari ujian yang dilaksanakan terhadap sampel itu dan sampel darah Dayyan, mereka berjaya mengesahkan penglibatan Riyaz. Ketua sebenar yang beranakcaturkan N di bawah telunjuk lelaki itu. Segalanya terlalu berselirat.

Kemunculan code 2219907 pada stamping di anatomical snuffbox mangsa terbaharu mereka sejak Naqid mula bergiat aktif dalam kes RNOT bersama Rifqi menambah selirat kepada perhatian NSAID. Nombor itu menggantikan kod tarikh pada stamping mangsa RNOT seperti kebiasaannya seolah-olah sengaja hendak memberitahu kepada Naqid bahawa N yang selama ini asyik mengirimkannya nota dan memancing perhatiannya... adalah pemilik nombor identifikasi yang sangat familiar semasa Naqid berada di dalam akademi dahulu.

Identification code itu milik Nicotine iaitu Naqib. Mereka hanya berbeza satu angka di belakang sahaja. Dahulu, mereka berdua akan mengecop fail kes dengan tarikh dapatan diikuti oleh kod identifikasi mereka sendiri kerana masing-masing tidak ingin tersilap mengambil dokumen. Nyata, kini Naqib sudah tidak lagi menggunakan cop berkenaan tujuan yang sama. Kertasnya kini adalah tubuh badan mangsa.

Bagaikan sukar hendak dipercaya bahawa Naqib, adik kembarnya yang mengajarnya banyak benda perihal agamanya boleh berubah sebegitu rupa. Agaknya... benarlah orang kata bahawa permulaan seseorang manusia tidak akan dapat menjamin pengakhirannya.

Kata-kata Naqib kelmarin kembali bergema di celahan memori kepala Naqid.

'I didn't kill him. You did.'

NEVERMINE | EDITED VER [C]Where stories live. Discover now