Rifqi membuang pandang ke luar tingkap. Langsung dia tidak menghadapkan muka ke sisi kanannya sejak tadi. Protes dengan layanan Naqib semasa mereka berada di balai tadi.
"Hantar aku dekat kedai kopi tadi." Selamba sahaja Rifqi memberi arahan. Berhasrat hendak mendapatkan semula keretanya memandangkan tadi, dia dibawa ke balai dengan menaiki kereta polis.
"Kau dah lunch?" Lain yang diberitahu, lain pula yang Naqib balas. Rifqi berpaling sebentar ke arah si abang saudara. Pun begitu, mulutnya tidak juga menjawab.
"Aku lapar. Ada lagi setengah jam sebelum masuk Zuhur. Jomlah teman aku makan dulu. Aku tak sempat nak lunch pun tadi tiba-tiba dah kena settle kes kau ni. Kau nak makan apa?" Naqib membaca basmalah sebelum membelok memasuki satu simpang. Rifqi masih berat mulut. Hanya saja si gadis menyandarkan badan sambil bermain dengan tali pinggang keledarnya.
Naqib mengeluh berat.
"Tadi bukan main ringan mulut tu. Sekarang ni mulut dah tertinggal dekat balai ke?" Naqib berpaling ke sisi sebaik gear ditukar kepada N memandangkan mereka sedang menunggu lampu merah bertukar hijau. "Rifqi Hanania..."
"Bukan kau tengah merajuk dengan aku ke?" Terlepas bicara Rifqi yang satu itu membuatkan Naqib berkerut dahi. Sejenak, dia mengetap bibir menahan tawa. Tak menyangka Rifqi akan fikir bahawa dia merajuk.
"Apa maksud kau?" Naqib bertanya sambil fokusnya kembali terarah ke arah pemanduan sebaik lampu merah bertukar hijau.
"Kau dah tiga hari tak bercakap dengan aku. Masa kita kena pergi forensic haritu kau pergi seorang-seorang tak beritahu aku. Kalau tak aku tanya Tuan J bila aku kena pergi, sampai ke sudah tak jejak sana. Sia-sia je aku kena marah dengan pegawai forensik." Naqib menahan tawa mendengar rungutan Rifqi. Terhibur mengenangkan Rifqi yang meluahkan segala isi hatinya secara tiba-tiba.
"Tiba-tiba harini kau buat macam tak ada apa-apa jadi. Kau ni tak betul ke? Kalau kau nak terasa dengan apa yang aku cakap haritu... teruskanlah merajuk sampai aku turunkan ego aku dan menangkan ego kau. Bukan macam tu?" Kembang-kempis hidung Rifqi menahan rasa yang bergelojak di dalam dada. Rasa macam nak keluarkan pistol dan tembak Naqib dekat kepala biar otak lelaki itu straight no corner-corner.
Seketika kemudian, Naqib tertawa lepas. Rifqi hanya menghadiahkan pandangan tajam sambil memeluk tubuh sendiri. Benci bercakap dengan lelaki otak mereng macam Naqib.
"Okey... aku minta maaf sebab dah tiga hari buat kau kesunyian sampai rindukan aku." Dalam hujung tutur katanya, Naqib membalas jelingan tajam si adik saudara dengan renungan redup. Tawanya masih tersisa melihat kecomelan Rifqi Hanania.
"Pasal dekat makmal forensik tu serius aku tak tahu aku kena ajak kau sekali, tu yang aku gerak seorang-seorang. Kau pun tak cakap dengan aku apa-apa jadi aku ingatkan memang pergi makmal forensik bukan tugas kau. Pasal tiga hari ni pula, serius aku busy examine drugs dengan beberapa specimen kes lain dekat makmal. Aku ulang-alik balai dengan makmal kadang sampai duduk rumah beberapa jam je. Rindu aku ke? Itu pasal kau lunyaikan anak orang harini?"
Rifqi menjeling malas. "Menyampah aku bercakap dengan mamat perasan macam kau."
Naqib tertawa kuat. Diam-diam Rifqi terasa seolah ada satu beban yang terlerai dari bahunya. Paling kurang Naqib tidak ambil hati dengan apa yang dia cakapkan tempoh hari. Persoalannya, berapa banyak masa yang dia ada sebelum N muncul balik dan buat hal hingga melibatkan Naqib pula?
Mengingatkan perihal lelaki misteri berpangkal huruf N itu, Rifqi jadi gelisah. Tiga hari... bukankah sudah terlalu lama? Adakah lelaki itu akan datang lagi dan mencekiknya sehingga mati pula selepas ini?
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...