NEVER-MINE
Rifqi menggerak-gerakkan sendi bahu yang terasa tegang dek terlalu lama bekerja di hadapan skrin dan papan putih. Anak mata melirik ke arah sepotong foto L, suspek yang mati, gantung diri dalam sel persendirian.
L,
Lelaki, 43 tahun,
Melayu-Cina.
Punca kematian = gantung diri
Hasil autopsi = keracunan sianida
Rambut yang terbiar lepas, dikuak kasar. "Gila!" Buat kesekian kalinya Rifqi merungut sendirian. Pensel dicapai dan dijadikan penyanggul rambut lebatnya.Ruang kosong di bahagian atas nama L dalam carta yang hanya ada tertulis Kapla OT, N itu ditenung bagai hendak tembus. Langsung tiada maklumat tentang lelaki ini. Segala log panggilan L dengan menggunakan telefon penjara juga tiada yang mencurigakan. Rekod hanya dipenuhi dengan panggilan keluar L kepada ahli keluarganya sahaja.
Orang dalam? Itu jangkaan yang paling masuk akal saat ini. Hanya saja dia tak boleh nak cam dan syak yang mana memandangkan terlalu ramai anggota dari setiap department di penjara L ditempatkan. Ada dalam sepuluh orang termasuk dua orang pemberi makan secara bergilir. Terlalu mentah kalau hendak dikecilkan skop kepada petugas bahagian makanan banduan sahaja memandangkan kesemua pegawai berpotensi menjadi dalang utama dalam pembunuhan L di penjara.
Angka sepuluh bagi jumlah suspek mungkin tampak sedikit di mata orang luar tapi hakikatnya angka itu adalah sebuah angka yang besar. Bayangkan, Rifqi perlu mengambil tahu setiap satu maklumat dan alibi mereka. Belum dicampur dengan tugas mencari maklumat log panggilan, perbankan dan keberadaan mereka bagi mengesahkan alibi. Nak dapatkan maklumat CCTV dari bahagian analisis pengimejan lagi.
"Sekejap." Secara tiba-tiba muncul satu idea di kepalanya. "Keracunan cyanide..." Kaki dibawa mendekati meja. Timbunan fail digali sehinggalah fail keputusan autopsi L berada dalam pegangannya. Muka surat diselak sampai ke laporan infusi.
Sodium nitroprusside.
"Ingestion?" Dahi berkerut lagi.
Rifqi giat memaksa sel-sel otaknya berhubung. Andaian terkuat dalam benaknya saat ini adalah keracunan melalui pemakanan yang menyebabkan kematian L benar-benar melibatkan orang dalam, dari kalangan petugas penjara sendiri. Inilah masalah apabila pihak kerajaan tidak mengadakan satu sistem yang ketat dalam pemilihan pegawai penjara. Aasalkan ada sijil tertinggi sekolah menengah sahaja sudah lulus.
Lagipun, tidak mudah untuk meracuni seseorang dengan menggunakan kaliun sianida. Larutkan saja dalam makanan maka orang yang memakannya akan mengalami keracunan serta-merta sekiranya dose yang diberikan melebihi threshold.
Masalahnya sekarang ini, kalau memang OT nak bunuh L dengan cara poisoning, kenapa L dijumpai dalam keadaan tergantung? Apa signifikannya perbuatan itu? Adakah signifikan pada kaca mata pihak polis atau... N sendiri?
Nampaknya, OT semakin kompleks. Jika dahulu mereka hanya bergerak dengan modus pembunuhan senyap diikuti oleh pembuangan mayat di lokasi rawak. Kini, OT seperti sengaja hendak bermain-main dengan polis sejak Rifqi dan Inspektor Y berjaya memberkas orang kanan OT. Mereka tampil lebih berani. Tidak cukup dengan pengeboman tempat awam, mereka sertakan sekali modus dengan pembunuhan seorang anggota polis dalam masa yang sama sebagai pembuka permainan dengan pihak polis. Licik.
Dalam erti kata lain, OT sedang memancing Rifqi Hanania. Firasatnya kuat mengatakan itu.
Dokumen di tangannya, Rifqi hempat ke atas meja. Terbayang betapa bacaan darah tingginya akan meningkat selepas ini. Mahu petak kepala dia hendak menghadap log panggilan dan sejarah perbankan setiap seorang dari sepuluh orang pegawai di dalam senarainya. Masing-masing bukan cuma ada satu nombor dan akaun bank sahaja pula tu.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...