"Nanti nak lunch tunggu aku. Kita keluar sama." Naqid membuka kancing tali pinggang keledarnya. Baru dia hendak menghulurkan tangan kepada si isteri yang tadinya bergelar penumpang di sisi, dia dihadiahkan hempasan pintu kereta.
Rifqi tak bersuara langsung sejak mereka sampai ke Kota Madura. Itupun, mereka pulang dengan kenderaan berasingan kerana Rifqi berkeras hendak bermalam di rumah sewa gadis itu.
Memikirkan bahawa barangkali si isteri memerlukan masa bersendiri untuk menghadam segala macam perihal, Naqid membenarkan sahaja. Sempat juga dia berpesan agar isterinya itu tidak melakukan hal yang pelik-pelik. Karang tak sampai dua puluh empat jam jadi suami orang, Naqid sudah jadi duda.
Naqid membiarkan sorotan matanya menghantar langkah kaki Rifqi Hanania ke arah balai dari tempat letak kereta. Senyum terukir di bibir. Tangannya yang sebelah lagi menyambut salam sendiri.
"Aku tak sangka cabaran dia sampai macam ni sekali. Fuhh, sabar Naqid sabar. Kau seorang inspektor dan ketua keluarga yang gagah." Tak menanti lama, pintu bahagian pemandu dibuka dan dia bergerak keluar. Unifromnya diperkemas sedikit.
Hari pertama bekerja sebagai suami Rifqi terasa agak berbeza. Mungkin kerana sekarang, sudah ada yang tahu tentang identitinya sebenarnya selain J. Namun begitu, dia masih menggunakan tag nama adik kembarnya kerana masih terlalu awal untuk membongkar segalanya.Masuk sahaja dia ke balai, bilik rakannya; Tuan J menjadi destinasi. Ada lagi lima belas minit sebelum masuk waktu kerja. Ada masa untuk dia berbincang sesuatu dengan lelaki berpangkat lebih tinggi darinya itu.
"Assalamualaikum, kawan." J berpusing kerusi menghadap pintu sebaik suara rakannya bergema ke segenap bilik. Senyumnya melebar. Kaki ditegakkan lalu langkah diorak menghampiri Naqid.
"Waalaikumussalam. Selamat datang untuk hari pertama, Inspektor Naqid. Finally, apa perasaan boleh guna nama sendiri depan isteri?"
Naqid tertawa halus apabila otot lengannya ditepuk perlahan J. "Masih terlalu awal untuk meraikan apa-apa tapi alhamdulillah rasa kurang sikit beban dekat bahu ni."
"Puan profiler tu macam mana?" J tertawa halus di hujung bicaranya. Naqid duduk dahulu barulah kemudiannya dia melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan lelaki muda itu.
"First moment of marriage, dada hampir berlubang kena tembak."
J tertawa kuat kali ini. Semalam bila Naqid memberitahu bahawa dia kantoi menyamar dengan Rifqi, awalnya risau juga kalau-kalau mereka tak jadi bernikah. Banyak perancangan akan terganggu sekiranya kedua mereka gagal disatukan jadi kalau boleh, itu adalah perkara terakhir yang hendak didengar dari bibir Naqid dalam laporannya.
"Jadi... dia dah tahu banyak mana?" Perbincangan kini bertukar serius. Sebelum itu, sempat J memastikan hanya mereka yang berada di dalam ruang ini.
"Hanya tahu siapa aku dan mana datangnya aku sebagai abang kembar kepada abang saudara dia. Itu je."
"Dia tak tahu kau pernah jumpa dia dua belas tahun lepas?"
Naqid menggeleng.
"Aku tak rasa penting pun untuk dia tahu. Dah lama sangat dan that was the first and last time aku jumpa dia jadi aku tak rasa dia ingat pun. Dia fikir aku Naqib waktu tu." Naqid menjawab jelas.
Bibirnya terjongket secebis senyum tawar.
Dia terbawa ke kejadian dua belas tahun lepas. Waktu itu, Naqid ditinggalkan sendirian di rumah memandangkan ibu dan bapa tirinya membawa Naqib ke bandar untuk menguruskan passport Naqib. Tanpa salam mahupun ketukan di pintu, Rifqi merempuh masuk pintu rumahnya bersama wajah sememeh dan mata berair.Sebiji-sebiji skenario waktu itu bermain-main bagaikan kaset hitam di kepalanya. Dia yang waktu itu sedang bermalas-malasan membelek surat khabar di ruang tamu secara tiba-tiba diseru oleh si gadis kecil.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomantikBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...