"Sprix, pesan pada Voltra, Mobic dan Feldene. Apapun jadi, Rifqi dan Dayyan dulu." Naqid memberi pesanan tegas kepada anak buahnya. J sekadar mengangguk.
Naqid yang hanya berkemeja dibaluti oleh suit hitam mengemaskan persalinannya. Kereta yang dipandu J berhenti agak jauh dari markas tempat dia berjanji ingin menemui N selaku ketua OT.
"Tuan," seru J sebaik Naqid turun dari kenderaan SUV berjenama BMW yang dipandunya. Sebalik cermin mata hitamnya. ada remang gundah-gulana yang melatari kolam mata. "Hati-hati." Naqid mengjongketkan bahu sebelum menutup pintu SUV.
Naqid tahu, J masih membantah tindakannya untuk masuk ke markas N dengan hanya bertemankan sepucuk .44 Magnum sahaja sementara mereka sendiri masih gagal hendak mengenal pasti berapa ramai ahli yang sudah disediakan oleh musuh mereka untuk menyambut kehadiran Naqid.
Kalau mengikut kepada arahan dan rancangan yang telah dirangka, Naqid akan masuk sendirian ke markas berkenaan tanpa membawa Dayyan bersama. Seterusnya, dia akan memberikan lokasi tepat keberadaan Dayyan yang kononnya hanya ditemani oleh Insyirah. Perancangan itu akan membeli masa untuk pihak NSAID mengenal pasti bilangan anggota RNOT yang ada dan menguruskan kesemuanya supaya Naqid dapat bertarung sendirian dengan N. Seterusnya, barulah mereka akan bergerak ke pelan susulan.
Pelan bagi menangkap 'dia' yang berada di atas N.
J mencengkam stereng lalu kaki menekan pedal gear. Meninggalkan Naqid dalam kegelapan malam.Naqid mengemaskan persalinan yang membalut tubuhnya. Kaki dibawa melangkah masuk ke pintu utama. Mesej dari N siang tadi ada mengkhabarkan agar dia mengambil pintu belah utara maka itulah yang Naqid lakukan.
Tombol pintu dipulas sementara tangan kiri mencapai .44 Magnum dari pinggangnya. Sepantas kilat, pistol diacu ke tengah ruang luas. Bibir diketap saat hujung pistolnya teracu ke arah Rifqi yang memandangnya dari bawah cahaya mentol tunggal di tengah ruang.
Melihat tangan si isteri terikat sebegitu, hati Naqid bagaikan disimbah larva gunung berapi.
Amarahnya meruap dan merisak. Kaki melangkah perlahan-lahan mendekati si isteri sementara kesemua panca indera masih fokus pada ruang di sekeliling isterinya.
"Hana..." Naqid menyeru nama Rifqi lembut.
Rifqi mengetap bibir bersama sedu yang tertahan. Dia tidak menjawab. Hanya saja, cecair jernih dari pelupuk matanya turun menodai kedua-dua pipi mulusnya.Kata-kata N yang bergema di telinganya siang tadi kembali berlagu di dalam kepala Rifqi. "Kalau nak benci aku, benci suami kau dulu. Dia sebab aku jadi macam ni. Dia rampas kau dari aku. Dia berani sayangkan kau padahal kau aku punya! Malam ni, dia akan mati dan kau... akan jadi milik aku sepenuhnya."
"Jangan menangis, Hana." Naqid memujuk bagaikan seorang abang dalam langkah penuh berhati-hati mendekati Rifqi. Belum sempat Naqid membunuh jarak yang berbaki kurang dua meter itu, bunyi tepukan tangan kedengaran kuat bergema ke segenap ruang. Naqid kaku. Sepantas kilat, pistol digalihkan bagi mengacu ke arah punca suara itu.
N muncul dari arah belakang Rifqi. Kaki melangkah ke arah Rifqi yang masih duduk di kerusi sama sejak semalam. Susuk itu mengenakan balaklava seperti biasa. Meninggalkan hanya sepasang anak mata birunya sahaja. "Hero dah datang!" perlinya.
Kini, N berdiri benar-benar di sisi Rifqi Hanania yang masih membisu bersama pipi yang sudah basah dengan air mata. Tangan kiri menyeluk poket lalu pistol dari jenis sama, dipegang kemas. Tanpa banyak bicara, tangan kanan N mencengkam lengan Rifqi kuat lalu wanita itu dipaksa berdiri.
Pergerakan lelaki itu kasar hingga tangan Rifqi yang terikat berhayun. Simpulan yang semakin kuat pada pergelangan tangannya memaksa Rifqi meringis sakit. Pergelangan tangannya sudah melecet. Bahkan titisan darah sudah mula menyapa lantai.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...