NEVER-MINE
Jangan jatuh cinta pada aku..."Qi..." Seruan Naqib terhenti apabila Rifqi menghempaskan fail ke atas meja. Suapan aiskrim disudahkan dan batang kayunya dimasukkan semula ke dalam plastik pembalut lalu diselitkan ke dalam kocek. Nanti dia akan buang di luar.
Sementara itu, Naqib senyap tak berbunyi. Memberi ruang kepada Rifqi Hanania.
"Jadi... kau tahu? Kau tahu tentang semua yang berlaku?" Anak mata si gadis tajam menujah ke dalam kolam pandangan Naqib. Seolah petir yang menyambar di malam hening membuatkan Naqib mengoyakkan senyuman tawar.
"Mak aku, kakak kau. Aku selalu dengar tentang apa yang jadi pada ahli keluarga aku melalui mak ngah," balas Naqib lembut. Hakikatnya, Naqib tahu semua benda bukan dari mulut ibu saudara Rifqi sendiri. Namun begitu, tidak akan dia bongkarkan segalanya selagi situasi masih belum reda.
"Kau anggap kami keluarga? Kelakar... kau dengan mak ayah kau ke mana masa keluarga kau ni kena lambung ombak sampai berpecah-belah?" Ada nada terkilan berbaur amarah dalam lontaran suara itu. Naqib tahu. Bahkan Naqib terlampau sedar akan punca bibit amarah adik saudaranya saat ini.
"It was a though time for everyone. Aku dengan mereka masih di luar negara waktu tu. It is beyond our control. Kau lupa pasal krisis dua negara Eropah yang menyebabkan perjalanan udara banyak halangannya?" Mendengarkan soalan Naqib, Rifqi tersenyum sinis.
"Benda tu berlarutan for half a year je, Uddin. Bukan dua belas tahun straight kau tinggalkan aku."
Naqib mengetap bibir. Dia berpura-pura kematian kata. Hakikatnya, dia perlu mengawal dirinya agar tidak mendedahkan satu pun perihal yang tidak sepatutnya Rifqi Hanania ketahui. Paling kurang bukan sekarang.
"Kau tahu... sejak enam tahun lepas, aku belajar untuk tak harapkan keluarga aku. Apatah lagi nak harapkan kau. Setiap hari... aku hadap semua benda seorang-seorang. Aku kuatkan kaki untuk berdiri walaupun aku rasa nak mengengsot pun aku tak larat. Keluarga aku... keluarga aku sendiri buang aku atas kesalahan orang lain. Kau rasa aku boleh terima ke, Uddin?"
Sepi. Naqib tidak menjawab.
"Semua orang peduli pasal sakitnya Abang Riyaz hilang anak dan isteri dia sedangkan aku? Aku hilang seluruh keluarga aku, Naqib! Bertahun-tahun aku kena buang dengan mak aku sendiri. Duduk dalam akademi macam anak yatim piatu... ada kau peduli? Ada sesiapa pernah peduli ke?!" Nada Rifqi naik beberapa oktaf. Dada berombak keras tanda dia benar-benar terganggu dengan topik yang Naqib bangkitkan saat ini.
"Aku tak pernah berhenti pedulikan kau, Rifqi. Kau masih ada aku dan mak ayah aku. Kami tak pernah buang kau, Qi. Buktinya, aku datang balik."
"Hidup bukan macam dalam novel, Naqib Alauddin. Kau ingat kau hero dan aku heroin? Hero jagakan heroin dari jauh sebab masih belum sampai masa untuk heroin tahu lagi tentang hero. Macam tu?" Rifqi jeda. Dalam masa yang sama, dia tertawa mengejek. Anak mata berombak dengan pelbagai rasa dan tentunya amarah menjadi amukan rasa paling dominan.
"Lambat sangat, Uddin..." luah Rifqi lagi sementara Naqib menunduk. Kali ini, kesayuan mengambil alih suasana. "Aku tunggu kau... mana kau masa tu?"
"Aku minta maaf," jawab Naqib perlahan. Rifqi tersenyum sinis. Semakin lebar hingga rahangnya mulai terasa lenguh dengan senyuman dan tawa sinis silih berganti.
"Maaf kau tak akan boleh putarkan semula masa, Uddin." Buat kesekian kali Rifqi memanggilnya Naqib. Sudah terlalu dalamkah luka dalam hati si gadis yang dia tinggalkan dua belas tahun ini?
"Kalau kau masih anggap aku keluarga kau..." Tak semena-mena Rifqi tenggelam dalam lautan memorinya sendiri. Liur yang terasa bersalut pepasir pantai itu ditelan perit sebelum menyambung bicara. "I was barely 16 that time. Tiga jam dari pulau ke Padang Selambak tu... mana kau, Uddin?" luah Rifqi lagi. Nafasnya terasa tersekat di kerongkongan. Dada terasa panas dengan amukan yang tertahan.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...