Rifqi masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam. Jam dinding dikerling sekilas. Kalau diikutkan, ada tiga jam lagi sebelum waktu kerja di balai habis. Ada lagi dua jam sebelum dia perlu ke rumah Insyirah bagi mengambil Dayyan tetapi memandangkan dia sudah memaklumkan kepada Insyirah yang dia berhasrat agar Insyirah menjaga Dayyan hingga esok pagi, maka tidak perlulah dia keluar jam lima sekejap lagi.
Pintu dikunci. Tiga hari sudah berlalu dan hari ini, dia perlu lapangkan kepalanya. Dia perlu mencari tahu perihal yang dimaksudkan oleh penyampai pesanan N tempoh hari.
Rifqi menuju ke tingkat atas. Dia memilih ruang peribadi Naqid ini sebagai pilihan pertama. Rifqi pasti, ada banyak bukti yang boleh didapatkan di ruangan ini. Masuk sahaja ke bilik utama, dia menghala terus ke arah almari pakaian Naqid. Satu-satunya ruang yang tidak pernah diselongkarnya.
Manakan tidak, Naqid tidak membenarkan Rifqi melakukan hal-hal dobi termasuklah mengemas dan menyusun pakaian lelaki itu di dalam almarinya. Berfikir bahawa Naqid mungkin hendak memudahkan urusannya maka hanya urusan dapur sahaja diambil alih oleh Rifqi manakala Naqid mengambil tugas berkaitan laundry.
Pintu almari bercermin itu dibuka kasar. Dengan berhati-hati, tangannya mengalihkan pakaian-pakaian Naqid. Satu demi satu, ditumpukkan di sisinya bagi mengosongkan bahagian bawah almari.
Kening terjongket sebelah saat satu lekuk seolah pemegang di bahagian bawah para almari kayu itu menyapa mata. Jari dimasukkan pada lekuk itu lalu pintu kecilnya terbuka mudah.
Berhelai-helai kertas nota segi empat menyapa mata. Hampir kesemua nota-nota itu konyok dan diconteng seakan-akan hendak memadam segala perkataan di atasnya. Menariknya, di penjuru bawah kanan nota itu ada kesan stamp. Saiz digitnya hampir sama dengan stamping code yang Rifqi temui di dalam beg Naqid beberapa hari lepas.
'Ini ke kegunaan stamp tu?'
Mata meneliti lagi. Susunan nombor yang tercatat melalui stamp itu sepertinya membentuk sebaris tarikh. Barangkali tarikh nota ini diterima ataupun dikirimkan. Pada hujung tarikh itu, ada dua huruf disusun selepas noktah. Kesemua nota itu, Rifqi semak sekilas.
C.C.? Apa maksud C.C. di hujung stamping berkenaan?
Tangan mencapai salah satu dari nota yang sudah konyok.
Well played..
-NNota bertarikh sama dia dimasukkan ke hospital dek serangan salah seorang geng RNOT itu, digenggam erat. Hatinya bagaikan terpukul hingga membengkak tanpa dipinta. Satu lagi nota dicapai. Nota kedua ini bertarikh tidak lama dari tarikh pada nota pertama yang diambilnya tadi.
Give it back.
-N
Contengan pen pada nota ini pula lebih teruk berbanding nota pertama. Konyoknya juga. Rifqi bahkan hampir-hampir tidak dapat mencuri baca intipati nota ini. Konyoknya hampir-hampir merosakkan seratus-peratus kertas itu.Pulangkan? Pulangkan apa? Dia dan Dayyankah? Selama ini, dia dan Dayyan alat perebutankah? Kalay iya... untuk apa dan mengapa?
Amarahnya semakin meruap dan merisak. Kertas-kertas nota itu diambil kesemuanya dan dimasukkan ke dalam kocek. Semua nota ini boleh menjadi bukti terhadap kedua-dua pihak yang sewajarnya dihantar terus ke lubang tandas penjara!
Rifqi beralih pula ke laci sederhana besar yang terletak di bahagian bawah para itu tadi. Sebelum membuka laci itu, pakaian-pakaian berlipat milik Naqid yang Rifqi keluarkan tadi dikembalikan ke tempatnya.
YOU ARE READING
NEVERMINE | EDITED VER [C]
RomanceBertahun-tahun Rifqi duduk serumah dengan Naqib, si abang saudara yang kerek membuatkan mereka rapat bagaikan abang dan adik kandung sampailah Naqib berpindah sekolah. Sangka Rifqi, hanya berpindah negeri sahaja rupanya berpindah negara! Dua belas...